Skip to main content

~

Rindu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah..

"Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam.

Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. Tadi mereka bercerita ttg perang Badar, bagaimana Allah menghantar para malaikat turun bg membantu Rasulullah dan kaum Muslimin pada waktu itu..dan sebagai tanda kesyukuran, Rasulullah sujud kpd Allah dlm tempoh masa yg agak lama sambil membaca 'Ya Hayyu Ya Qayyum"..benarlah kata Allah, sesungguhnya pertolonganNya itu dekat..

Teringat kisah pemuada Al Kahfi yg diceritakan oleh Ustaz Hasrizal dlm blognya beberapa hari yg lepas... tentang 'Pemuda berjuang tidak akan bersendirian"

"Gua disinar mentari.
Cahayanya tidak kena secara langsung ke tubuh anak-anak muda itu.
Mereka duduk di tengah gua.
Manusia yang menjengah, melihat mereka berjaga, mata seperti terbuka.
Sedangkan mereka lena.
Tidur bagai berhibernasi.
Tubuhnya dibolak balik kadang-kadang ke kanan, kadang-kadang ke kiri.
Terhindar daripada cedera luka oleh graviti.
Si anjing tidur bertimpuh di pintu gua, seperti semuanya sangat biasa, yang luar biasa.
Sesiapa sahaja yang terlihatkan anak-anak muda itu akan melarikan diri ketakutan.
Hati pemerhati dicampak gerun yang menjauhkan diri.
Itulah deskripsi al-Quran tentang Ashaab al-Kahf. Anak muda yang beralah bukan mengalah, mengasingkan diri dalam rahmat Allah, kurniaan yang membawa mereka daripada kesempitan dunia kepada keluasan gua!
Semua kejadian alam yang biasa-biasa itu, hakikatnya adalah tentera Allah! Bantuan Allah pada melindungi sekumpulan anak muda yang teguh mempertahankan Tauhid. Perlindungan yang tidak hadir berbentuk baju besi atau menjanik dan pedang. Sesuatu yang hadir kelihatan biasa, namun hakikatnya melindungi Ashaab al-Kahf daripada mudarat dan musibah selama 300 tahun tambah 9!

Ini kisah mereka. tentang pertolongan Allah. kita juga pasti ada kisah kita, ttg pertolongan Allah. mgkin bukan melalui turunnya para malaikat, tetapi melalui pertolongan manusia yg Allah sampaikan kpd kita. cuma kita selalu tidak sedar. byknya pertolongan Allah dan sedikitnya kesyukuran kita.. sama2 kita perbaiki diri, semoga kita dapat meraih redha dan cinta Allah insyaAllah!


Comments

Popular posts from this blog

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...

Sekolah yg sentiasa bertahta di hati...

Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur @ SMAKL Sekolah ni menyimpan beribu kenangan aku dan kawan2.. kat sini la aku menimba ilmu, dapat kawan, cikgu2 yang baek.. hmm.. pendek kata mmg syokk la dok cni..!! rasa mcm nak balik ke zaman sekolah je.. kalau la ade pintu masa doraemon kan best.. sobsobsss.... Dewan Seri Bestari.. tempat aku amik exam dan tempat aku buat pelbagai aktiviti... hmmm..byk kenangan kt dewan ni.. tapi xleh la kan cite kt cni... kang kontroversi plak.. haha.. kat depan dewan tmpt kitorg berkawad.. rindu kawad!! rindu nk wat formasi yg macam2.. aku dulu KRS~ Kadet Remaja Sekolah.. best woo00oo KRS ni.. ni kitorg gi lawan kawad kaki kt Segambut Jaya.. xtau la sapa yg tlg amikkan gmba ni.. tp dia xde amik gmba kitorg ms tgh buat formasi..ade yg ni je!!! waaaa xbest!! nway, thanks jugak la kan kpd yg tlg amik gmba ni.. ade jugakla kenangan.. ni la die bdk2 'putera' sekolah aku dulu... xtaula aku jumpa kt mn gmba2 ni.. poyo je muka sorang2... diorang n...