Skip to main content

MAK SAYA DAPAT MALAM AL QADR!

Alhamdulillah ! Hari ini Jumaat,8/12/2023 saya mendengar pula tafsir surah AlQadar dari Abi Quraish (Prof Dr. Quraish Shihab)  Klik link untuk mengenali beliau. Saya sgt kagumi beliau! Betapa hebatnya ciptaan Allah..betapa luasnya ilmu Allah...

Semakin sy mendengar pengisian dari Abi Quraish, semakin sy cinta kepada Allah .. cinta kpd Rasulullah dan terasa ingin sekali bertemu dengannya. Pernah 1 hari saya nyatakan hasrat sy kepada suami untuk menghantar anak2 ke Pusat Studi AlQuran yg diasaskan oleh Abi Quraish di Indonesia... reaksi suami sy mcm terkejut tapi ok2 saja.. dia juga siswa keluaran Indonesia! ;) Saya benar2 inginkan anak2 saya bukan setakat membaca AlQuran, tetapi pasti lebih baik jika mereka dapat belajar memahami, mendalami, menghayati dan mengamalkan AlQuran dalam kehidupan mereka...insyaAllah jika Allah izinkan. Allah Maha Mengetahui segala isi hati..

Berbalik pada surah AlQadr, ia adalah malam penuh kemuliaan, malam di mana AlQuran diturunkan sekaligus dari perkataan "anzala", malam ketetapan utk semua makhluk dan setiap orang (individu) serta ia juga bermaksud "sempit". Sempit kerana malam itu dipenuhi malaikat yg kita tidak nampak sehingga langit dan bumi menjadi sempit. Subhanallah. 

Ia juga dikatakan malam yg lebih baik dari seribu bulan. Seribu bulan itu adalah kiasan. Maksudnya adalah ia malam yg sangat banyak kebaikan, terlalu mulia, terlalu indah... yg mana kita tidak akan dapat hitung dan tidak akan terjangkau di minda kita kebaikannya yg terrrrrrlaluuuu banyak dan besar! Allahuakbar!


Abi Quraish juga berkata.. ada manusia yg benar2 akan bertemu dengan malam ini. Orang ini adalah manusia baik yg sangat suka kepada kebaikan. Sentiasa tertarik untuk berbuat baik. Di dalam hatinya tiada dengki, tiada dendam, tiada hasad, tiada cela. Hatinya damai.... semuanya dipandang baik walaupun dia susah, walau penuh masalah. 

Mak abah yg penuh kebaikan.. semoga syurga tertinggi buat mereka... Amin



Saya teringat kisah mak saya. Di bulan Ramadhan beberapa tahun yg lalu, mak saya call saya dan beritahu "kak, malam tadi malam Lailatul Qadr. Mak nampak awan kepul2 dlm rumah dan ramai masuk rumah, dorang peluk mak. terasa angin sejuk masuk tapi best... tak sampai menggigil tapi nyaman je" Subhanallah. 

Saya percaya mak saya kerana mak sy tak pernah menipu dan dia mmg insan mulia. dalam hidup dia tiada pikir dunia.. tak pernah mak sy ajak saya pergi shopping ke... dia hanya makan pakai apa yg ada di rumah. duit xde pun dia diam sahaja... hidupnya susah tapi xpernah merungut. Sakit pun tiada rungutan .. termasuk abah. Abah sy dah tua dan byk sakit tp dia xpernah bercerita dia sakit... dia hanya kata.. usia dia dh byk dan mgkin dah sampai masa untuk pulang. Hanya itu. Terlalu byk kebaikan dalam diri mereka. Jika bandingkan dgn sy, Ya Allah terlalu byk kelemahan..terlalu berbeza. Semoga Allah memberikan sy petunjuknya..Semoga saya juga dapat bertemu malam penuh kemuliaan, Lailatul Qadr. 

Comments

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='( 

Generasi baru Ulul Albab insyaAllah!

sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka, generasi Ulul Albab MRSM Gemencheh Program Ulul Albab di MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) Gemencheh ialah satu program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz al-Quran. Program pembudayaan Al Quran di MRSM Gemencheh ini bukan saja untuk para pelajar, tapi juga ia melibatkan para staff dan guru. Buat para staff, setiap hari akan dimulai dengan Pengajian Al-Quran,tafsir,Tajwid dan tazkirah. Bermula jam 8.00 hingga 8.30.  gambar copy paste je di  http://www.mrsmgemencheh.com MasyaAllah sy sgt kagum dengan Tuan Pengetua dan Timbalan-timbalan beliau serta guru-guru yang sangat dedikasi & komited di sini. Mereka sangat productive dan bersemangat waja! dalam menjadikan MRSM Gemencheh ini sebagai sebuah insitusi pengajian yang bukan setakat mengajar, tetapi 'mendidik' akhlak dan jiwa kami. Saya kagum dengan moto baru maktab ini, "MENDID...