Skip to main content

Bertunang???



"Ali : Saya sudah membuat keputusan dan berfikir masak-masak, saya mahu melamar awak untuk dijadikan isteri saya serta ibu kepada anak-anak saya nanti.
Fatimah : Saya terima dengan hati yang terbuka dan semoga Allah permudahkan urusan kita."
Hmmm... Islam yg mudah selalu dijadikan susah terutamanya bg kita masyarakat melayu yang penuh dengan adat. Macamana agaknya ye nak berbincang dengan keluarga tentang Islam yang mudah ni? susah betul untuk nak memahamkan orang2 tua kita yang sememangnya dah SEBATI dengan adat. Kalau cakap pun, mereka sukar untuk faham. so, kita yang muda ni terpaksala ikut serta jugak dalam adat yang menyusahkan ni..byk perkara yg perlu diperbaiki bersama. 
Alhamdulillah jumpa Post menarik tentang isu pertunangan dari website myilham.com. Jom sama2 baca dan sama2 fahamkan tentang Islam yang mudah dan indah ni =) 
"Pertama sekali, kita perlu membezakan antara amalan dalam masyarakat yang dipanggil sebagai ‘uruf ( adat ) dan juga konsep sebenar amalan tersebut mengikut syarak. Dalam bab pertunangan, ia tidak berhajat kepada majlis besar-besaran atau hebahan seumpama mahu bernikah. Ia juga tidak memerlukan kepada hantaran, dulang-dulang dan sebagainya. Pertunangan itu secara mudahnya adalah lamaran seorang lelaki ke atas seorang wanita untuk dijadikan isterinya."   http://www.myilham.com/blog/2012/01/guideline-ketika-tempoh-bertunang/
Soalan saya: Possible x utk kita di zaman skrng utk x buat majlis besar2? atau dgn kata lain, boleh x utk x buat apa2 majlis? kerana secara hukumnya, apabila pihak lelaki telah melamar pihak perempuan untuk dijadikan isteri sebagaimana dialog yg di atas, dan yg dilamar menerima lamaran tersebut dgn hati yg terbuka dgn makluman dan persetujuan dari keluarga masing2, maknanya, mereka telah pun bersetuju untuk berkahwin dan secara tidak langsung, mereka TELAH pun bertunang dan perempuan tersebut tidak boleh lagi dipinang oleh org lain. kita perlu membezakan antara 'BERTUNANG' dan 'MAJLIS PERTUNANGAN' yang mana majlis pertunangan ini biasanya dibuat mengikut adat, makan belanja dan sebagainya. saya sebenarnya dari dulu hingga kini amatlah tidak berminat dengan hantaran yang berbalas2, baju cantik2 lip lap lip lap utk majlis pertunangan, bla bla bla.... yg paling penting bg saya hanyalah pertemuan dan perbincangan antara ibu bapa kedua2 belah pihak lelaki dan perempuan. itu sahaja. tak perlulah kot membazir utk majlis pertunangan. tidak perlu.

bg sy bukan setakat berkenalan dgn bakal psngn, tapi yg lebih penting berkenalan dgn keluarganya
"Tempoh pertunangan itu tempoh perkenalan. Berkenalan kat situ, bukan maksudnya dia kena kenal saudari yang cantik, menarik, menawan, pandai ambil hati, menyejukkan jiwa, penyayang dan sebagainya. TIDAK SAMA SEKALI. Apa yang dia kena kenal adalah, keluarga saudari, perancangan hidup saudari, masalah-masalah yang saudari hadapi untuk berkahwin dan apakah watak-watak yang disukai atau tidak disukai oleh saudari. Sebab apa? Sebab dia kenal saudari sebagai TUNANG, bukan ISTERI. Kalau dia kenal sebagai isteri, ya, saudari boleh kenalkan diri saudari yang penyayang, manja, menggoda dan sebagainya. Jelas?" Sangat jelas, insyaAllah! =) 
Pesanan exclusive ustaz yg saya tak berapa nak kenal ni: "Jika sekarang anda bergelar tunangan orang, maka segerakanlah pernikahan. Jika tidak mampu, maka janganlah berhubungan. Biarlah sekadar ada hubungan. Banyak kerosakan berlaku dalam pertunangan disebabkan masalah tidak menjaga perhubungan. Maka sebagaimana anda bertunang kerana Allah dan mahu menuju pernikahan kerana Allah, begitu jugalah anda mesti menggantungkan usaha-usaha dalam fatrah bertunang dengan taqwa kepada Allah."
"Ingatlah, apa sekalipun yang kita tempuh dalam hidup ini, termasuklah pertunangan, semuanya berlaku atas landasan takdir Allah Ta’ala. Jangan sesekali bimbang dengan jodoh sehingga anda membutakan hati dari menilai mana kaca mana permata. Memilih yang haq sama sekali tidak akan menjadikan anda rugi. Jangan bimbang ditolak, jangan takut pertunangan itu terputus, kerana hakikatnya anda ada Allah yang tidak pernah meninggalkan anda."  
Jazakallahu khairan jazaa' ya ustaz.

Comments

  1. masalah datang pada org2 tua skrg ni aina..
    cth ak laa..ak dh ckp kt parents ak yg ak nk kawen..n parents si lelaki nk dtg merisik..kunun2 nk btunang..tp parents xbg tunang..dorg ckp kwen trus..kire merisik n kawen.. TAPI, ak kena kerja tetap dulu. camne tu?

    ReplyDelete
  2. tu lagi senang im. kawen terus jela dh dpt greenlight dah. tapi dlm hal ni mmg kena discuss betul2 la antara 2-2 belah pihak. bab kerja jgn risau sgt. insyaAllah rezeki tu ada Allah akan bagi.. tgk ayat An-Nur : 32: Allah kata:
    "Dan nikahlah org2 yg masih membujang diantara kamu..........Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dgn karuniaNya...." ayat seterusnya ko baca sndiri k. mmg susah nak berdepan dgn masalah adat ni. cumanya, buatlah sekadar yg termampu, jgn menyusahkan diri sndiri. maybe parents ko xnak susah2 tunang bagai. kena tnya diorang betul2 la kenapa diorang rasa baik utk buat camtu. kan? Allahu'alam. aku pn xkawen lagi so xdela berapa nk tahu sgt pasal benda ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='( 

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...