Skip to main content

ALHAMDULILLAH =)



MasyaAllah hari ni saya sangat gembira on behalf of my bestfriend ever, Nur Huda Ibrahim. Happy bukan hanya 1 sebab, tapi byk sebab..kitorang rapat sejak form 1 lg masa sama2 kat SMAKL. Memang hebat penangan SMAKL ni. Maybe sbb baca ma'thurat dan doa rabitah setiap hari kot.. sebab tu Allah ikat hati2 kitorg.. bukanje ngan Huda, tp dgn kwn2 yg lain pn aku rapat especially Farah, Add, Zata, Norli.. cuma mybe lepas keluar sekolah diorg pn dh ada kwn lain.. so xdela brape nak contact aku. heheh. so ngan Huda jela aku share semua benda .. eh xde la semua kot. ade yg die xtau. hehe. dulu ms sekolah, tiap2 hari makan sama2, belajar sma2, gi kelas sama2, solat sama2, basuh baju sama, kawad sama2, rumah sukan pun sama, semua la sama2!! best sgt time tu. benda yg plg xbest ialah sbb kewujudan budak2 laki kt skolah tu yg suka kacau hidup aku. tu jela yg xbest. yg lain SEMUA best!

Sambung balik... Aku akan buat birthday card utk birthday dia setiap tahun dgn hasil creativity sendiri.(eh stiap tahun ke?hmm...rasanyela.xsure)  Handmade! xboleh beli kat kedai tau. Penah sekali tu aku buat card utk Huda sebulan before birthday dia. aku suka sgt card tu..maybe sbb prepare awal kan.. so jadi sgt best la card tu.. malangnya card tu tak sampai kat dia.. maybe posmen salah hantar kat rumah org.. sedih sangat tahap xtau nak cakap cane.. tu jela kot sekali huda xdpt apa2 dari aku. dlu boleh dikatakan setiap hari aku akan msg ngn huda. smpai cousin aku, Alya dah xlarat dah nak dengar cerita pasal huda. kalau aku dapat msg je dia akan cakap "Huda la tu. Aina xde org lain eh nak msg? Huda pun xde org lain ke nk msg?" hehe. biarlah.. ni kawan dunia akhirat tau.. hehe. mmg sgt rapat ngan dia wlaupun dia suka mnyakat aku, aku suka menyakat dia..aku rasa diala yg pling kenal aku mcm mana..tapi maybe kitorang dh rapat sgt, kitorang tak nampak keburukan masing2. kalau org tny aku psl huda.. hmm aku akan cakap semua yg baik.. yg buruk aku rasa mcm xde je....ape ek? rasanya dia lagi baik kot dari aku. cuma kekerekan dia tu kadang2 aku geram gakla.. hehe. 

Anyway, kesyukuran sebanyak2nya kpd Tuhan yg telah memberikan aku rakan2 yg baik, yg insyaAllah dpt membawa aku menuju syurgaNya.. Buat BFF lain yg nama xdisebut disini, anda sentiasa berada dihati. cuma tak tertulis saje disini. insyaAllah lain kali akan menulis ttg anda pula... setiap saat sntiasa bersyukur pd Allah atas kurniaan rakan2 yg sentiasa ada bersama diwaktu senang dan susah..tidak dptlah membalas sgala jasa kalian, hanya mampu berdoa semoga Allah memberi sebaik2 ganjaran iaitu SyurgaNya yg kekal abadi. 

p/s: selalu berangan dpt bersama2 dgn Rasulullah, family dan rakan2 di syurga yg mana kenikmatannya tiada tandingan. bestnye dpt enjoy ramai2 dlm syurga kan =) sgt xlayak pun utk syurga Allah.. cuma berharap pada rahmat Allah yg luas....


ni masa huda ngn mak yang dtg visit aku kat Scotland time winter =)

ni masa kt shopping mall. terpaksala solat marata2..almaklumlah xde surau mcm kt Malaysia..sorryla da..ni lah namanya musafir.. hehe.


Untuk Nur Huda,

Comments

Popular posts from this blog

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

Sekolah yg sentiasa bertahta di hati...

Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur @ SMAKL Sekolah ni menyimpan beribu kenangan aku dan kawan2.. kat sini la aku menimba ilmu, dapat kawan, cikgu2 yang baek.. hmm.. pendek kata mmg syokk la dok cni..!! rasa mcm nak balik ke zaman sekolah je.. kalau la ade pintu masa doraemon kan best.. sobsobsss.... Dewan Seri Bestari.. tempat aku amik exam dan tempat aku buat pelbagai aktiviti... hmmm..byk kenangan kt dewan ni.. tapi xleh la kan cite kt cni... kang kontroversi plak.. haha.. kat depan dewan tmpt kitorg berkawad.. rindu kawad!! rindu nk wat formasi yg macam2.. aku dulu KRS~ Kadet Remaja Sekolah.. best woo00oo KRS ni.. ni kitorg gi lawan kawad kaki kt Segambut Jaya.. xtau la sapa yg tlg amikkan gmba ni.. tp dia xde amik gmba kitorg ms tgh buat formasi..ade yg ni je!!! waaaa xbest!! nway, thanks jugak la kan kpd yg tlg amik gmba ni.. ade jugakla kenangan.. ni la die bdk2 'putera' sekolah aku dulu... xtaula aku jumpa kt mn gmba2 ni.. poyo je muka sorang2... diorang n...