Skip to main content

Apa itu AHLI ALQURAN?

 Apabila ditanya kepada seorang ulama' hebat, Prof Dr. Quraish Shihab tentang 

"Buatmu, apakah itu AlQuran?" Prof menjawab.. "AlQuran itu SAHABAT BAIK". 



Saya mendengarkan perbualan mereka tentang AlQuran kerana ia sungguh menarik hati. Kata beliau, AlQuran itu bukan sekadar kita membaca dan menghafal tetapi perlu memahami. Lebih baik memahami 1 ayat dari AlQuran dengan baik berbanding menghafal 10 ayat tanpa memahaminya. 


Baru saya fahami disini, menjadi Ahli AlQuran adalah dengan menjadikannya sahabat sejati, yang kita sentiasa merindukannya... kita kasih dan cinta kepadanya dan apabila ia tiada, kita tidak senang duduk. Selepas saya mendekatkan diri dengan AlQuran melalui mendengar syarahan dan tafsirnya, saya dapat rasakan betapa nikmatnya memahami AlQuran berbanding menghafalnya. Apatah lagi jika kita dapat memahami dan sekaligus menghafalnya alangkah lebih indah!


Saya sering merasa sedih kerana saya tidak mampu menghafal AlQuran kerana saya begitu ingin menjadi Ahli AlQuran. Ramai yang berkata orang yg menghafal AlQuran itu adalah Ahlillah.. Ahli Allah.. Begitu ruginya saya tidak dapat menjadi golongan Ahli Allah. Bahagianya bagi setiap menghafal AlQuran!

Prof Quraish telah membuka mata saya dan memperluaskan harapan saya untuk menjadi Ahlillah. Bacalah AlQuran dan fahamilah ia..jadikan ia sebagai sahabat terbaik kita. Semasa kita berusaha memahaminya, jangan lupa untuk mengamalkannya serta menghafalnya. Faham itu lebih baik dari menghafal tanpa memahami kerana ia tidak begitu masuk ke dalam hati. 


Dengan memahami ALQuran, melihat bahasanya yg indah, maknanya yang luas... kita dapat lebih cinta kepadanya dan lebih dekat dengan Allah yg menurunkannya buat pedoman kita. Saya merasa kagum dengan bahasa dan maknanya yang begitu mendalam...dan saya teringat kepada Rasulullah .. (salam ke atasmu ya Habiballah)! tentang pertanyaan para sahabat kepada baginda dan jawapan beliau mengikut sosok tubuh yang bertanya kerana keluasan maksud AlQuran itu sendiri. 

Pertanyaan saya didalam hati.. benarkah Rasulullah yang begitu hebat, bersifat bijaksana (fathonah) yang dianugerahi Tuhan AlQuran itu tidak tahu membaca? ? Anak-anak kecil seusia 3 tahun sudah mampu membaca tidak mungkin Rasulullah tidak mampu menulis dan membaca? 

Saya percaya pada pendapat ulama' yang menyatakan bahawa.. Rasulullah pandai membaca dan menulis cuma baginda tidak membaca dan menulis pada masa kehidupannya. Adat orang Arab terdahulu.. tidak membaca tetapi lebih kepada menghafal. Ada juga pendapat yang mengatakan "Umiy' berarti 'sebelumnya tidak ada kitab langit yang diturunkan yg dibacanya'. Jika Rasulullah tidak tahu membaca, mengapa ayat AlQuran pertama diturunkan menyuruh kita membaca? "IQRA' Bacalah..". Allahu a'lam.. 

Allah Lebih Mengetahui.. Ajari dan beri petunjuk kepadaku Ya Allah.. Jauhkan kami dari berkata dan percaya perkara yang tidak benar tentang baginda Nabi s.a.w. (Salam Atasmu Ya Rasulullah).


Comments

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='( 

CINTA. 2015.

Bagi seorg wanita yg bergelar isteri..  Suamilah segala-galanya.. Keluarga dan kawan2 tidak lg serapat dan sering berjumpa seperti zaman bujangan.  Suamilah teman setiap masa dikala susah dan senang..  Suamilah juga tempat bermanja dan tempat meluahkan segala rasa..  Semoga setiap waktu yg terluang bersama menjadi saham akhirat yg terbaik buat isteri Terima kasih buat suamiku yg sentiasa ada disisi.. Yg sentiasa bersabar dgn kerenahku yg ntah ape2.. Kdg2 ok..kdg2 tak..tibe2 suke..tibe2 sedih.. Perempuan mmg cenggituu.. Yg sentiasa menghiburkanku dgn lawak2 xleh blah tahap cipan.. dan menceriakan hidupku dgn joget2nya..haha Walaupun kdg2 dikau agak menyebalkan dan menyakitkan hati..  Dan selalu mcm manusia yg tak normal dan xde perasaan terhadapku..  Aku tetap ada perasaan thadapmu dan menyayangimu sepenuh jiwa dan ragaku.. Ampuniku ya Allah.