Skip to main content

Pemimpin patut dan berhak ditegur rakyat

MasyaAllah baca post Dr.Asri ttg pemimpin dan rakyat. 

"Dalam riwayat al-Tabarani yang dinilai hasan oleh al-Albani: “Muawiyah bin Abi Sufyan r.a (khalifah ketika itu) menaiki mimbar pada hari Jumaat, dia berkata dalam khutbahnya: “Harta ini (kerajaan) adalah harta kami, dan harta fai (yang diperolehi melalui peperangan) juga harta kami. Kami berikan kepada sesiapa yang kami mahu, dan kami tidak berikan kepada sesiapa yang kami mahu”. Tiada seorang pun yang menjawabnya. 

Apabila tiba jumaat yang kedua, dia mengucapkan perkara yang sama. Tiada siapa pun menjawabnya. Pada jumaat yang ketiga dia berkata perkara yang sama, lalu seorang lelaki yang hadir dalam masjid itu bangun dan berkata: “Sama sekali tidak! Harta ini adalah harta kami (rakyat) dan fai ini adalah fai kami (rakyat). Sesiapa yang menghalang antaranya dengan kami, kami hukumnya dengan pedang-pedang kami”. 

Apabila selesai solat, Muawiyat memerintahkan lelaki itu berjumpa dengannya. Orang ramai berkata: “Habislah dia”. Kemudian orangramai masuk dan mendapati dia duduk bersama Muawiyah di atas tempat duduknya. Muawiyah berkata kepada orang ramai: “Dia ini telah menghidupkanku (memberikan kebahagian), semoga Allah menghidupkannya. Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun”. 

Kata Muawiyah: Aku bercakap pada jumaat pertama, tiada siapa pun menjawabku, maka aku takut aku termasuk dalam kalangan mereka. Kemudian pada jumaat yang kedua, tiada siapapun menjawabku, maka aku pun berkata: “Aku termasuk dalam kalangan mereka”. Aku bercakap pada jumaat ketiga lelaki ini bangun menjawabku. Dia hidupkan (bahagiakan) daku, semoga Allah menghidupkannya”. 


Itu generasi salaf. Itu khalifah di zaman salaf. Bagaimana pula dikatakan mazhab salaf melarang sama sekali menegur pemerintah di khalayak rakyat?!



RENUNG2KAN...

Comments

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='( 

CINTA. 2015.

Bagi seorg wanita yg bergelar isteri..  Suamilah segala-galanya.. Keluarga dan kawan2 tidak lg serapat dan sering berjumpa seperti zaman bujangan.  Suamilah teman setiap masa dikala susah dan senang..  Suamilah juga tempat bermanja dan tempat meluahkan segala rasa..  Semoga setiap waktu yg terluang bersama menjadi saham akhirat yg terbaik buat isteri Terima kasih buat suamiku yg sentiasa ada disisi.. Yg sentiasa bersabar dgn kerenahku yg ntah ape2.. Kdg2 ok..kdg2 tak..tibe2 suke..tibe2 sedih.. Perempuan mmg cenggituu.. Yg sentiasa menghiburkanku dgn lawak2 xleh blah tahap cipan.. dan menceriakan hidupku dgn joget2nya..haha Walaupun kdg2 dikau agak menyebalkan dan menyakitkan hati..  Dan selalu mcm manusia yg tak normal dan xde perasaan terhadapku..  Aku tetap ada perasaan thadapmu dan menyayangimu sepenuh jiwa dan ragaku.. Ampuniku ya Allah.