Skip to main content

Istikharah dan Istisyarah~

Beberapa org rakan bertanyakan ttg 'ISTIKHARAH'. bila boleh dilakukan solat sunat istikharah? adakah hanya malam sebelum tidur? dan apakah tanda2nya? saye pun xberapalah nak tau sgt ttg tanda2nya..ada org kata boleh dpt petunjuk melalui mimpi. sy xpenahla pulak mimpi2 ni. yang pastinya..ia boleh dilakukan pada bila2 masa sahaja.

Adapun begitu, banyak kitab-kitab yang menyatakan ia lebih afdhal ditunaikan pada waktu malam seperti selepas Solat Fardhu Maghrib atau Isyak. Banyak manfaatnya seperti yang disebut dalam Hadis Riwayat Muslim iaitu:

Rasulullah S.A.W. pernah ditanya: 
" Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu? " Baginda bersabda dengan tegas, " Solat malam! " 

Begitu juga dgn melaksanakannya pada sepertiga malam. Lebih afdhal jika kita lihat kalau ditunaikan pada masa ini. Banyak riwayat yang menceritakan kelebihan sepertiga malam ini. Antaranya saya kongsi sebuah hadis daripada Abu Hurairah yang meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

" Allah akan turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan berfirman, " Siapa yang berdoa kepada-Ku, pasti Aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepada-Ku, pasti Aku berikan, dan sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku, pasti Aku ampunikannya. 



http://aliffmindamadani.blogspot.com/2011/06/persoalan-dijawab-solat-istikarah-solat.html


Mgkin post dibwh dpt menjawab tg persoalan tanda2 kepada jawapan istikharah kita:

Dalam Fiqh, kalau kita yakin kita masih ada wudhuk dan mahu solat, tetapi tiba-tiba ada semacam bisikan bahawa wudhuk kita sudah batal, maka bisikan tersebut tidak dikira membatalkan keyakinan kita. Kaedah menyebut : Yakin tidak akan gugur kerana Syak. Begitu juga dalam bab Istikharah. Jika sudah yakin dengan pilihan yang kita buat – berdasarkan doa Istikharah kita kepada Allah serta pertimbangan-pertimbangan yang kita buat dengan Istisyarah (bermesyuarat, berbincang) maka jangan dilayan lagi bisikan-bisikan umpamanya mungkin akan menyesal, atau nanti begitu atau begini, kerana kesemua itu sebenarnya adalah helah daripada Syaitan. Seorang ulama’ menyebut : Tidak akan menyesal orang yang melakukan solat Istikharah.
Optimislah dengan keputusan sendiri. Belajarlah membuat keputusan dengan yakin. Jangan harapkan anasir lain membuat keputusan untuk anda. Istikharah tidak harus sama sekali diletakkan di tahap itu, kerana ia adalah hubungan antara hamba dengan Tuhannya. Tetapi meletakkan anasir lain untuk membuat keputusan, umpamanya mengharapkan mimpi tertentu, melihat kepada objek-objek tertentu ataupun nombor-nombor tertentu, kesemua ini akan menjadikan anda seorang manusia yang tiada fungsi. Ia jauh sekali daripada ajaran Islam, apatah lagi hendak dikaitkan dengan solat sunat Istikharah.

Comments

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='( 

CINTA. 2015.

Bagi seorg wanita yg bergelar isteri..  Suamilah segala-galanya.. Keluarga dan kawan2 tidak lg serapat dan sering berjumpa seperti zaman bujangan.  Suamilah teman setiap masa dikala susah dan senang..  Suamilah juga tempat bermanja dan tempat meluahkan segala rasa..  Semoga setiap waktu yg terluang bersama menjadi saham akhirat yg terbaik buat isteri Terima kasih buat suamiku yg sentiasa ada disisi.. Yg sentiasa bersabar dgn kerenahku yg ntah ape2.. Kdg2 ok..kdg2 tak..tibe2 suke..tibe2 sedih.. Perempuan mmg cenggituu.. Yg sentiasa menghiburkanku dgn lawak2 xleh blah tahap cipan.. dan menceriakan hidupku dgn joget2nya..haha Walaupun kdg2 dikau agak menyebalkan dan menyakitkan hati..  Dan selalu mcm manusia yg tak normal dan xde perasaan terhadapku..  Aku tetap ada perasaan thadapmu dan menyayangimu sepenuh jiwa dan ragaku.. Ampuniku ya Allah.