Skip to main content

Al-Mu'min ayat 60 : "Berdoalah kepadaKU, nescaya Ku perkenankan doa kamu"



Mari sama2 berdoa..Allah Maha Mendengar dan Dia sajalah yg Maha Mengetahui segala yg terbaik untuk kita..
Alhamdulillah melalui petunjuk dan hidayah dari Allah,aku memperoleh byk doa yang baik untuk diamalkan setiap hari dan insyaAllah, Allah pasti akan memperkenankan doa kita kerana sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, Maha Pemurah, Maha Pengasih dan hanya Dia lah yang selayaknya Kita meminta segala pertolongan

dan aku perlu menambahkan lagi doa terutamanya buat kedua ibubapa (dan dlm kes aku, tok dan wan pun) kerana merekalah yg telah mendidik dan membesarkan aku sehingga aku menjadi seperti sekarang. sememangnya mereka tidak perfect, tapi kenanglah segala penat lelah mereka terutamanya ibu yg telah mengadungkan kita selama 9 bulan, melahirkan, memberi kasih syg, tidak tidur malam kerana kita dan pelbagai lg kebaikannya yg perlu kita ingat supaya kita menjadi manusia yg bersyukur..
kdg kala aku sendiri melakukan byk salah dan silap terhadap mereka.. tanpa mempedulikan perasaan mereka, tanpa rasa belas dan kasihan..
Astaghfirullah.. semoga Allah mengampuni segala dosa2ku..
tolonglah Ya Allah perbaikilah AKHLAK ku.. 

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka telah memeliharaku. 

Comments

  1. Hudhuda lagi yg komen! =)6 August 2011 at 17:08

    Tq.. :)
    I should always remember this:
    'Rendahkanlah suaraku bagi mereka
    Perindahlah ucapanku di depan mereka
    Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
    Lembutkan hatiku untuk mereka'

    ReplyDelete
  2. as-salam.. pembetulan wahai saudara sekalian.. ayat di atas bukanlah dari surah al-mu'min.. ianya adalah dari surah Ghafir.. ayat 60..

    Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

    (Surah Ghafir, ayat 60)

    ReplyDelete
  3. janganlah kita mengambil mudah tentang sesuatu perkara itu sebelum kita mencari yg sahih lagi benar..

    ReplyDelete
  4. Wahai saudara, Surah Al-Mukmin itu samalah dgn surah Ghafir. ada surah yg mempunyai 2 nama atau lebih. tepat sekali pandangan saudara, jangan kita ambil mudah sesuatu perkara sebelum kita mencari yg sahih lagi benar..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...

Sekolah yg sentiasa bertahta di hati...

Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur @ SMAKL Sekolah ni menyimpan beribu kenangan aku dan kawan2.. kat sini la aku menimba ilmu, dapat kawan, cikgu2 yang baek.. hmm.. pendek kata mmg syokk la dok cni..!! rasa mcm nak balik ke zaman sekolah je.. kalau la ade pintu masa doraemon kan best.. sobsobsss.... Dewan Seri Bestari.. tempat aku amik exam dan tempat aku buat pelbagai aktiviti... hmmm..byk kenangan kt dewan ni.. tapi xleh la kan cite kt cni... kang kontroversi plak.. haha.. kat depan dewan tmpt kitorg berkawad.. rindu kawad!! rindu nk wat formasi yg macam2.. aku dulu KRS~ Kadet Remaja Sekolah.. best woo00oo KRS ni.. ni kitorg gi lawan kawad kaki kt Segambut Jaya.. xtau la sapa yg tlg amikkan gmba ni.. tp dia xde amik gmba kitorg ms tgh buat formasi..ade yg ni je!!! waaaa xbest!! nway, thanks jugak la kan kpd yg tlg amik gmba ni.. ade jugakla kenangan.. ni la die bdk2 'putera' sekolah aku dulu... xtaula aku jumpa kt mn gmba2 ni.. poyo je muka sorang2... diorang n...