Skip to main content

I just can't believe..why some people are like this........

Manusia selalu menilai seseorang melalui luaran, apa yg kita nampak melalui pandangan mata yang sgt terrbatas. Sekarang ni ramai org sedang memperkatakan ttg Nur Amalina yg katanya sudah menjadi liar, berpeluk2 dgn lelaki dan bermacam2 lagilah... yg pntingnya, aku pasti org yg sibuk memperkatakan ttg Nur Amalina tersebut hanya mendengar khabar2 / cerita2 berkenaan dari media, dan mereka pun xberapa nak pasti betul ke dia jadi mcm tu? Nur Amalina menolak segala dakwaan mereka dgn salah 1 ayat dia: 

“Walaupun saya tidak bertudung tetapi saya masih tidak lupa untuk menunaikan solat setiap waktu, juga membaca Yasin pada malam Jumaat kerana mama telah mendidik saya sebegitu sejak dari kecil. Saya tidak pernah melakukan perkara yang melampaui batasan ketika keluar bersosial bersama rakan-rakan... ". 

-ni pun aku dpt melalui media. xtaula betul ke tak. xkesahlah, yg penting, aku rasa sangat2 xbest dgn komen2 warga2 Melayu Malaysia kepadanya...

  • mmg..kalu solat xtinggal n ngaji..mesti kita da takot nk melakukan perkara mungkar
  • awak bagus, tapi junior awak Siti Fatimah Mukhtar lagi bagus. Jadikanlah beliau contoh.
  • tak bertudung ker...itu wajibkan...
  • bagi saya la.amalina dh sikit terpesong.walaupon masih mgamalkan baca alquran n solat tp pakai tutup masih wajib lagi.xde istilah boleh di ringankan.....
  • bagaimana solat dgn rambut yang karat tu?....kena bleach ke tiap kali solat?...
  • klau rmbut warna, air smbhyg x kna kt rmbut tu .. cmne lah awk solat, bc quran ea? hurmmmm
  • ibu patut jadi tauladan anak2.. jadi sbaliknya.. klu iman x kuat jgn hantar ke sana...
aku rasa kebanyakan komen2 yg diberikan kpd Amalina sgt la TIDAK MEMBINA. mmgla dia xpakai tudung, tapi at least dia solat, still baca Quran, jadinya dosa dia hanya pada tak pakai tudung tu. tapi soal dosa pahala kan urusan Tuhan, siapa kita utk kata solat dia tak diterima?? solat kita ni dah CONFIRM ke Tuhan terima?? terlalu byk judgement pada komen2 yg diatas. seriously, mesti ramai org yg rasa bagus sebab dia tutup aurat dan solat. aku rasa lebih baiklah kejahatan yg kita buat tu menyebabkan kita menangis dari kebaikan yg kita buat menyebabkan kita rasa takabbur& riak dgn diri sendiri. bagi org yg suka sgt nak judge dosa pahala org ni, cuba muhasabah diri dan Tanya KESIHATAN HATI kita. Kadang2 kita xsedar percakapan kita, komen kita terhadap org lain tu secara tak lgsg menunjukkan betapa BESARRRNYA diri kita sampai boleh ambil tempat Tuhan utk tentukan dosa pahala seseorang. Astaghfirullah.

Komen yg paling best, kalau iman xkuat jangan hantar anak ke sana. advice aku utk si pengomen ni, kalau xpernah pergi sana, jgn byk ckp. mulut zip. fullstop. ramai kawan2 aku yg jadi lagi baik, dan drpd xtutup, dah pun tutup aurat mereka lepas pagi belajar di UK. sbb kt sana byk usrah...aku nmpk Islam dan Muslim dinegara bukan Islam. byk yg boleh diambil iktibar dan contoh teladan dari non-Muslim disana. aku sendiri byk belajar terutamanya akhlak diorang yg..SUBHANALLAH! sampaikan aku selalu tertanya2..tiadakah tempat mereka di syurga?? tapi tu urusan Allah..maka serahkan saja pd DIA. 

ramai juga yg komen, Amalina tu ikon / idola / role model bg rakyat Malaysia jadi dia perlu tunjukkan peribadi, tatasusila yg baik. mgkin ramai kot yg xsedar yg Amalina tu hanyalah insan biasa. dia pun buat silap. jadi, doakan jela semua dia berubah ke arah yg lebih baik. ade ke dia lantik diri dia sndiri jd idola korang? korang jugak yg nak jadika dia idola sape suruh. xde sapa pun yg suruh. diri sndiri la yg suruh. sbb tu lah Allah suruh amik Rasulullah s.a.w tu sebagai role model, contoh ikutan terbaik bagi seluruh alam dalam semua aspek. 

lama dh xpuas hati psl benda2 judgement mcm ni, haritu ada org tulis psl seseorg dlm umno  "hidupnya tak macam orang budaya timur. dia orang barat. tengok rambut la. sah2 xpenah berwudu'. kalau wudu' pun mmg xsah. Astaghfirullah... we are not GOD to judge people, man. kalau benci pun org UMNO, xperlula utk hina dia sampai mcm tu skali. sape kita utk kata wudhu' dia xsah?? wudhu' kite confirm ke sah? org2 PAS semua nya wudhu' sah ke? (sy bukan org UMNO. Mintak dijauhkan) awak Tuhan ke nak tentukan semua benda, dosa pahala org?

apa2pun, pesanan utk diri sendiri, sebelum sibuk nak memperkatakan ttg org lain, check la diri sendiri dulu. kalau diri sendiri pun byk buat dosa, xperlulah sibuk mempertikaikan dosa org lain. sibuk ckp psl org tu pun dah berdosa besar! 

Comments

  1. ak suke entri ko aina!
    ak pn pelik tengok org2 skrg ni..
    dorg dok judge org, dorg perfect ke?
    pastu ayat2 dorg cam gud2 je..

    paling xbest since skrg ni sbok nk PRU13,
    ramai dok cite2 psl politik..
    then cakap org ni camni..org ni camtu..
    sumtimes we see the bad things about pple..
    and we dont even care about good things that pple give us..
    hmm..smoga Allah perlihara hati2 kite. amin..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah amiiin Ya Rabb =)
    manusia ni mcm tu lah im..seronok tgk & ckp ttg keburukan org lain. mgkin dgn cara tu boleh menampakkan diri sendiri lebih bagus. sama la dgn aku ni ha. mulut kena zip. hati kena jaga. ckp bila perlu. xperlu xpayah cakap. tapi kdg2 xtau ape yg perlu dan ape yg xperlu utk dipercakapkan.
    confuse dgn diri sendiri.

    May Allah grant us WISDOM.
    HIKMAH dlm setiap perbuatan dan perkataan..

    ReplyDelete
  3. Aain i miss you so much! I love this post. I am reading it to Chia now. I am so going to quote you (if God willing) but I have to change it to english I will say, 'My friend Aain says, "It's better that we seek forgiveness and cry to Allah over our mistakes and sins than taking our good deeds as a way to feed our egotistical soul". Ok ke????

    ReplyDelete
  4. K.Sue I miss m0o00reeee!! mesti la ok. K.Sue kan mmg pandai bab2 buat ayat best ni. Thanks K.Sue thanks for quoting me. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Generasi baru Ulul Albab insyaAllah!

sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka, generasi Ulul Albab MRSM Gemencheh Program Ulul Albab di MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) Gemencheh ialah satu program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz al-Quran. Program pembudayaan Al Quran di MRSM Gemencheh ini bukan saja untuk para pelajar, tapi juga ia melibatkan para staff dan guru. Buat para staff, setiap hari akan dimulai dengan Pengajian Al-Quran,tafsir,Tajwid dan tazkirah. Bermula jam 8.00 hingga 8.30.  gambar copy paste je di  http://www.mrsmgemencheh.com MasyaAllah sy sgt kagum dengan Tuan Pengetua dan Timbalan-timbalan beliau serta guru-guru yang sangat dedikasi & komited di sini. Mereka sangat productive dan bersemangat waja! dalam menjadikan MRSM Gemencheh ini sebagai sebuah insitusi pengajian yang bukan setakat mengajar, tetapi 'mendidik' akhlak dan jiwa kami. Saya kagum dengan moto baru maktab ini, "MENDID...

sambungan... kenangan di Majlis Perkahwinan kami 1 Februari 2014

Lepas proses akad nikah solosai pada jam 12 tghari, kami berdua pulang sebentar ke rumah utk bertukar pakaian pulaaaa... mmg agak kelam kabut sikit.. time tu lah sebenarnye yg 'peak hour'. ramai betul yg dtg masa kami balik rumah tu... dan disebabkan itu, ramai jugalah tetamu yg kami tidak berkesempatan untuk berjumpaaa  =( maaf seribu kali maaf kpd para tetamu.. jam 1.30 tghari kami tiba semula di masjid Usamah bin Zaid tersebut utk majlis seterusnya..  ni lah rupa dewan untuk majlis kami di dewan Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, KL... Alhamdulillah sgt mengikut tema =D saye sukeee! ketibaan pengantin... tanpa bunga manggar dan tanpa pengapit! kompang juga tiadaaaa...hehe.  cuma disambut dgn student yg begitu teruja melihat ustaz dan ustazah mereka berkawennn.. hohoho Maka sesi senyum dan bersalam-salaman pun bermulaaaaa =) ni pengapit on the spot. adik2 iparku yg hensem dan santek.... hihihi kegumbiraan yg jelas terpancar.. semuga g...

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...