Skip to main content

Blog kenangan dapat buka semula! Alhamdulillah!

 Alhamdulillah hari ini, 6 OKTOBER 2023. Last sy update blog ni, tahun 2016.

Dah 7 tahun saya xdapat bukak blog ni...! Sebab template dia dah lama...google kata xboleh bukak.. tapi tiba2 dgn izin Allah boleh buka semula...!

Subhanallah Alhamdulillah syukur. 😢 Dapat tengok balik post2 lama... post2 sebelum kawin, masa kawin dan lepas adanya Zahra Wajiha. 

Setelah 7 tahun, saya masih diberikan nafas, umur saya telah bertambah lg 7 tahun, lebih matang, harapnya lebih dekat saya dengan Tuhan. 

Dan dalam masa 7 tahun ni, anak saya pun dah bertambah lagi 2 org. 2 orang lelaki yang soleh insyaAllah... Muhammad Husnayn Haadi 5 tahun dan Muhammad Ilman Subhani 2 tahun. Syukur Ya Allah.. 




Saya dapat jalani kehidupan dengan seadanya... bekerja dari rumah, hilang segala keserabutan kerja mengikut waktu pejabat, dapat lebih masa berkualiti bersama keluarga. Alhamdulillah dapat juga menjalankan perniagaan yang saya minati selama ini...

Tahun ini, tahun 2023 adalah tahun saya benar2 keluar dari pemikiran lama saya... Lebih matang, lebih diam, kurang berkongsi, lebih bercakap dengan Tuhan.. Tahun saya berdikari, bekerja sendiri, hidup sendiri tanpa kawan-kawan, hanya ada Tuhan dan keluarga. Bercakap hanya perlu dan hanya sewaktu saya berniaga untuk kelangsungan hidup. 

Banyak yang saya pelajari di tahun ini.. terutamanya tentang diri sendiri. Setiap manusia diberikan ujian yg berbeza.. dan ujian tanda Allah sdg mengajar dan sayangkan saya. Biarkan manusia berkata apa sekalipun, asalkan saya tidak mengata kepada sesiapa dan perbanyakkan berdoa. AlQuran benar2 merupakan petunjuk dari yang Maha Agung. Setiap kali saya membaca terjemahannya, saya merasakan Allah sedang berkata-kata dengan saya.. 

Buatlah kebaikan.. Maafkan kesalahan manusia, rapatkan silaturrahim, jangan berburuk sangka, perbaiki diri, teruskan usaha, letakkan tawakkal pada Allah yg Maha Kaya dan Maha Memberikan rezeki... Jadilah manfaat buat manusia yg lain...Terutamanya buat keluargamu sendiri.. Allah...! terlalu byk pesanan Tuhan kpd saya.. Dia Maha Mengetahui Segala Isi Hati.


SYUKUR ATAS SEGALANYA WAHAI TUHANKU... TERIMA KASIH 2023. 

Comments

Popular posts from this blog

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

Sekolah yg sentiasa bertahta di hati...

Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur @ SMAKL Sekolah ni menyimpan beribu kenangan aku dan kawan2.. kat sini la aku menimba ilmu, dapat kawan, cikgu2 yang baek.. hmm.. pendek kata mmg syokk la dok cni..!! rasa mcm nak balik ke zaman sekolah je.. kalau la ade pintu masa doraemon kan best.. sobsobsss.... Dewan Seri Bestari.. tempat aku amik exam dan tempat aku buat pelbagai aktiviti... hmmm..byk kenangan kt dewan ni.. tapi xleh la kan cite kt cni... kang kontroversi plak.. haha.. kat depan dewan tmpt kitorg berkawad.. rindu kawad!! rindu nk wat formasi yg macam2.. aku dulu KRS~ Kadet Remaja Sekolah.. best woo00oo KRS ni.. ni kitorg gi lawan kawad kaki kt Segambut Jaya.. xtau la sapa yg tlg amikkan gmba ni.. tp dia xde amik gmba kitorg ms tgh buat formasi..ade yg ni je!!! waaaa xbest!! nway, thanks jugak la kan kpd yg tlg amik gmba ni.. ade jugakla kenangan.. ni la die bdk2 'putera' sekolah aku dulu... xtaula aku jumpa kt mn gmba2 ni.. poyo je muka sorang2... diorang n...