Skip to main content

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya?


Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab. 

Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus. 

Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam. 


Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api.


Kita sebagai manusia biasa tidak pernah lari dari membuat dosa dan kesalahan. Abi QUraish juga berpesan agar kita sentiasa melihat kelemahan dan kesalahan diri sendiri serta memandang kebaikan org lain bukan mencari kesalahan. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya dan apa sahaja yg menimpa kita adalah kerana dosa kita sendiri. Dahulu kita pernah berkata dan berbuat tidak baik, maka apa yg kita beri, kita akan menerimanya kembali. 


Alhamdulillah Allah memberikan kita ujian di dunia ini untuk kita menebus kembali dosa2 kita yg dahulu. Lebih baik menerima balasan didunia berbanding menerima azab di sana. Saya terima apa sahaja yg selayaknya buat saya dengan harapan Allah redha dan mengampuni dosa2 saya. Semoga dapat pulang kepadaNya dengan membawa sekeping hati yg bersih dan sejahtera. 


Kita akan sentiasa mengingat dosa2 kita yg dahulu dan ia seperti menghantui. Jadi janganlah kita mengingatkan org lain tentang dosa2 mereka dan menambah beban dalam hati mereka. Bukankah org bertaqwa itu seharuskan memasukkan rasa bahagia, gembira dan damai dalam hati manusia yg lain?







Comments

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='(