Skip to main content

KISAH MAMA

ALHAMDULILLAH... Kisah ini saya dapat dari email yg dihantar kpd saya berkenaan dengan sikap positif ibu terhadap anak dan keluarga. jom kita baca perkongsian yg di bawah!!!! insyaAllah sangat bermanfaat untuk semuaa..............



KISAH MAMA 1
Ini adalah perkongsian dari perspektif anak, tentang bagaimana seorang ibu membantu menggalakkan sikap positif dalam diri mereka 

Pn Noor Hayati Abdul Hamid adalah Ibu kepada 7 orang anak, Principal Consultant Natural Learning Initiatives dan Founder pusat kecemerlangan NALURI yang menfokuskan kepada pembangunan keluarga. 

Beliau adalah trainer dan speaker Parenting, Kekeluargaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Perkongsian ini akan menggunakan KAMI sebagai mewakili anak-anak Pn Noor Hayati Abdul Hamid. InsyaAllah anda akan mendapat email perkongsian santai ini secara bersiri, agar lebih mudah di cerna.  
Sarapan Yang Membahagiakan

Waktu sarapan adalah waktu yang istimewa. Bukan kerana makanan mewah, tetapi kerana suasana. Mama menginvestasi masa lebih awal untuk mempersiapkan sarapan. Susun atur sarapan dan makanan yang dihidangkan adalah rapi, cantik membuatkan kami terasa seperti dihargai keberadaan kami. 

Walaupun kadangkala kami kalut ke sekolah, tatkala tiba di meja makan, ia disambut dengan bualan dengan penuh ceria, menyebabkan kami terasa diberi perhatian khas. Susah untuk mendengar suara cemas, jauh sekali bebelan dan jeritan . Suasana ini membuatkan kami rasa senang dan gembira untuk memulakan hari. 

Inilah rutin yang kami lalui di pagi hari semasa kami bersama Mama sehingga dewasa. Ketenangan yang sebenarnya terkesan sampai kami besar. Komitmen Mama untuk menyediakan sarapan yang membahagiakan, memotivasi kami untuk membuat kerja harian secara bersungguh-sungguh. Kerana kami sedar bukan mudah untuk seorang ibu mewujudkan ketenangan dipagi hari dengan seribu satu kerenah ahli keluarga.

Sekiranya masa tidak mencemburui, Mama akan meluangkan masa yang lama untuk berbual bersama kami sehinggalah kami berangkat ke sekolah. Sungguh, masa yang singkat terasa menjadi panjang, kerana kami pergi dengan sebuah kegembiraan dan inspirasi. Ia nampak santai, tetapi tanpa disedari, inilah antara RUTIN mahal yang tidak ternilai 
Menghormati & Meraikan Perasaan Anak

Ramai orang akan highlight betapa pentingnya menghormati orang tua. Tetapi yang terlepas pandang betapa kesan menghormati anak terhadap jatidiri mereka. 

Bagaimana Mama membuatkan anak anak terasa dihormati? Mama tidak merendahkan hasil usaha dan pandangan kami. Mama meraikan kejayaan dan kekurangan kami. Kadangkala kejayaan itu amat kecil malah menyedihkan, tetapi mama menukarkan kepada kegembiraan. Sungguh seronok rasanya. 

Adapun sekiranya pendapat anak anak atau cara yang kami lakukan salah, Mama tetap menjaga tutur kata dengan tersusun dan berhemah . Mama menyusun kata dengan rapi, sehinggakan anak anak juga secara spontan terasa ingin menyusun kata dengan baik kepada Mama. 

Sungguh ia memudahkan kami berbicara terutama apabila ada kekusutan. Ia bukan berlaku ketika kami sudah dewasa sahaja, ia berlaku sejak kami kecil lagi. Ia adalah pelajaran kehidupan yang amat MAHAL bagi kami, iaitu jadikan orang rasa di hormati dahulu, insyaAllah orang akan mudah menghormati kita


KISAH MAMA (2)
Ini adalah perkongsian dari perspektif anak, tentang bagaimana seorang ibu membantu menggalakkan sikap positif dalam diri mereka 
Pn Noor Hayati Abdul Hamid adalah Ibu kepada 7 orang anak, Principal Consultant Natural Learning Initiatives dan Founder pusat kecemerlangan NALURI yang menfokuskan kepada pembangunan keluarga. 

Perkongsian ini akan menggunakan KAMI sebagai mewakili anak-anak Pn Noor Hayati Abdul Hamid. InsyaAllah anda akan mendapat email perkongsian santai ini secara bersiri, agar lebih mudah di cerna.  
Aplikasi rutin yang praktikal & berkesan: 
Jam 5 petang main padang 

Setiap hari kami ternanti-nanti untuk bermain padang. Keseronokan bermain dengan adik beradik dan sahabat sangat mengujakan. Ada kawan dah tunggu depan pagar. Apatah lagi rumah kami depan padan permainan! 

Tapi kami jelas dengan peraturan ini. Semua homework dah siap sebelum waktu asar. Hinggakan kawan-kawan pun pinjam homework yg dah siap tu! Pernah juga waktu asar tu dah tunggu depan sejadah nak solat! Kadang-kadang rasa lambatnya masuk solat asar! Pernah tu anak-anak solat terawal sedikit dari azan :) penangan nak main padang sangat hebat. Mama tak payah susah-susah nak ingatkan. Semua termotivasi nak bermain di padang. 

Tepat jam 5 petang anak-anak dah siap dan menuju ke padang. Seronok bermain tapi anak-anak tak lupa, sebelum jam 7 malam semua perlu berada di rumah. Walaupun kawan-kawan belum balik, kami adik beradik akan panggil sesama kami untuk pulang ke rumah.

Automatik di rumah terus kami bersiap mandi dan pastikan bersedia utk Maghrib berjemaah dengan ayah dan mama. Ini semua kisah manis dalam pengalaman kami melalui RUTIN di rumah bersama mama.
Menguruskan Tingkahlaku Negatif Anak 

Seperti kanak-kanak lain, kami juga tidak terlepas daripada membuat kesilapan demi kesilapan demi kesilapan. Oleh kerana 7 orang adik beradik, rumah agak riuh dengan pelbagai peringkat umur. Tetapi Mama seorang yang tenang. 

Mama bukan seorang yang suka memaksa, jauh sekali akan memarah dan menengking kami. Ada banyak pelajaran luar biasa yang kami pelajari apabila kami membuat kesilapan. Ia luar biasa kerana RESPON Mama terhadap kami. 

Apabila kami buat silap, Mama tidak memberi RESPON NEGATIF. Sebaliknya Mama akan memberitahu/menunjukkan bahawa Mama faham perasaan atau situasi kami. Mama memberi laluan dahulu untuk kami bercerita dan meluahkan perasaan. Selepas itu, barulah Mama akan berbincang dengan untuk menyelesaikan atau memperbaiki kesilapan kami. 

Keadaan ini berbeza dengan masyarakat, di mana, apabila anak membuat kesilapan, terus dimarah atau dipotong percakapan, tanpa memberi ruang kepada anak untuk membela diri atau menceritakan kenapa ia berlaku sedemikian rupa. 

Sungguh, ia pelajaran yang mendidik hati kami. RESPON Mama memberi kesan mendalam masa itu dan jangkamasa panjang. 
Ia bukan berlaku semasa kami remaja dan dewasa sahaja, tetapi berlaku sejak kecil. 

Secara tidak langsung, Mama memenangi hati kami walaupun di saat kami melakukan kesilapan. Kami terasa di beri peluang. Secara tidak langsung menyebabkan rasa ingin memperbaiki diri dan senang hati mengikut nasihat Mama. 

Jadual Kemas Rumah yang Menyeronokkan

Kami punyai jadual tugasan harian di rumah. Setiap kami punyai tanggungjawabjawab tersendiri, setiap hari bertukar mengikut giliran. Adik kami yang 5 tahun pun ada namanya dlm jadual. Cuma diberikan tugas yang mudah contohnya susun pinggan atas meja. Anak 5 tahun dah boleh susun pinggan kan? Kami guna pinggan melamine:) bila dewasa saya pun guna pinggan ini bukan kerana cantik atau murah tetapi kerana ia sesuai dengan perancangan keibubapaan di rumah. Nampak kan bagaimana semua perkara ada kesan dalam gaya hidup kita dan keluarga?
Oh ya, kami juga punya abang dan adik lelaki. Mereka juga cekap melakukan kerja rumah. Siapa kata lelaki tak boleh buat kerja rumah. Ia hanya mitos dan escapism masyarakat. Yang pastinya mereka sangat hebat membantu. Kami suka berunding, contohnya saya tak suka basuh pinggan, jadi saya swap dgn adik saya yang suka basuh pinggan. 

Bunyi macam askar, buat anak macam pembantu rumah? Tak lah, itu hanya tanggapan semata. Kami gembira, sampai kami dewasa kami sentiasa berunding dalam hal-hal keluarga yg perlukan perhatian. Ia ada kesan panjang dalam perhubungan kami. Rasa tangungjawab yang tinggi menular dlm setiap jiwa kami. Alhamdulillah tiada rasa tidak puas hati kepada yang lainnya. Ini kesan tidak langsung jadual tugasan rumah sehingga kini. Perasaan bertanggungjawab membawa perubahan untuk lingkungan masing masing;)

Teringat zaman tu. Memang best. Tak terasa ia sebagai paksaan. Jarang dengar mama suruh itu dan suruh ini. Apabila jadual sudah ada, secara tidak langsung lebih mudah kami merancang. Kerana kami jelas dengan peranan, malah rasa berbangga bila di beri kepercayaan . Walaupun kemas rumah tu kadangkala akhirnya porch di rumah menjadi penuh berbuih kerana terlebih main sabun, ia satu kepuasan.

Bukan semua ibubapa sanggup beri anak kemas rumah, kerana khuatir anak main sabun, khuatir lambat siap, bertambah banyak kerenah, tak rapi, dan seribu satu alas an, pinggan pecah, dan lain-lain. Sebenarnya ia hanyalah persepsi diri kita sedangkan anak anak belajar daripada pengalaman dan eksplorasi. Hanya dengan membetulkan persepsi, banyak yang kita boleh ubah. 

Begitu juga dengan CARA MENGAJAK. Pendekatan mengajak dengan penuh keseronokan akan menukar respon anak untuk jauh lebih positif. Berbeza apabila disuruh. Maka timbullah anak rasa malas, penat, rasa terbeban. Mulalah juga kita melabel anak dan ibu bapa terasa terbeban. Kitaran itu akan semakin lama semakin tidak baik, apabila kita biarkan tanpa mencari solusi. 

EH, semuanya bermula dari KITA ! Apabila jadual dan sistem ini berjalan, Mama lebih senang. Jadi Mama lebih bahagia. Dan beginilah antara cara Mama merancang untuk bahagia. Bukan terjadi tiba-tiba. Mama sediakan dahulu sistemnya, dan bahagia itu kami lihat pada Mama. Mama kurang stress bila anak anak sudah masuk dalam sistem ini. Inilah antara cara mama menjemput sikap positif anak dan sikap positif untuk mama sendiri. Mama membina SUASANA dan suasana inilah yang mahal. 
Bagaimana Mama Mengurus Emosi ? 

Atas permintaan, kami percepatkan penulisan mama mengurus emosi ini. Ramai yang bertanya, bagaimana Mama boleh bercakap dengan tenang, tak menjerit, menjerkah, mengherdik, apatah lagi mengamuk. Sejujurnya, Mama juga manusia biasa yang ada banyak ujian dan cabaran. Tetapi bagaimana Mama mempersiapkan diri dan beradaptasi dengannya, itulah pelajaran utama dari sekolah kehidupan Mama. 
  
Mama bukanlah orang yang cepat melatah. Mama akan diam dahulu, melihat situasi, jadi dapat berfikir dengan lebih matang dan berfikir panjang. Apa akan terjadi pada anak kalau dimarah? Adakah mereka tiada perasaan? Tiada rasa hormat? Di sini, Mama sangat menjaga tutur kata. Sangat jelas di sini. Malah kami sendiri malu melihat betapa Mama memelihara dan menyusun ayat Mama.

Tidak dapat kami tidak nafikan Mama melaburkan masa dalam membaca dan memahami Al-Quran, sumber ketenangan bagi Mama. Mama suka untuk berkongsi dan berbincang tentang surah surah yang mama baca serta isi nya bersama kami. Perkongsian itu santai santai sahaja. Menyebabkan kami dahaga mendengarnya. Antara yang Mama suka berkongsi dengan kami ialah ilmu mengenai tindakbalas sains dan mengaitkannya dengan ayat ayat daripada Al-Quran. 
  
Tidak ketinggalan, Mama mencari bekalan ilmu untuk menghadapi kami dan mempersiapkan aktiviti buat kami. Mama memang rajin belajar ilmu keibubapaan, buku psikologi kanak kanak dan buku buku berkaitan ketenangan dan pembangunan minda. Kesukaan Mama ialah memahami bagaimana tindakbalas otak dalam mempengaruhi ketengan jiwa seseorang. Jadi, bukanlah Mama jumpa ilmu itu secara MAGIC. Semua bermula dengan ilmu, amal dan menukarkannya kepada konsisten dengan rutin. 
  
Selain itu, Mama cuba untuk sentiasa realistik dengan target dan persepsi. Mama tidak perfectionist. Mama mengetahui situasi Mama yang ada ramai anak untuk diurus, dengan bisnes yang perlu di monitor dan kesihatan diri yang perlu sentiasa di titik beratkan. Jadi Mama mengubah lifestyle Mama untuk menyesuaikan dengan keadaan ini. Oleh kerana Mama rajin belajar ilmu keibubapaan, memahami keperluan anak , kenapa mereka perlu main, perlu di hormati, perlukan perhatian, perlu di layan, membuatkan Mama lebih tenang apabila berhadapan dengan masalah masalah kami. 

Mama mempunyai “me time” yang menyeronokkan, iaitu memasak dan menanam bunga serta bersilaturrahim. Mama melaburkan masa untuk ini biasanya di waktu pagi atau petang. Bukan sahaja Mama yang teruja, malah anak anak serta cucu juga teruja juga. Ia menjadi waktu yang menambahkan lagi kemesraan ahli keluarga. Bagi cucu-cucu, waktu bersama pokok bunga dan tanaman tok ma ialah waktu yang mengasyikkan, kerana mereka dapat petik bunga, kira daun, bau buah-buahan, buat eksperimen malah dapat mandi di luar rumah! Bukan Mama tiada masalah, tetapi kami Mama pandai mengurus masalah dan memberi laluan kepada hati dirawat, untuk gembira dan tenang.


Kerana tahu anak anak ramai, serta tuntutan kerja, Mama selalu plan kerja kerja Mama. Dulu mungkin kami tidak sedar Mama kamiplan dengan baik. Tetapi apabila kami dewasa, kami nampak jelas, bagaimana impaknya persediaan Mama. Planning tu bukan juga maksudnya kalau kita benarkan anak main, kita tinggal dan tidak plan langsung. Tetapi kita panggil “prepared environment” . Sebelum anak bangun, kita dah siapkan apa mainan yang kita nak mereka focus, so they play with objective. Contoh target Mama ialah, jam 2 petang sudah ada di rumah menguruskan anak anak. Mama memahami anak anak pada sesetengah waktu, amat memerlukan perhatian. Jadi Mama invest waktu tersebut untuk anak. Contohnya, waktu pulang tadika dan pulang sekolah. Memang anak anak mendapat layanan istimewa dari Mama. Waktu-waktu makan, juga adalah waktu yang memang mendapat peruntukan istimewa. 

Tapi macam mana kalau stress sangat? Rasa tak mampu degan anak anak kecil.. Mama selalu cakap, Allah kan ada. Bila kita ikhlaskan buat sesuatu kerana Allah, Allah akan tolong. Ayat itu mudahkan? Tapi berat untuk dibuat. Itulah ayat mudah Mama, kita sandarkan kepada Allah yang merupakan cara Mama merawat diri. 
Terlalu panjang rasanya untuk berkongsi tentang Mama mengurus emosi ini. Pendek kata Mama banyak membuat PERSEDIAAN dahulu, sebelum tiba ujian ujian lainnya. Persediaan ini adalah RUTIN bagaimana mama menjemput diri mama sendiri untuk tenang, secara tidak langsung menjemput anak anak untuk belajar dari Mama. 
Sekali lagi,  perkongsian di atas berlaku secara RUTIN yang menjadi automasi. Ia adalah kebiasaan yang telah menyentuh hati kami sehingga kini. 

Sungguh, betapa membina RUTIN dalam keluarga, amat mempengaruhi membina tingkahlaku positif dalam diri anak tanpa di sedari. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Generasi baru Ulul Albab insyaAllah!

sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka, generasi Ulul Albab MRSM Gemencheh Program Ulul Albab di MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) Gemencheh ialah satu program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz al-Quran. Program pembudayaan Al Quran di MRSM Gemencheh ini bukan saja untuk para pelajar, tapi juga ia melibatkan para staff dan guru. Buat para staff, setiap hari akan dimulai dengan Pengajian Al-Quran,tafsir,Tajwid dan tazkirah. Bermula jam 8.00 hingga 8.30.  gambar copy paste je di  http://www.mrsmgemencheh.com MasyaAllah sy sgt kagum dengan Tuan Pengetua dan Timbalan-timbalan beliau serta guru-guru yang sangat dedikasi & komited di sini. Mereka sangat productive dan bersemangat waja! dalam menjadikan MRSM Gemencheh ini sebagai sebuah insitusi pengajian yang bukan setakat mengajar, tetapi 'mendidik' akhlak dan jiwa kami. Saya kagum dengan moto baru maktab ini, "MENDID...

sambungan... kenangan di Majlis Perkahwinan kami 1 Februari 2014

Lepas proses akad nikah solosai pada jam 12 tghari, kami berdua pulang sebentar ke rumah utk bertukar pakaian pulaaaa... mmg agak kelam kabut sikit.. time tu lah sebenarnye yg 'peak hour'. ramai betul yg dtg masa kami balik rumah tu... dan disebabkan itu, ramai jugalah tetamu yg kami tidak berkesempatan untuk berjumpaaa  =( maaf seribu kali maaf kpd para tetamu.. jam 1.30 tghari kami tiba semula di masjid Usamah bin Zaid tersebut utk majlis seterusnya..  ni lah rupa dewan untuk majlis kami di dewan Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, KL... Alhamdulillah sgt mengikut tema =D saye sukeee! ketibaan pengantin... tanpa bunga manggar dan tanpa pengapit! kompang juga tiadaaaa...hehe.  cuma disambut dgn student yg begitu teruja melihat ustaz dan ustazah mereka berkawennn.. hohoho Maka sesi senyum dan bersalam-salaman pun bermulaaaaa =) ni pengapit on the spot. adik2 iparku yg hensem dan santek.... hihihi kegumbiraan yg jelas terpancar.. semuga g...

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...