Skip to main content

Adakah kita ini orang beragama?

Untuk melihat kita benar2 hidup beragama atau tidak, lihat pada komunikasi kita sesama manusia. Saya juga masih perlu byk perbaiki hubungan sy dengan org lain. Terlalu byk kesilapan.. terlalu kurang kasih syg.. semoga Allah memberikan sy kelembutan dan byk kebaikan dariNya. 

Orang yg beragama itu adalah org yg berjaya meneladani sifat2 Tuhan.. dan sifat yang paling utama adalah sifat ARRAHMAN. Menyebarluaskan sifat rahman, sifat kasih sayang dan penuh kebaikan.


Tafsir Surah AlMulk: 

TABARAK - Dari perkataan BARAKA. Terlalu banyak kebaikan (Tuhan)..yang ditanganNya seluruh kerajaan bumi dan langit.. dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Dia mencipta yang mati (tiada) dan yg hidup. Sebelum kita hidup, kita masih tiada... selepas hidup kita akan mati...dan selepas mati akan dihidupkan semula... semuanya mudah bg Allah. Dia Yang Maha Agung, Yang Maha Besar mampu untuk menciptakan sesuatu yang sgt besar dan yang sgt kecil. Sekecil2 semut, dan sekecil2 atom dan lebih kecil dari itu Dia mampu ciptakan walaupun Dia itu terrrsangat besar. 


Anak saya berkata selepas sy terangkan ayat ini kpdnya... "Kita yg kecil ni pun xboleh nak buat benda yang sgt kecilkan mama?" Bijak soalan dia... mampukah kita buat semut dari sekeping kertas? Pasti susah kan? Allah apabila Dia inginkan sesuatu, hanya kun fayakun... jadilah maka ia akan terjadi. 



Maksud Kafir - Kafir bukan hanya untuk org bukan Islam.. kafir adalah orang yg mengingkari nikmat, atau percaya tapi tidak mengamalkan contoh org yg tidak solat. Juga maksud kafir adalah melakukan perbuatan yg bertentangan dengan nilai agama dan yg paling kemuncak kafir adalah org yg mengingkari / mendustakanTuhan. Surah AlMulk ayat 6. 

Setiap kelompok yang dilempar masuk ke dalam neraka, Malaikat2 akan bertanya... tidak pernahkah datang orang yg memberikanmu peringatan? Orang yang di dalam neraka menjawab.. "Pernah datang tetapi kami mengingkarinya/ mendustakannya dan kami katakan Allah tidak menurunkan sesuatu apapun" Maka Malaikat akan berkata "Kamu (Antum) sebenarnya berada didalam kesesatan yg nyata"


Ayat 11" Mereka mengakui dosa2 mereka tetapi (suhqan) Sangat jauhlah mereka dari rahmat Allah bagi mereka penghuni2 neraka. (Ashab As-Sa'iir) maksudnya orang yg selalu bersama neraka. Saahib(tunggal) sahabat, org yg dekat, rakan. Nauzubilli min zaalik. 


Panjang lg tafsirannya tak dapat ditulis disini. Boleh dengar tafsir AlMulk du youtube dan jgn lupa baca setiap hari serta hafal untuk mendapat rahmat Allah, keredhaan Allah dan dijauhi dari azab kubur.. Peringatan utk diri sendiri je sebab bukan ada siapa pun yg baca blog ni! hihi.. Harapnya Allah sampaikan kepada ramai utk membacanya dan sy mendapat manfaat di alam sana!






Comments

Popular posts from this blog

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

Sekolah yg sentiasa bertahta di hati...

Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur @ SMAKL Sekolah ni menyimpan beribu kenangan aku dan kawan2.. kat sini la aku menimba ilmu, dapat kawan, cikgu2 yang baek.. hmm.. pendek kata mmg syokk la dok cni..!! rasa mcm nak balik ke zaman sekolah je.. kalau la ade pintu masa doraemon kan best.. sobsobsss.... Dewan Seri Bestari.. tempat aku amik exam dan tempat aku buat pelbagai aktiviti... hmmm..byk kenangan kt dewan ni.. tapi xleh la kan cite kt cni... kang kontroversi plak.. haha.. kat depan dewan tmpt kitorg berkawad.. rindu kawad!! rindu nk wat formasi yg macam2.. aku dulu KRS~ Kadet Remaja Sekolah.. best woo00oo KRS ni.. ni kitorg gi lawan kawad kaki kt Segambut Jaya.. xtau la sapa yg tlg amikkan gmba ni.. tp dia xde amik gmba kitorg ms tgh buat formasi..ade yg ni je!!! waaaa xbest!! nway, thanks jugak la kan kpd yg tlg amik gmba ni.. ade jugakla kenangan.. ni la die bdk2 'putera' sekolah aku dulu... xtaula aku jumpa kt mn gmba2 ni.. poyo je muka sorang2... diorang n...