Skip to main content

Posts

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...

Istighfar Setiap Hari Tanpa Henti

 Astaghfirullahal 'azim! Aku memohon ampunan dariMu Ya Allah yang Maha Agung! Salams. Harini saya berpeluang mendengar nasihat tentang Istighfar dari Abi Quraisy Shihab. Ia berkaitan dengan makna Istighfar. Istighfar itu bukan sekadar memohon ampun dan kemaafan tetapi juga bermaksud menutupi dan memperbaiki. Point2nya:  1) Kita memohon setiap hari agar Allah menutupi keaiban2 kita yg banyak. Setiap masa kita melakukan dosa secara sedar mahupun tidak.  2) Allah menutupi dosa2 kita terhadapnya dan terhadap makhluknya. Jika kita sentiasa beristighfar, Allah akan mengampuni dosa2 kita terhadapNya dan Allah sendiri akan membayar dosa yg kita lakukan terhadap sesama makhluk. Kerana itu, Istighfar itu harus sentiasa berada dibibir dan dihati pada setiap masa. 3) Allah juga menutupi isi perut kita, dalaman badan kita yg penuh kekotoran... jika terbuka.. semua dapat melihat betapa kotor isi dalamnya.  4)Kita juga meminta Allah memperbaiki keadaan kita supaya menjadi lebih ba...

DUNIA DAN ISINYA BENAR2 MENIPU

Salam. Ada beberapa perkara yg berlaku pada tahun ini disamping kebahagiaan, keseronokan dengan kehidupan baharu selepas berhenti drpd kerja. Pasti Allah akan turunkan ujian buat kita sebagai hambaNya. Semasa saya duduk berseorang di rumah, ada individu2 yg tak puas hati dan mencari salah. Sehingga saya jadi tertanya2 .. apa yg saya buat? Saya tidak ganggu sesiapa.. hanya fokus pd diri sendiri dan keluarga.. sibuk dgn kelas2 agama dan perniagaan.. tetapi masih ada yg berkata2 dibelakang.  Disebabkan usia saya yg telah sampai ke peringkat matang (sebenarnya tua), ;)  saya benar2 ingin hindari perdebatan seperti yang Rasulullah katakan... "Hindari perdebatan walaupun kamu tahu kamu dipihak yg benar". Diam lebih baik dari berkata perkataan yg menyakitkan. Terima kasih Ya Rasulullah. Tanpa bimbinganmu kami pasti termasuk dlm golongan org yg bodoh dan rugi. Jadi saya biarkan mereka berkata2... Semua org merasakan dirinya benar. Jika kita berkata kita benar, mereka juga ada hujjah ...

Adakah kita ini orang beragama?

Untuk melihat kita benar2 hidup beragama atau tidak, lihat pada komunikasi kita sesama manusia. Saya juga masih perlu byk perbaiki hubungan sy dengan org lain. Terlalu byk kesilapan.. terlalu kurang kasih syg.. semoga Allah memberikan sy kelembutan dan byk kebaikan dariNya.  Orang yg beragama itu adalah org yg berjaya meneladani sifat2 Tuhan.. dan sifat yang paling utama adalah sifat ARRAHMAN. Menyebarluaskan sifat rahman, sifat kasih sayang dan penuh kebaikan. Tafsir Surah AlMulk:  TABARAK - Dari perkataan BARAKA. Terlalu banyak kebaikan (Tuhan)..yang ditanganNya seluruh kerajaan bumi dan langit.. dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Dia mencipta yang mati (tiada) dan yg hidup. Sebelum kita hidup, kita masih tiada... selepas hidup kita akan mati...dan selepas mati akan dihidupkan semula... semuanya mudah bg Allah. Dia Yang Maha Agung, Yang Maha Besar mampu untuk menciptakan sesuatu yang sgt besar dan yang sgt kecil. Sekecil2 semut, dan sekecil2 atom dan lebih kecil dari...

MAK SAYA DAPAT MALAM AL QADR!

Alhamdulillah ! Hari ini Jumaat,8/12/2023 saya mendengar pula tafsir surah AlQadar dari Abi Quraish (Prof Dr. Quraish Shihab)   Klik link untuk mengenali beliau. Saya sgt kagumi beliau! Betapa hebatnya ciptaan Allah..betapa luasnya ilmu Allah... Semakin sy mendengar pengisian dari Abi Quraish, semakin sy cinta kepada Allah .. cinta kpd Rasulullah dan terasa ingin sekali bertemu dengannya. Pernah 1 hari saya nyatakan hasrat sy kepada suami untuk menghantar anak2 ke Pusat Studi AlQuran yg diasaskan oleh Abi Quraish di Indonesia... reaksi suami sy mcm terkejut tapi ok2 saja.. dia juga siswa keluaran Indonesia! ;) Saya benar2 inginkan anak2 saya bukan setakat membaca AlQuran, tetapi pasti lebih baik jika mereka dapat belajar memahami, mendalami, menghayati dan mengamalkan AlQuran dalam kehidupan mereka...insyaAllah jika Allah izinkan. Allah Maha Mengetahui segala isi hati.. Berbalik pada surah AlQadr, ia adalah malam penuh kemuliaan, malam di mana AlQuran diturunkan sekaligus dari per...

Terima Kasih 2023. Terima kasih Tuhanku yang Penuh Kasih.

BBB ESTNYAAAA 2023!! Salam Disember 2023. Pejam celik tahun 2023 dah bakal berakhir. Tidak pernah saya sangka kehidupan yang diberi Tuhan ini semakin bertambah baik walaupun saya hidup hanya di rumah. Perkara yang tidak pernah terlintas didalam hati dan fikiran saya... Saya meletakkan jawatan dan bekerja dari rumah. Sesungguhnya Allahlah yang mengurus kehidupan hamba2nya.. dan kita hidup dengan taqdir yang telah ditetapkan.  Tahun 2023, tahun saya hidup sendiri.. bertemankan suami dan anak2 tanpa rakan2 yg dahulunya saya rasakan saya tidak mampu hidup tanpa mereka. Saya memulakan perniagaan JRM pada bulan Januari dan kini hampir setahun saya menjalankannya.  Saya yakinkan diri untuk membuat LIVE di tiktok walaupun saya masih baru.. Saya pelajari setiap produk supaya mampu menjawab pertanyaan dari viewers di setiap LIVE saya. Alhamudulillah semua kebaikan datang dari Allah.. Hampir setahun ini, jualan saya telah melebihi 100K. Setiap bulan insyaAllah jika consistent, saya mampu...

Hayati Surah Al Maaun

 Salam. Mengapa Celakalah bagi orang yang solat? Saya baru mendengar tafsir surah AlMaun dari Prof Dr Quraish Shihab berkaitan surah AlMaun. MasyaAllah surah ini adalah surah yg sgt penting dalam kita membangun diri sebagai seorang Muslim dan Mukmin yang benar2 bertaqwa.  Surah ini turun kerana pada zaman Rasulullah, ketika orang ramai sedang menyembelih unta, datang seorang anak yatim meminta sedikit daging unta tersebut tetapi permintaannya ditolak dan bahkan dia diherdik. Ini kerana mereka merasakan anak yatim ini miskin dan tidak akan memberikan balasan atau apa2 manfaat buat mereka. Maka turunlah ayat ini mengingatkan kita semua supaya tidak memperlakukan anak yatim dengan keras dan kasar. Sesungguhnya jika kita memberi, Allah akan membalas dan segala kebaikan dan ganjaran itu datangnya dari Allah.  Mereka bukan sahaja memperlakukan anak yatim dengan begitu buruk, tetapi mereka melarang serta mengajak orang lain untuk tidak memberi makan kepada orang-orang miskin....

Apa itu AHLI ALQURAN?

 Apabila ditanya kepada seorang ulama' hebat, Prof Dr. Quraish Shihab tentang  "Buatmu, apakah itu AlQuran?" Prof menjawab.. "AlQuran itu SAHABAT BAIK".  Saya mendengarkan perbualan mereka tentang AlQuran kerana ia sungguh menarik hati. Kata beliau, AlQuran itu bukan sekadar kita membaca dan menghafal tetapi perlu memahami. Lebih baik memahami 1 ayat dari AlQuran dengan baik berbanding menghafal 10 ayat tanpa memahaminya.  Baru saya fahami disini, menjadi Ahli AlQuran adalah dengan menjadikannya sahabat sejati, yang kita sentiasa merindukannya... kita kasih dan cinta kepadanya dan apabila ia tiada, kita tidak senang duduk. Selepas saya mendekatkan diri dengan AlQuran melalui mendengar syarahan dan tafsirnya, saya dapat rasakan betapa nikmatnya memahami AlQuran berbanding menghafalnya. Apatah lagi jika kita dapat memahami dan sekaligus menghafalnya alangkah lebih indah! Saya sering merasa sedih kerana saya tidak mampu menghafal AlQuran kerana saya begitu ingin me...

Cendekiawan Hebat, Prof Dr. Quraish Shihab

Salam, Alhamdulillah pagi ni saya dapat mendengar, menghayati dan memahami AlQuran dari Cendekiawan terbaik Ilmu AlQuran, Prof Dr. Quraish Shihab. Beliau telah menubuhkan Pusat Studi AlQuran bagi mahasiswa2 di Indonesia. Teringinnya saya nak belajar AlQuran di sana dan menjadi sebahagian dari Ahli AlQuran. Jika saya tidak berkesempatan, semoga anak2 saya mendapat rezeki mempelajari, menghayati dan memahami AlQuran dari para cendekiawan AlQuran dan bukan hanya sekadar menghafalnya.. Beliau adalah Ulama' pertama Indonesia yang memiliki Tafsir AlQurannya sendiri iaitu Tafsir AlMishbah. Banyak buku2 lain yang telah dihasilkannya dan ada dirumah saya kerana suami saya adalah salah seorang yg mengagumi pemikirannya. Saya juga mengenalinya dari suami saya yg gemar membaca dan bijak tetapi sangat rendah diri. Ada cendekiawan hebat di dalam rumah saya sendiri Alhamdulillah!   Pagi ini saya dapat mendengar tafsir Surah AlMujadalah dari Prof Quraish Shihab. Ia berkisar seorang wanita bernama ...

Blog kenangan dapat buka semula! Alhamdulillah!

 Alhamdulillah hari ini, 6 OKTOBER 2023. Last sy update blog ni, tahun 2016 . Dah 7 tahun saya xdapat bukak blog ni...! Sebab template dia dah lama...google kata xboleh bukak.. tapi tiba2 dgn izin Allah boleh buka semula...! Subhanallah Alhamdulillah syukur. 😢 Dapat tengok balik post2 lama... post2 sebelum kawin, masa kawin dan lepas adanya Zahra Wajiha.  Setelah 7 tahun, saya masih diberikan nafas, umur saya telah bertambah lg 7 tahun, lebih matang, harapnya lebih dekat saya dengan Tuhan.  Dan dalam masa 7 tahun ni, anak saya pun dah bertambah lagi 2 org. 2 orang lelaki yang soleh insyaAllah... Muhammad Husnayn Haadi 5 tahun dan Muhammad Ilman Subhani 2 tahun. Syukur Ya Allah..  Saya dapat jalani kehidupan dengan seadanya... bekerja dari rumah, hilang segala keserabutan kerja mengikut waktu pejabat, dapat lebih masa berkualiti bersama keluarga. Alhamdulillah dapat juga menjalankan perniagaan yang saya minati selama ini... Tahun ini, tahun 2023 adalah tahun saya ben...

Throwback....

Throwback...post saya yg 1st sekali lepas buat blog ni..... Hari-hariku yang membahagiakan..   25 January 2011, Tuesday, Spey Drive, Dundee, Scotland. Alhamdulillah.. berbanyak2 kesyukuran pd Nya yg masih lg menghidupkanku pd hari ini... Segala puji2an hanya bgMu..Syukur pdMu Ya Allah atas segala nikmat.. Disepanjang kehidupanku aku sering mendapat kebahagiaan yg dtg dr org2 disekelilingku..dan Tadi baru saje dapat email dari sorang student Khalifah.. 'Teacher semua org rindu teacher.. balikla sini cepat..' I miss them too0...I really want to see u dear khalifah.. <3 Anak2 keciL itu sering mgingatkan aku pdMu ya Tuhan.. Pernah 1 hari aku mdapat 1 berita gembira.. dgn gembiranya aku berkata 'Yeay!!! I'm so0o Happy today dear children..'. Then 1 of the students came to me and said.. 'Teacher, you should say Alhamdulillah if you get something good..'. hehe.. MasyaAllah.. thats my Khalifah!! Sekarang aku sdg menyambung pelajaranku di Al-Maktoum Insti...

Al-Fatihah buat baba...

Hari ni masuk hari ke 6,  16 Januari kami berada di Kedah kerana baba (pakcik aku,  suami kpd mumy-adik ibuku) yg tiba2 jatuh dan terus koma mulai ahad yg lepas.  Dan semalam baba telah menghembuskan nafasnya yg terakhir di sisi isteri dan anak2nya di wad ICU. Baba adalah insan yg byk berjasa pd aku dan keluarga.  Org nya tak byk cakap.. Tp sgt pemurah dan tak pernah berkira.  Dan sejak aku kecil hingga ke hari ini dia sentiasa ada dalam doaku.  Aku akan sentiasa berdoa buat kedua ibu bapaku,  tok dan wanku,  serta mumy dan babaku. Kerana mereka ini adalah insan2 mulia yg tidak patut aku lupakan dlm doa2ku. Hari ini kami semua kehilangan seorang manusia mulia yg aku mohon kan kepada Tuhan agar dipermudahkan segala urusannya di sana kerana kebaikan nya yg sentiasa mempermudahkan segala urusan kami di sini. Kematiannya betul2 mengejutkan buatku apatah lg buat isteri dan anak2nya. Aku berharap mumy tabah menerima ketentuannya..  Dan aku b...

Cintai lah Ilahi...

Alhamdulillah..  Lg berapa hari je nak masuk tahun 2016. Harapnya tahun hadapan ni lebih baik dan memberikan kita semua kekuatan & semangat yg baru.  Sy tak berapa berpuas hati dgn prestasi 2015 sy terutamanya dlm aspek pekerjaan. Kurang kesungguhan dan semangat. Rasa sgt tak bermotivasi dan kurang keyakinan  diri..  Mgkin dulu sy org harapan sekolah.. Skrng dah tak berapa nak harapan sgt.. Atau mgkin sbb tgh adapt lg ngn baby baru.. Fokus lebih pd  baby dan kdg2 rs nak benti kerja dan buat apa yg sy lebih minat.  Mgkin juga Sy kurang bersemangat kan tiada lg kawan2 yg sy boleh meluangkan masa bersama dan bercerita.  Staff perempuan kt sekolah 2 org je.. Dan 2-2 muda lg.. Mcm adik2je.. Nak Bercerita pun.. Alahai..  Xpejelah.. Hihi.  Anggapan ujian Kehidupan.. Sy rs skrng Sy dh tak berapa reti nak bercakap.. Byk diam je.. Hmm. Hidup ni mcm roda kan. Dan langit tak sentiasa cerah.. Dulu sy sentiasa gembira ngn kwn2..tak pernah ada masalah.....

CINTA. 2015.

Bagi seorg wanita yg bergelar isteri..  Suamilah segala-galanya.. Keluarga dan kawan2 tidak lg serapat dan sering berjumpa seperti zaman bujangan.  Suamilah teman setiap masa dikala susah dan senang..  Suamilah juga tempat bermanja dan tempat meluahkan segala rasa..  Semoga setiap waktu yg terluang bersama menjadi saham akhirat yg terbaik buat isteri Terima kasih buat suamiku yg sentiasa ada disisi.. Yg sentiasa bersabar dgn kerenahku yg ntah ape2.. Kdg2 ok..kdg2 tak..tibe2 suke..tibe2 sedih.. Perempuan mmg cenggituu.. Yg sentiasa menghiburkanku dgn lawak2 xleh blah tahap cipan.. dan menceriakan hidupku dgn joget2nya..haha Walaupun kdg2 dikau agak menyebalkan dan menyakitkan hati..  Dan selalu mcm manusia yg tak normal dan xde perasaan terhadapku..  Aku tetap ada perasaan thadapmu dan menyayangimu sepenuh jiwa dan ragaku.. Ampuniku ya Allah. 

self reflection lagiiiilah.....

More time for self reflection...  Zahra ngn baba tgh tidur jd lehla smbg update blog ;) cani rupenye husband n wife kalau bekerja kan.. Blk keje 2-2 pengsan. Tmbh pulak skrng ni ulang alik nilai - senawang. Sejam stengah pergi.. Sejam stengah balik.. Penatnye dok dlm kete aduyai. Tp nasibaik kerja sekali.. Xdelah kena drive sendiri.. Al hamdulillah :)  Syukur pd Allah atas nikmat pasangan dan anak yg cukup membahagiakan. Betullah org kata.. Bahagia tu dtg dri diri sndiri bukan dari org lain. Dan sntiasa bersyukur apa yg ada tu adalah kunci utama kebahagiaan. Dulu masa mula2 kawin.. Baru nak kenal.. Selalu gkla merajuk.. Susah gak kan tiba2 kawin ngn laki yg xbrape nk kenal.. Pastu perangai e lain pulak dr pmpuan.. Kdg2 tu rs cam eh! Tak peka lgsg perasaan pmpuan! Tp tu lah pntgnya komunikasi kan. Apa2pun kena bgtau..sebab lelaki ni kalau xbgtau..mmg die takkan tau. Adoi. Haha. Nasibaik lepas bgtau ade improvement.. Kalau tak..mmg malas dhla nk bgtau. Tp Adela gk s...

Time for reflection

Bersabar itu bukan bermaksud bertahan. Tapi sabar itu adalah bertindak melakukan sesuatu utk menyelesaikan sesuatu perkara dan berdoa tanpa putus asa agar jalan keluar utk segala permasalahan itu segera ditemui.  Dah lama sgt tak update blog.. Ptg td bru tetibe rs nk tulis something. Tulis sikit pn xpe yg pntg istiqamah dan yg lebih pntg.. Dgn menulis ni dptlah sedikit sebanyak memuhasabahkan diri yg kerdil ini. 

17 Ramadhan- Hari Nuzul Al-Quran

Alhamdulillah malam semalam dapat sambut Nuzul Al-Quran bersama waliduna Sheikh Fuad Kamaluddin di Darul Quran wal Hadith, Nilai. Semua staff bertungkus lumus menjayakan majlis ini dan agak sedih apabila saya tidak dapat bersama-sama bekerja keras bersama mereka. sebab apa?? sebab sibuk dengan anak kecil. Tapi fikir2 balik..ni pun tanggungjawab besar jugak kan..nak mintak tolong mak @ mak mertua.. takut menyusahkan dorang pulak. hmm.. xpelah semoga segala apa yang kita lakukan sentiasa mendapat keredhaan dan pandangan Allah s.w.t. Rasa macam bersalah tgk org buat kerja macam2..dan kita xdapat tolong. Majlis dah habis tapi hati masih rasa sedih dan terkilan. Sempena Nuzul Al-Quran ni.. marilah kita perbanyakkan membaca Al-Quran dan tafsirnya. insyaAllah dengan membaca Al-Quran akan hilanglah segala kesedihan dan kegundahan hati.. semalam masa tgh rasa down..tiba2 kak sue whatsapp wish Happy Birthday n die nak hadiakan dress lagi 1 mcm last year. happy dengar khabar dari Kak Sue yang s...

KISAH MAMA

ALHAMDULILLAH... Kisah ini saya dapat dari email yg dihantar kpd saya berkenaan dengan sikap positif ibu terhadap anak dan keluarga. jom kita baca perkongsian yg di bawah!!!! insyaAllah sangat bermanfaat untuk semuaa.............. KISAH MAMA 1 Ini adalah perkongsian dari perspektif anak, tentang bagaimana seorang ibu membantu menggalakkan sikap positif dalam diri mereka  Pn Noor Hayati Abdul Hamid adalah Ibu kepada 7 orang anak, Principal Consultant Natural Learning Initiatives dan Founder pusat kecemerlangan NALURI yang menfokuskan kepada pembangunan keluarga.  Beliau adalah trainer dan speaker Parenting, Kekeluargaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Perkongsian ini akan menggunakan KAMI sebagai mewakili anak-anak Pn Noor Hayati Abdul Hamid. InsyaAllah anda akan mendapat email perkongsian santai ini secara bersiri, agar lebih mudah di cerna.   Sarapan Yang Membahagiakan Waktu sarapan adalah waktu yang istimewa. Bukan kerana makanan mewah, teta...