Skip to main content

self reflection lagiiiilah.....

More time for self reflection... 

Zahra ngn baba tgh tidur jd lehla smbg update blog ;) cani rupenye husband n wife kalau bekerja kan.. Blk keje 2-2 pengsan. Tmbh pulak skrng ni ulang alik nilai - senawang. Sejam stengah pergi.. Sejam stengah balik.. Penatnye dok dlm kete aduyai. Tp nasibaik kerja sekali.. Xdelah kena drive sendiri.. Al
hamdulillah :) 

Syukur pd Allah atas nikmat pasangan dan anak yg cukup membahagiakan. Betullah org kata.. Bahagia tu dtg dri diri sndiri bukan dari org lain. Dan sntiasa bersyukur apa yg ada tu adalah kunci utama kebahagiaan. Dulu masa mula2 kawin.. Baru nak kenal.. Selalu gkla merajuk.. Susah gak kan tiba2 kawin ngn laki yg xbrape nk kenal.. Pastu perangai e lain pulak dr pmpuan.. Kdg2 tu rs cam eh! Tak peka lgsg perasaan pmpuan! Tp tu lah pntgnya komunikasi kan. Apa2pun kena bgtau..sebab lelaki ni kalau xbgtau..mmg die takkan tau. Adoi. Haha. Nasibaik lepas bgtau ade improvement.. Kalau tak..mmg malas dhla nk bgtau. Tp Adela gk something yg dh diberitahu.. Tapi still mcm tu jugak.. Mcm xde perasaan. Hmm sabaaujelaaa.. 

Utk lelaki2 diluar sana.. Fahamilah wanita. Perempuan ni bukan nak Sgt pn segala material yg anda ada. Taknak pun rumah besar kereta besar Wang besar. Kami hanya mahukan kasih Syg yg besar dari suami tercinta. Pelukan dari suami boleh mghilangkan segala kepenatan dan menumbuh suburkan bahagia dan cinta didalam hati. Jadi jgnlah kedekut sgt pelukan dan kata2 cinta anda tu! Jgnlah buat isteri anda mcm org gaji. Tgk dari jauhje. Pegang pun tak! Perempuan pun ada perasaan apatah lg yg bergelar isteri. Bila seseorg isteri itu syg pd suaminya.. Dia sntiasa mahukan suaminya itu dekat. Dekat sedekat2nya. Kalau xnak isteri rasa mcm tu..tunggulah bila rasa syg tu dah kurang..atau isteri pun dah tawar hati.. Goodbye Romeo lah..

Alhamdulillah atas rmhtga yg bahagia.. Seronok jugk ade bantal peluk masa tidur ni kan. Hehe. Didoakan semuanya terutamanya adik2 sy yg bru mndirikan rumahtga semoga sntiasa bersabar.. Jgn putus asa..jgn panas baran sgt.. Jgn slalu gaduh2..kdg2 xpe..hihi. Kalau marah sgt kt pasangan kite tu.. Istighfar..pastu ckp dlm hati... Aku jugak yg pilih dulu kan?? Haaa.. Jadi terimalah segala kelebihan daan kekurangan pasangan kite seadanya... InsyaAllah semua akan ok.. Ni nasihat utk diri sndiri yg lebih nih.. Haha. Semoga rumahtga yg kita bina sntiasa dlm rahmat dan kasih syg Allah s.w.t. Amiin..

Pakai dress Kak sue hadiah masa kenduri Adik sy baru2 ni. Soo Cantik!! 



Comments

Popular posts from this blog

Generasi baru Ulul Albab insyaAllah!

sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka, generasi Ulul Albab MRSM Gemencheh Program Ulul Albab di MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) Gemencheh ialah satu program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz al-Quran. Program pembudayaan Al Quran di MRSM Gemencheh ini bukan saja untuk para pelajar, tapi juga ia melibatkan para staff dan guru. Buat para staff, setiap hari akan dimulai dengan Pengajian Al-Quran,tafsir,Tajwid dan tazkirah. Bermula jam 8.00 hingga 8.30.  gambar copy paste je di  http://www.mrsmgemencheh.com MasyaAllah sy sgt kagum dengan Tuan Pengetua dan Timbalan-timbalan beliau serta guru-guru yang sangat dedikasi & komited di sini. Mereka sangat productive dan bersemangat waja! dalam menjadikan MRSM Gemencheh ini sebagai sebuah insitusi pengajian yang bukan setakat mengajar, tetapi 'mendidik' akhlak dan jiwa kami. Saya kagum dengan moto baru maktab ini, "MENDID...

sambungan... kenangan di Majlis Perkahwinan kami 1 Februari 2014

Lepas proses akad nikah solosai pada jam 12 tghari, kami berdua pulang sebentar ke rumah utk bertukar pakaian pulaaaa... mmg agak kelam kabut sikit.. time tu lah sebenarnye yg 'peak hour'. ramai betul yg dtg masa kami balik rumah tu... dan disebabkan itu, ramai jugalah tetamu yg kami tidak berkesempatan untuk berjumpaaa  =( maaf seribu kali maaf kpd para tetamu.. jam 1.30 tghari kami tiba semula di masjid Usamah bin Zaid tersebut utk majlis seterusnya..  ni lah rupa dewan untuk majlis kami di dewan Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, KL... Alhamdulillah sgt mengikut tema =D saye sukeee! ketibaan pengantin... tanpa bunga manggar dan tanpa pengapit! kompang juga tiadaaaa...hehe.  cuma disambut dgn student yg begitu teruja melihat ustaz dan ustazah mereka berkawennn.. hohoho Maka sesi senyum dan bersalam-salaman pun bermulaaaaa =) ni pengapit on the spot. adik2 iparku yg hensem dan santek.... hihihi kegumbiraan yg jelas terpancar.. semuga g...

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...