Skip to main content

Keharusan menderma organ

Apakah hukum menderma organ terutamanya selepas mati? Hukumnya adalah HARUS mengikut pendapat kebanyakan Ulama' kerana ia boleh memberi manfaat dan pertolongan bagi yg masih hidup. Sebelum sy mbaca ppost Ustz Hasrizal menganai isu ini, saya sedikit keberatan utk mendermakan organ terutamanya selepas mati kerana saya terfikir... bukan ke masa jasad kita dimandikan nanti pun, org yg memandikan tak boleh kasar sebab jasad kita tengah sakit lagi kerana roh baru keluar. hmm tapi saya rasa perspective saya ttg isu ni telah berubah lepas baca entri Ust Hasrizal
 "Saya ada sedikit gentar dan takut, ketika menurunkan tanda tangan ke borang yang diberi. Tetapi saya lebih takut ke alam mati dengan amal yang tidak mencukupi. Saya lebih takut diseksa kerana berdosa semasa hidup, berbanding stigma terseksa kerana tubuh dibedah selepas mati. Tidak ada apa yang perlu ditakutkan kerana semua ini tidak bermakna lagi, selepas hidup berganti mati. Letakkan diri di alam mati, tahulah nilai hidup memberi." 

Beliau mbuatkan saya terfikir.. x ada apa yg lebih ditakutkan berbanding dgn dosa2 yg kita lakukan semasa hidup. selepas mati yg akan merasai kesakitan adalah roh. Jasad telah terputus hubungannya dgn roh. Jadi apa yg perlu dirisaukan? sekurang2nya kita dapat membantu org2 yg memerlukan organ utk terus hidup dan menggembirakan org2 disekelilingnya.. adakah itu juga dikira sebagai amal jariah yg mn pahalanya akan berterusan selagi org mgunakannya mdapat manfaat dari kita? itu saya x tahu.. Allahu'alam.


"Teringat saya kepada kata al-Quran bahawa di Mahsyar, ada ibu yang sanggup korbankan anaknya sendiri, jika boleh digunakan untuk menyelamatkan diri. Memikirkan ayat itu sudah cukup pedih buat saya ketika ‘melihat’ betapa terdesaknya kita di Akhirat nanti. Jika menderma organ boleh menambah keselamatan saya di Akhirat, saya tidak teragak-agak untuk melakukannya. Selepas mati, apalah sangat nilai yang ada pada buah pinggang, jantung, hati dan tulang, berbanding kesanggupan ibu mengorbankan anak sendiri, demi keselamatan nafsi-nafsi di Akhirat nanti."
- Ust Hasrizal

Adakah saya sangggup utk mendaftarkan nama utk mdermakan organ saya selepas mati? Kita tunggu dan lihat. xperlu berkata klau xsanggup nak buat. betul x? Takut bila dgr ayat ni "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan? Amat besar kebenciannya di sisi Allah apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan" [QS 61: 2-3]
Oleh itu, jgnlah hanya sibuk berkata tnpa melakukan (ni mmg refer utk diri sy sndiri). Takut nnt ditanya Allah, tergagap2 pulak nk jawab. Tetapi wlaubgaimanapun, bagi saya isu ni perlu dibincangkan bersama keluarga terlebih dahulu kerana mereka yg akan menguruskan kita selepas mati nanti. jadi mereka perlu tahu dan perlu ada persetujuan dgn mereka. Buat masa sekarang, mmg dlm hati ada keinginan utk menderma. cuma kaki dan tangan tak tersampai lg ke hospital utk memberi nama dan SIGN. semoga Allah memberi kekuatan dan mempermudahkan jika itu yg terbaik utk kita. 

Comments

  1. ada jg terfikir, Na.. hmm..

    ReplyDelete
  2. Tq 4 opening my eyes..my heart n my soul..insyaAllah will join u soon..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='( 

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...