Skip to main content

BERSIH 2011 ~


Apa komen anda tentang Bersih yg akan diadakan pd 9 July ni? Its depends on each individual. Sy ada pandangan sy sendiri begitu juga dgn anda. dan sy tidaklah kata yg pandangan sy betul dan anda salah. mungkin anda betul dan sy salah. Wallahu'alam..

Ini hanya pandangan dan pengalaman sy sbgai org asing yg merantau ke negara bukan Islam yg mn sy dapati negara mereka lebih 'Islam' berbanding negara kita yg konon2nya negara 'Islam'???. Majority kawan2 sy di luar negara ni menyokong Bersih 100% , mungkin kerana diluar negara ni kami lebih dapat merasai mengapa perlunya Bersih ini diadakan. 

Pertama, 'demonstrasi jalanan' yg org kata byk membawa keburukan dri kebaikan itu penting utk menyedarkan kerajaan yg mereka perlu utk mendengar suara2 rakyat tanpa ada sekatan, tanpa ada rasa takut kerana rakyat hanya mahu meluahkan saja apa yg mereka rasa. Di United Kingdom yg bukan pun negara Islam ini, mereka boleh saja utk melakukan apa2 demonstrasi dan polis hanya melihat dari jauh tanpa masuk campur seperti di Malaysia. dan yang lebih menarik, kerajaan mereka mendengar suara rakyat dan mengambil tindakan yg sepatutnya. 

Dr Asri sndiri mengakui ttg demonstrasi yg baik di London pada penghujung 2008..
"orang ramai membantah kekejaman Isreal terhadap Palestin..ramai yang menyertai; muslim dan bukan muslim..pihak polis UK memberikan kerjasama yang baik..tiada rusuhan, tiada keganasan..sedangkan bercampur agama dan berbeza keturunan..UK walaupun sekutu Israel dalam banyak perkara, tetapi akur hak rakyat mereka untuk berhimpun secara aman.." Mengapa kita xboleh?

Dulu sy malas utk amik tau ttg politik Malaysia, tapi bila dah sampai ke negara org ni, sy rs sy perlu amik tahu dan lakukan apa yg sepatutnya sebagai rakyat yg bertanggungjawab. 

Byk pengundi2 hantu di Malaysia. Rasanya pemimpin Malaysia majoritynya org Islam, tapi mengapa perangai dan tindakan mereka lebih buruk dari org bukan Islam? Mungkin mereka perlu byk muhasabah diri, tak perlu gila kuasa, biarkan sj rakyat menentukan siapa yg mereka mahu pilih, xperlulah mereka memilih diri mereka sndiri utk rakyat. tak perlu. 



Di bawah ini salah satu printscreen dari website Suruhanjaya Pilihanraya sebagai bukti yang menunjukkan bahawa 3 orang pengundi berbangsa India dan Melayu didaftarkan dalam satu alamat rumah yang sama.


Rakyat hanya mahu turun ke jalanraya secara aman pada perhimpunan BERSIH 2.0 9 Julai ini bukan kerana rakyat gila nak tumbangkan kerajaan, tetapi kerana rakyat mahukan pilihanraya yang bersih dan adil

Anda boleh mengesahkan sendiri bukti ini. Sila semak di website daftar pemilih SPR dengan memasukkan nombor-nombor kad pengenalan di bawah ini dan anda lihat sendiri bagaimana 88 orang pengundi berdaftar telah didaftarkan di bawah satu alamat yang sama.http://milosuam.blogspot.com/2011/07/rumah-kecil-dengan-88-orang-pengundi.html 

kedua, isu yg sy rs sgt penting ialah isu rasuah di Malaysia.dlm ape2 hal pun, sape ade cable,sape ade kenal org dlm, dia dapat. astaghfirullah. kesianlah pd siapa yg lebih layak. byk bende yg perlu diperbaiki di Malaysia. Gaji sgt2lah kecil. di UK ni, semua org mampu utk beli kereta cash, rumah cash sbb murah. gaji diorg sama je mcm kite dlm 2000/ 3000 pound sbln. kereta biasanya org Malaysia bli kereta 2nd hand, xsampai 1000 pound. kt Malaysia, even kereta Proton, punyalah mahal Tuhan sj yg tau. kena berhutang sampai mati pun ntah2 xabis lg.. diorang kt UK dan US, boleh beli kereta dgn skali gaji. Kan best klw kt Malaysia kereta boleh beli hanya dgn harga seribu / 2k je? Gaji kecik tp harga brg punyalah mahal, sekali pegi shoping, dah habis separuh gaji. mcm mn nak hidup mcm tu? org kaya jela hidup mewah. yg miskin lg miskin la jwbnya.. kt UK ni, beli brg 1 troli penuh, xsampai pun 50 pound. betapa bestnya hidup diorg.. siapa xkerja, dpt alaun, siapa ada anak, dpt alaun anak.. mcm2 benefit dpt. kenapa kite xde semua tu kt Malaysia? mana pergi duit rakyat? mana pegi Baitulmal? 





Sri perdana Rumah Perdana Menteri Dapat Suntikan RM 65 Juta Relevan?
Dalam kata takde duit, ada pulak duit nak ubahsuai rumah Sri Perdana Perdana Menteri sebanyak RM 65 juta? susahlah klw manusia ni xigt mati.


Last but not least, sy sokong Bersih dan sy juga sokong cadangan Dr.Asri utk: 


1. Terima sahaja tawaran PM untuk buat di stadium dengan meminta wakil Agong hadir menerima surat bantahan tersebut dan boleh berceramah lagi di stadium tersebut. Berikan syarat bahawa jika melimpah, orang ramai boleh duduk di luar stadium tanpa gangguan.

2. BERSIH mungkin boleh ganti dengan melancarkan Minggu BERSIH dengan meminta rakyat mengibarkan bendera Malaysia dalam minggu tersebut atau memakai petanda kuning atau selainnya-tidak semestinya ditulis BERSIH-. Dengan itu lebih ramai rakyat yang bersetuju dapat menyatakan persetujuan mereka dengan tuntutan 'pilihanraya yang adil'. Juga mungkin mereka yang anti-pembaziran dan kenaikan harga barang boleh sertai. Lebih ramai dapat meluahkan perasaan dengan cara yang lebih selamat seperti bendera di kereta, rumah, baju dan sebagainya. Seluruh negara akan meriah. Jika buat perhimpunan dan polis larang hadir, lalu jumlah yang diharapkan tidak diperoleh, maka itu 'defeat the purpose'.

Apakah hukum demonstrasi? lihat video dibwh: 



Bg sy, jika kita inginkan kehidupan yg lebih baik di Malaysia, rakyat perlu bersuara dan kerajaan perlu mendengar suara rakyat. sy benar2 mahu kerajaan memperbaiki terutamanya dr segi kehidupan rakyat diMalaysia. harga barang perlu sesuai dgn gaji. jika harga brg tinggi, gaji juga perlu tinggi. dan harap jgn hanya org2 tinggi kerajaan sahaja yg sibuk mkn harta rakyat. fikirlah juga pd kami yg juga mahu hidup dgn baik di Malaysia. rakyat tak perlu dibebankan kerana 'menyara' hidup mewah pimimpin. 

Harap semuanya berjalan dgn baik di Malaysia dan di London tanpa sebarang rusuhan dan pertumpahan darah. 

Comments

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='( 

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...