Skip to main content

DUNIA DAN ISINYA BENAR2 MENIPU

Salam. Ada beberapa perkara yg berlaku pada tahun ini disamping kebahagiaan, keseronokan dengan kehidupan baharu selepas berhenti drpd kerja. Pasti Allah akan turunkan ujian buat kita sebagai hambaNya. Semasa saya duduk berseorang di rumah, ada individu2 yg tak puas hati dan mencari salah. Sehingga saya jadi tertanya2 .. apa yg saya buat? Saya tidak ganggu sesiapa.. hanya fokus pd diri sendiri dan keluarga.. sibuk dgn kelas2 agama dan perniagaan.. tetapi masih ada yg berkata2 dibelakang. 

Disebabkan usia saya yg telah sampai ke peringkat matang (sebenarnya tua), ;)  saya benar2 ingin hindari perdebatan seperti yang Rasulullah katakan... "Hindari perdebatan walaupun kamu tahu kamu dipihak yg benar". Diam lebih baik dari berkata perkataan yg menyakitkan. Terima kasih Ya Rasulullah. Tanpa bimbinganmu kami pasti termasuk dlm golongan org yg bodoh dan rugi. Jadi saya biarkan mereka berkata2...

Semua org merasakan dirinya benar. Jika kita berkata kita benar, mereka juga ada hujjah mengatakan mereka benar. Saya teringat lg kata2 Rasulullah... Ingat kelemahan diri, lupakan kelemahan dan kesalahan org lain. Ingat jasa dan kebaikan org lain terhadap kita... lupakan kebaikan kita kepada org lain. Subhanallah. kata2 ini setiap hari berlegar di kepala saya. Saya redha atas ujian ini Ya Allah jika ia dijadikan sebagai penghapus dosa saya yg byk ni... dan ia membuatkan saya dekat dgn Allah serta Allah redha pada saya. 

Saya mmg byk dosa.. saya insan hina yg selalu tersalah. Selalu buat silap.. saya nak mati untuk jumpa Allah tapi saya takut dgn dosa2 saya yg tak terhitung. Saya yakin ujian ini membawa saya supaya kenal Allah, kenal diri sendiri dan kenal sifat manusia yg sering salah dan alpa. Ia akan menjadikan saya lebih kuat dan matang. 

Saya tidak lg berkongsi dengan sesiapa ttg masalah hidup sy kerana manusia sering menghampakan. Bercerita kpd manusia2 yg paling rapat pun tiada gunanya...kerana mereka pun belum tentu akan mencintai kita sampai bila2 kan? Hanya kpd Allah tempat mengadu dan meminta segala pertolongan. Saya sendiri byk menyakiti org lain secara sedar mahupun tidak.. Semoga Allah mengampunkan saya..

Ketika saya ada masalah dan tiada tmpt mengadu..Ada yg dtg dan bertanya "Apa khabar?" "Ok? ada masalah bgtau.." kononnya begitu prihatin.. apabila kita bercerita, dia menyampaikan cerita itu kepada org lain dan saling menyalahkan kita. Alhamdulillah buat semua pengajaran dalam kehidupan yg dikurnia Tuhan. Saya yakin semuanya ada hikmah dan pasti menjadikan kita hambaNya yg lebih baik. Ujian kan tanda Allah menyayangi? 

Saya suka kpd 1 ayat Ustazah Asni Mansor "Ujian adalah hadiah dari Allah." Ujian beri pahala, ujian dekatkan kita dgnNya.. Ujian sumber kekuatan, ujian juga mengajar kita ttg kehidupan yg menipu.. Kehidupan ini benar2 menipu.. saya benar2 tertipu. Saya tidak lg mempercayai sesiapa utk berkongsi cerita.


Benarlah cinta paling Agung adalah Cinta kpd Allah.. Hanya Dia yg mencintai kita walaupun kita sgt berdosa. Cinta manusia semuanya akan hilang. Hanya cintainya yg akan kita bawa pulang. 


Yakinlah bahawa 

Tiada yg lebih menyayangi kita selain Allah

Tiada yg lebih mengetahui keadaan hati kita selain Allah

Semoga kita pulang kpdNya dgn membawa hati yg sejahtera

Hati yg tidak ditipu dunia dan isinya 

Hati yg putih bersih, tiada marah, tiada dendam, tiada dengki, tiada hasad, tiada segala mazmumah. Amiin


Comments

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='( 

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...