Skip to main content

Cendekiawan Hebat, Prof Dr. Quraish Shihab

Salam, Alhamdulillah pagi ni saya dapat mendengar, menghayati dan memahami AlQuran dari Cendekiawan terbaik Ilmu AlQuran, Prof Dr. Quraish Shihab. Beliau telah menubuhkan Pusat Studi AlQuran bagi mahasiswa2 di Indonesia. Teringinnya saya nak belajar AlQuran di sana dan menjadi sebahagian dari Ahli AlQuran. Jika saya tidak berkesempatan, semoga anak2 saya mendapat rezeki mempelajari, menghayati dan memahami AlQuran dari para cendekiawan AlQuran dan bukan hanya sekadar menghafalnya..



Beliau adalah Ulama' pertama Indonesia yang memiliki Tafsir AlQurannya sendiri iaitu Tafsir AlMishbah. Banyak buku2 lain yang telah dihasilkannya dan ada dirumah saya kerana suami saya adalah salah seorang yg mengagumi pemikirannya. Saya juga mengenalinya dari suami saya yg gemar membaca dan bijak tetapi sangat rendah diri. Ada cendekiawan hebat di dalam rumah saya sendiri Alhamdulillah!



 

Pagi ini saya dapat mendengar tafsir Surah AlMujadalah dari Prof Quraish Shihab. Ia berkisar seorang wanita bernama Khaulah binti Tsa'labah yang dizihar oleh suaminya dan rintihannya diadukan kepada Allah dan Rasulullah. Ia menandakan bahawa status wanita didalam Islam sangat tinggi dan sama haknya seperti lelaki serta sentiasa didengari oleh Allah. Didalam AlQuran, isteri di sebut sebagai 'zauj atau imroah. ZAUJ itu memberi makna yang lebih dekat, lebih baik kepada si suami seperti didalam surah AlMujadalah ini. Manakala Imroah ialah isteri seperti yang disebutkan dalam surah AlMasad yg ditujukan buat isteri kepada Abu Lahab. Ia tidak disebut Zauj. 


Betapa indahnya bahasa AlQuran yang saya tidak pelajari selama ini. Betapa  saya didalam kerugian yg besar... Terlalu banyak perkongsian indah yang saya dapat dari Prof Quraish dan keinginan saya untuk mempelajarinya menjadi membuak2. Saya ingin sekali menulis buku sepertinya dan seperti Kang Jalal, seorang lagi sosok tokoh cendekiawan Indonesia yg sgt saya kagumi.... menulis secara santai tentang hidup seharian tetapi berkisar tentang AlQuran dengan bahasa mudah untuk bacaan awam. 


YA ALLAH bantulah saya....

Kesimpulan yang saya dapat dari Prof Quraish berkaitan surah ini adalah.. kehidupan suami isteri sentiasa ada konflik dan ujian. Ujian itu akan mematangkan dan yang penting dari surah ini ialah kata-kata yang digunakan sehari2 perlulah kata-kata yang baik. Tinggalkan perdebatan dan pergaduhan, serta perlu selalu berbincang. Sebagai isteri kita perlu lebih mengalah dan katakan pada suami "Kamu benar / betul" walaupun kita merasa kita betul untuk mengelakkan pergaduhan. Prof juga menasihati para suami untuk selalu mengucapkan rasa cinta kepada Isteri "Saya cintakan kamu" dan Isteri perlu mengucapkan "Saya bangga akan kamu" untuk mengeratkan lagi perhubungan.


Allah.. terlalu banyak yg ingin dikongsi tetapi hati lebih ingin mempelajari. Semoga saya diberi kesempatan lagi untuk terus mempelajari dan terus berkongsi tentang ilmu AlQuran. Terlalu luas ilmu Tuhan... betapa kerdilnya dan ceteknya ilmu saya.

Comments

Popular posts from this blog

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

Sekolah yg sentiasa bertahta di hati...

Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur @ SMAKL Sekolah ni menyimpan beribu kenangan aku dan kawan2.. kat sini la aku menimba ilmu, dapat kawan, cikgu2 yang baek.. hmm.. pendek kata mmg syokk la dok cni..!! rasa mcm nak balik ke zaman sekolah je.. kalau la ade pintu masa doraemon kan best.. sobsobsss.... Dewan Seri Bestari.. tempat aku amik exam dan tempat aku buat pelbagai aktiviti... hmmm..byk kenangan kt dewan ni.. tapi xleh la kan cite kt cni... kang kontroversi plak.. haha.. kat depan dewan tmpt kitorg berkawad.. rindu kawad!! rindu nk wat formasi yg macam2.. aku dulu KRS~ Kadet Remaja Sekolah.. best woo00oo KRS ni.. ni kitorg gi lawan kawad kaki kt Segambut Jaya.. xtau la sapa yg tlg amikkan gmba ni.. tp dia xde amik gmba kitorg ms tgh buat formasi..ade yg ni je!!! waaaa xbest!! nway, thanks jugak la kan kpd yg tlg amik gmba ni.. ade jugakla kenangan.. ni la die bdk2 'putera' sekolah aku dulu... xtaula aku jumpa kt mn gmba2 ni.. poyo je muka sorang2... diorang n...