BBBESTNYAAAA 2023!!
Salam Disember 2023. Pejam celik tahun 2023 dah bakal berakhir. Tidak pernah saya sangka kehidupan yang diberi Tuhan ini semakin bertambah baik walaupun saya hidup hanya di rumah. Perkara yang tidak pernah terlintas didalam hati dan fikiran saya... Saya meletakkan jawatan dan bekerja dari rumah. Sesungguhnya Allahlah yang mengurus kehidupan hamba2nya..dan kita hidup dengan taqdir yang telah ditetapkan.
Tahun 2023, tahun saya hidup sendiri.. bertemankan suami dan anak2 tanpa rakan2 yg dahulunya saya rasakan saya tidak mampu hidup tanpa mereka. Saya memulakan perniagaan JRM pada bulan Januari dan kini hampir setahun saya menjalankannya.
Saya yakinkan diri untuk membuat LIVE di tiktok walaupun saya masih baru.. Saya pelajari setiap produk supaya mampu menjawab pertanyaan dari viewers di setiap LIVE saya. Alhamudulillah semua kebaikan datang dari Allah.. Hampir setahun ini, jualan saya telah melebihi 100K. Setiap bulan insyaAllah jika consistent, saya mampu jana sales 20k ke atas. Saya yakin semuanya bukan kerana usaha saya tetapi kerana rezeki dari Allah buat saya dan keluarga.
Sesiapa yang ingin jana pendapatan dari rumah, saya sarankan untuk anda buat bisnes di tiktok! hihi insyaAllah sangat membantu. Mudah digunakan dan kita xpayah pening2 kepala nak jawap wassap orang!
Selepas tu setiap bulan muka saya ada dalam carta. Syukur sgt alhamdulilllah... mesti ramai otai2 JRM tertanya2 siapa Aainaa sbb budak baru kan... tetiberrr muncul dlm carta. Haha... Semuanya rezeki dan anugerah dari Allah. Kalau Allah xbagi saya takkan mampu capai semuanya.
Tahun ini juga saya belajar untuk berzakat pada setiap bulan.. dan kesannya dapat saya rasai. Wang sentiasa bertambah dan saya dapat lebih berkongsi bersama keluarga. Sungguh bahagia dapat berkongsi rezeki yang diberi Tuhan buat keluarga dan orang2 yg memerlukan. Banyak kebaikan yang Allah berikan kepada saya. Tok selalu kata... "Tok doakan cek sihat..kalau sakit apapun kita xboleh buat". Alhamdulillah Allah memberikan kesihatan mungkin sebab doa2 keluarga yg sayangkan saya.
Mak pun kata.."Hari2 mak doa untuk kakak..." Abah pun doakan Hariku sentiasa dipenuhi keberkatan. Subhanallah.. Doa2 itulah yg mungkin diangkat oleh Allah dan pelbagai kebaikan saya perolehi. Terima kasih atas doa semua..
Tahun 2023 ini juga saya berazam untuk kurangkan bercakap, terutamanya tentang manusia. Banyak bercakap akan menyebabkan banyak kesilapan dan banyak juga dosa. Alhamdulillah masa yg ada saya gunakan untuk pelajari Tafsir AlQuran dari Prof Quraish Shihab dan hadiri kuliyyah2 Dhuha di masjid bersama makcik2 yg telah bersara. Kehidupan terasa penuh dan masa digunakan untuk perkara yang saya cintai. Live setiap hari dan pos setiap hari supaya shop saya dapat rating yg tinggi dari tiktok dan customer.
Alhamdulillah saya tidak menyesal langsung berhenti kerja malah saya lebih gembira, lebih terasa memberi manfaat buat keluarga serta bahagia dapat menambah ilmu dari rumah. Saya dapat juga fokus pada anak2 dan uruskan rumah dengan lebih baik. Setiap minggu saya akan ke rumah mak untuk tengok mak, abah, tok dan adik2... belanja mereka makan, beri duit belanja... Subhanallah rasa terlalu bahagia. Tiada masa untuk borak kosong, tiada masa untuk bergosip, tiada masa memikirkan hal manusia..tiada masa cari kesalahan org lain.. syukur pada Allah atas nikmat yang sangat besar ini..... Semoga Allah mengampuni dosa2 saya yg banyak ini..
Comments
Post a Comment