Skip to main content

Peringatan dari Surah Qaf. Glup! I'm in T.R.O.U.B.L.E

Subhanallah. Rasanya mmg dah lama xbaca surah ni. Tadi pun mula2 nak baca Al-Mulk, tiba2 tangan terselak page surah Qaf dan mata terbaca ayat (38-45):

“Dan sungguh Kami telah menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak merasa letih sedikit pun”

“Maka bersabarlah engkau terhadap apa yg mereka katakan dan bertasbihlah memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenam” – Jom sama2 memperbanyakkan tertasbih, bertahmid memuji Allah.

“Dan bertasbihlah kepadaNya pada malam hari dan pada setiap selesai solat”

“Dan dengarkanlah seruan pada hari ketika penyeru (malaikat) menyeru dari tempat yang dekat” –Ayat ni sgt menakutkann........Macamana agaknya keadaan kita masa tu nanti??

“Yaitu pada hari ketika mereka mendengar suara dahsyat dengan sebenar-benarnya. Itulah hari keluar dari kubur” –Astaghfirullahal ‘azim. bayangkan seluruh umat manusia dari zaman Nabi Adam dibangunkan dari kubur..dan bayangkan betapa takutnya setiap seorg dari kita masa tu. dgn persoalan2 org yg tak percaya pd hari kebangkitan dan suruh Tuhan kembalikan balik ke dunia.. ramai yg menepuk dahi “Celakalah aku kenapa dulu aku tidak beriman?” dan kita sendiri yg Islam ni dgn soalan2 cepucemas terhadap diri sendiri “kenapa buat dosa? kenapa xbuat byk lg amal? semua soalan2 ni Allah dah bgtau byk kali dlm Al-Quran cuma kita opss aku, yang suka terlupa.

Lepas dah terbaca tafsir ayat2 ni, barulah aku baca surah Qaf dari mula. Rupa2nya ada lg ayat yg LAGI menakutkan sampai rasa.......HABISLAH AKU. (Qaf: Ayat 16-23)

“Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yg dibisikkan dalam hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya” –Hati mmg suka bisik mcm2. mmg dia suka. klau bisik yg baik xpe. yg xbaik tu yg jd masalah tu.Oleh yg demikian, marilah bersama2 menjaga hati. mgkin kita rs xpe, xde org tau..tapi Allah kan tau? yup. Allah tau.

“Ingatlah ketika dua malaikat mencatat perbuatannya, yg satu duduk di sebelah kanan, dan yang satu lagi duduk di sebelah kiri” –Selalu lupa yg diri ni ada peneman setia kat kanan kiri badan. sekarang ni pun ada tengah tengok aku menaip-naip laptop ni. rasa nak ckp kt malaikat belah kiri ni, mintak maaf buat dosa depan awak. tak malu betul saye ni. ni lah namanya kejahatan dan kezaliman terhadap diri sendiri sbb dgn sengajanya mendekatkan diri sendiri dgn azab Allah. Ya Allah jauhkanlah kami dari kejahatan diri sendiri..

“Tidak ada suatu kata yg diucapkannya melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang selalu siap mencatat” –tiba2 otak ni flashback blk benda2 dulu. kdg2 sakitkan hati org, kecikkan hati org, tertinggi suara ngn org,  byk nya dosa dgn manusia. dgn Tuhan apatah lagi, selalu saja ada rungutan2 yg tak perlu, sedikitnya rasa kesyukuran pd DIA yg dah bg segala2nya, kurangnya cinta dan kasih pd Dia dan melebihkan pula kasih pd manusia......Astaghfirullah, Astaghfirullah. May Allah have mercy on me and YOU.

“Dan datanglah sakaratul maut yg sebenar-benarnya. Itulah yg dahulu kamu hendak hindari”. -Kdg2 rs, bestnye kalau mati.xpyh dh nk berpenat2 dgn dunia yg menipu ni. tp tu la, klau kubur tu nnt jd salah 1 dri taman2 syurga, Alhamdulillah. kalau x, mcm mana? tu yg tiba2 pulak rasa takutnyaaaa nak mati...

“Dan ditiuplah sangkakala. Itulah hari yg diANCAMKAN”.

“Setiap org akan datang bersama malaikat pengiring dan malaikat saksi” –TAKUUUUUTNYAAAA...... malaikat yang sentiasa bersama kita didunia 24/7 akan teman kita jumpa Tuhan utk bg buku amal catatan.. malaikat yg tengok semua perangai buruk kita, dosa2 yg kita buat, dosa kita keluar dating berdua, berpegang-pegang, berpeluk-peluk...macamana agaknya keadaan kita masa tu??? macamana agaknya nak jawab dgn Tuhan? kalau kita boleh nmpk malaikat tu dok tulis kat sebelah ni, kompem semua org baikje. ni disebabkan xnampak, maka kita pun lupala akan kewujudan mereka sbagai besties @ peneman setia kite dimana sj kite berada.

“Sungguh kamu dahulu lalai tentang peristiwa ini, maka Kami singkapkan tutup yg menutupi matamu. sehingga penglihatanmu pada hari ini sgt tajam”

“Dan malaikat yg menyertainya berkata, ‘Inilah catatan perbuatan yang ada padaku”. -maka bermulalah perhitungan amal kita, dan dptlah kita tahu  lepas tu dimana tempat kita.. syurga atau neraka?

Dengan dosa yg byk, amal yg sedikit dan kealpaan pd wujudnya malaikat di kanan dan kiri ni, 2 soalan yg hanya Allah ada jawapannya – Adakah tempat untukku di syurgaMu, Ya Allah? Dan adakah peluang utk aku melihat keindahan zatMu yang Maha Agung? Hanya mengharap pd rahmatMu yg luas~

p/s: Bacalah surah Qaf dan hayatilah terjemahannya. Baca dan cuba utk fahami dan hayati maksud ayat tersebut. Surah ni benar2 membuatkan aku terfikir utk cuba ingat setiap saat bahawa SAYA ADA 2 PENEMAN SETIA KANAN DAN KIRI 24/7. Jadi buatlah apa yg dirasakan patut utk buat, yg xpatut xpyh buat. Betulla kan orang kata, This life is like a dream. Wake up, before you Wake. And As the Prophet, pbuh, has said: 'Die before your death,' Kita ni kdg2 dah mati sebelum kematian yg sebenar tu datang menjemput. Mati hati sebab terlalu ikutkan hati. 


Comments

  1. thanks aain for a wonderful reminder.... really appreciate it, may Allah have mercy on our souls... May we be reunited in Jannah with our loved ones and prophet Muhammad (peace and blessing be upon him).

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...

Sekolah yg sentiasa bertahta di hati...

Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur @ SMAKL Sekolah ni menyimpan beribu kenangan aku dan kawan2.. kat sini la aku menimba ilmu, dapat kawan, cikgu2 yang baek.. hmm.. pendek kata mmg syokk la dok cni..!! rasa mcm nak balik ke zaman sekolah je.. kalau la ade pintu masa doraemon kan best.. sobsobsss.... Dewan Seri Bestari.. tempat aku amik exam dan tempat aku buat pelbagai aktiviti... hmmm..byk kenangan kt dewan ni.. tapi xleh la kan cite kt cni... kang kontroversi plak.. haha.. kat depan dewan tmpt kitorg berkawad.. rindu kawad!! rindu nk wat formasi yg macam2.. aku dulu KRS~ Kadet Remaja Sekolah.. best woo00oo KRS ni.. ni kitorg gi lawan kawad kaki kt Segambut Jaya.. xtau la sapa yg tlg amikkan gmba ni.. tp dia xde amik gmba kitorg ms tgh buat formasi..ade yg ni je!!! waaaa xbest!! nway, thanks jugak la kan kpd yg tlg amik gmba ni.. ade jugakla kenangan.. ni la die bdk2 'putera' sekolah aku dulu... xtaula aku jumpa kt mn gmba2 ni.. poyo je muka sorang2... diorang n...