Tiada isu yang lebih besar yang dihadapi oleh masyarakat Islam di Barat daripada isu tentang hubungan kekeluargaan.Statistik dalam isu keruntuhan rumah tangga bagi pasangan Muslim sangat menakutkan. Masalah2 ini banyak berkaitan dengan isu keganasan dan keangkuhan pasangan.Keadaan menjadi lebih sukar apabila mereka yang bermasalah menerima khidmat kaunseling dari imam yang tidak terlatih, dan masjid berada di bawah tekanan, kaunselor perkahwinan yang berorientasikan Islam tidak pernah di dengari dan profesionalisme dari segi kerahsiaan seolah-olah tidak wujud.
Satu dimensi penting dalam masalah perkahwinan, seperti yang saya lihat, bahawa Sunnah Cinta dan keberaniannya seolah-olah terlepas pandang. Banyak Contoh yang boleh diambil dari kehidupan Nabi sala Allahu 'alihi wasSalaam dan sahabat-sahabatnya dalam membina satu sistem yang ketaatan yang komprehensif - Sunnah of Love.
Kasih sayang yang sebenar dalam rumah tangga ialah kasih yang tulen di antara suami isteri yang berasal dari benih cinta yang ditanam oleh Allah dalam hati orang-orang yang benar-benar tunduk pada kecintaan yang hakiki iaitu pada Allah yang memiliki segala cinta.
A seed (benih), secara literal dan secara kiasan dalam Bahasa Arab melambangkan cinta.Houb (kecintaan) dalam bahasa arab berasal dari akar yang sama untuk Haab (benih). Kedua-dua perkataan mempunyai makna dan fungsi yang sama.
Amr bin al-As raḍyAllāhu 'anhu telah dilantik oleh Rasulullah sallallahu' alayhi wa sallam untuk menerima 1 misi penting. Beliau dipilih dari ramai individu yang sebenarnya lebih baik daripada beliau. Oleh kerana rasa bangga disebabkan beliau dipilih, Amr raḍyAllāhu 'anhu bertanya kepada Rasulullah saw, di hadapan jemaah Sahabah,'Siapakah yang paling disayangi oleh Rasulullah s.a.w? Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam menjawab 'isteriku, Aishah'.
Amr menyangka bahawa soalan beliau telah disalah faham.. =) maka beliau memperbetulkan pertanyaannya bahawa yang dimaksudkan ialah siapakah daripada kalangan para sahabat yang paling dicintai Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam? Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam memberi menjawab, "Bapanya" (Aishah). Rasulullah tidak menyebut Abu Bakr raḍyAllāhu anhu kerana Aishah raḍyAllāhu 'anha masih di fikiran dan di dalam hatinya.
'Aisha raḍyAllāhu' anha, dipanggil Rasulullah dengan panggilan "al-Humaira" yang bermaksud pipi yang kemerah merahan dan juga "Umm al-Mukminin" - Ibu bagi orang2 Mukmin (yang penyayang dan disayangi).
Kasih sayang yang sebenar dalam rumah tangga ialah kasih yang tulen di antara suami isteri yang berasal dari benih cinta yang ditanam oleh Allah dalam hati orang-orang yang benar-benar tunduk pada kecintaan yang hakiki iaitu pada Allah yang memiliki segala cinta.
A seed (benih), secara literal dan secara kiasan dalam Bahasa Arab melambangkan cinta.Houb (kecintaan) dalam bahasa arab berasal dari akar yang sama untuk Haab (benih). Kedua-dua perkataan mempunyai makna dan fungsi yang sama.
Amr bin al-As raḍyAllāhu 'anhu telah dilantik oleh Rasulullah sallallahu' alayhi wa sallam untuk menerima 1 misi penting. Beliau dipilih dari ramai individu yang sebenarnya lebih baik daripada beliau. Oleh kerana rasa bangga disebabkan beliau dipilih, Amr raḍyAllāhu 'anhu bertanya kepada Rasulullah saw, di hadapan jemaah Sahabah,'Siapakah yang paling disayangi oleh Rasulullah s.a.w? Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam menjawab 'isteriku, Aishah'.
Amr menyangka bahawa soalan beliau telah disalah faham.. =) maka beliau memperbetulkan pertanyaannya bahawa yang dimaksudkan ialah siapakah daripada kalangan para sahabat yang paling dicintai Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam? Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam memberi menjawab, "Bapanya" (Aishah). Rasulullah tidak menyebut Abu Bakr raḍyAllāhu anhu kerana Aishah raḍyAllāhu 'anha masih di fikiran dan di dalam hatinya.
'Aisha raḍyAllāhu' anha, dipanggil Rasulullah dengan panggilan "al-Humaira" yang bermaksud pipi yang kemerah merahan dan juga "Umm al-Mukminin" - Ibu bagi orang2 Mukmin (yang penyayang dan disayangi).
'Aishah raḍyAllāhu' anha dan Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam akan menggunakan bahasa kod antara satu sama lain bagi melambangkan cinta mereka. Aishah bertanya kepada Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam bagaimana Nabi menggambarkan cinta untuknya. Nabi Muhammad menjawab, berkata: "Seperti simpulan yang mengikat dengan kukuh" Lebih banyak anda yang anda ikat, ia semakin kuat... =) MASYAALLAH!!
Sering kali Saidatina Aisyah ra bermain-main bertanya, "Bagaimana dengan perkahwinan kita?" Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam menjawab, "Kukuh sebagaimana hari pertama anda bertanya."
Jadi, saya mula tertanya-tanya, begitu juga dengan anda, apa yang telah berlaku kepada masyarakat kita?
Mengapa begitu sukar untuk berterus-terang tentang kasih dan cinta terhadap isteri atau suami?
Bagaimana Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam boleh mencium isterinya sebelum baginda keluar meninggalkan rumahnya untuk memimpin para sahabat untuk solat dan mengapa beberapa pihak dalam masyarakat kita sukar walaupun dengan hanya memberikan senyum untuk isteri?
Bagaimana Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam boleh menghentikan perjalanan sebuah ketenteraan disatu padang pasir yang tiada air untuk ke kem berhampiran bagi mencari kalung manik isterinya yang hilang dan mengapa ada diantara kita yang sukar untuk memberi pujian bagi pasangan masing2 yang sememangnya layak untuk menerima pujian?
Sejak bilakah kepimpinan secara kekasaran diajar di dalam Islam dan kemudiannya dikaitkan dengan 'adat' kehidupan suami isteri?
Bagaimana bahawa Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam boleh menjahit pakaiannya sendiri dan menjaga hal ehwal domestik rumah tangga, dan mengapa para suami tidak boleh membantu isteri mengangkat dan membasuh pinggan kecuali jika isteri sakit? Siapakah yang mengajar kita bahawa kerja-kerja rumah hanya perlu dibebankan atas bahu isteri? Adakah Nabi s.a.w. mangajar kita sedemikian???
Bagaimana bahawa Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam boleh melarang atas dirinya susu yang dicampur dengan madu untuk menggembirakan isteri-isterinya, (kerana mereka mengadu akan baunya yang kuat) dan kemudian Allah menurunkan ayat di dalam Al-Quran melarang Nabi dari melarang sesuatu yang halal atas dirinya, "Kerana engkau hendak mencari keredaan isteri-isteri kamu (66:1)." Namun, beberapa pihak dalam masyarakat kita tidak memberi hak sewajarnya kepada isteri mereka?
Bagaimana bahawa Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam mengajar kita untuk tidak memboikot/ bergaduh/ tidak bercakap dengan orang lain selama lebih daripada tiga hari, dan bagaimana seorang suami boleh duduk sepanjang hari di tempat kerja dan berasa khuatir untuk pulang ke rumah kepada kerana tidak puas hati terhadap isteri atas pertengkaran kecil yang mengganggu mereka?
Kesalahan dalam memahami Sunnah, dan tidak mengaitkannya dengan semua perkara kehidupan kita termasuk aspek-aspek keduniaan adalah sangat-sangat tidak wajar. Semua kita telah belajar sejak kecil melalui kursus pengajian asas Islam bahawa, jika kita tidak mempunyai air, atau jika ia sudah tiada, anda boleh melaksanakan Tayamum. TETAPI, tidakkah kita terfikir akan aspek yang sangat penting tentang asas hubungan seseorang manusia terutamanya suami isteri tidak diajar di sekolah2 kita?? Adakah kita sedar bahawa antara ayat2 penting dalam Al-Quran diturunkan kerana kalung manik yang hilang? Apa yang sedang Allah tunjukkan pada kita?
Anda tidak diberitahu bahawa cinta Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam untuk Saidatina Aisyah ra menyebabkan beliau memerintahkan tentera yang berjalan untuk berhenti di lokasi tanpa air dan berkhemah pada waktu malam dengan bekalan air semakin berkurangan untuk kegunaan mereka. dan bapa Aishah, Abu Bakr raḍyAllāhu 'anhu, amat marah terhadap Aishah kerana bagi beliau, perkara itu adalah sangat remeh tetapi ia tidak remeh bagi Nabi s.a.w.Anda tidak diberitahu bagaimana Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam memerintahkan tentera untuk mencari kalung dalam pasir Gurun Arab, semuanya untuk keselesaan Aishah. Anda, mungkin tidak diberitahu mengapa ayat-ayat di dalam Al-Quran diturun ke atas Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam pada majlis sambutan para sahabah yang sangat meriah iaitu kerana kemudahan yang telah Allah sediakan bagi umat Islam pada ketika hasil dari peristiwa yang terjadi terhadap Aishah.
Itulah Sunnah Love. Anda perlu menjaga yang terdekat, walaupun ia mungkin akan menyulitkan yang jauh.
Anda mungkin telah tendengar bahawa Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam memperbaiki kasutnya sendiri Apa yang anda mungkin tidak pernah anda dengar bagaimana ketika Nabi s.a.w duduk di dalam bilik bersama 'Aisha raḍyAllāhu' anha ketika sedang menjahit kasutnya, Saidatina Aisyah ra yang ada bersama baginda merenung ke dahi baginda yang diberkati dan menyedari bahawa terdapat manik peluh di atasnya. Terpesona oleh keagungan penglihatan itu, dia terus terpaku merenung dengan cukup lama akan dahi baginda.
Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam bertanya kepada Aishah, "Mengapa memandang begitu?" Aishah menjawab, "Jika penyair, Abu Bukair Al-Huthali melihat anda, dia akan tahu bahawa sajaknya telah ditulis untuk anda." Para Nabi sallallahu' wa alayhi sallam bertanya, "Apa yang dia katakan?" Dia menjawab,
"Abu Bukair berkata bahawa jika anda melihat kepada keagungan bulan, ia berkelip dan cahayanya menerangi dunia supaya boleh dilihat oleh semua manusia."
Jadi Rasulullah sallallahu 'alayhi wa sallam bangun, berjalan ke Aisha, menciumnya di antara mata, dan berkata, "Wallahi ya Aishah, anda seperti itu kepada saya dan lebih dari itu."
Itulah Sunnah Percintaan.
Nabi Muhammad, sallallahu 'alayhi wa sallam, berkata: "dunia dan segala yang ada di dunia ini berharga tetapi perkara yang paling berharga di dunia adalah wanita yang mulia."
Mulia, tidak semata-mata, dari segi panjang sujud atau dalam ketaatan kepada tuntutan agama tetapi menurut Baginda sallallahu 'alayhi wa sallam, memberitahu kepada Umar:
"Mahukah, Aku memaklumkan kepada anda tentang khazanah yang terbaik yang boleh disimpan oleh seorang lelaki? Ia adalah isteri yang mulia yang mengisi hati seorang suami dengan kegembiraan apabila dia memandang ke arahnya. "
Ia bukan cinta pandang pertama, tetapi cinta yang berterusan pada setiap jelingan.
Ya Allah, limpahkanlah perasaan kasih sayang antara kami semuanya dan berilah kami keselesaan dan belas kasihan di rumah kami.
Ya Allah, sebarkanlah kasih sayang dan keamanan kepada seluruh umat Muhammad sallallahu 'alayhi wa sallam
Ya Allah kurniakanlah kepada kami CintaMu
Ya Allah kurniakanlah kepada kami cinta orang-orang yang mencintaiMu
Ya Allah kurniakanlah kepada kami cinta melakukan perkara-perkara yang membawa kepada cintaMu
Subhanallah..I love U more, Ya Rasulullah. Thanks a lot Bro. Yahya Adel Ibrahim for posting this article. After I read your article, I feel so mucb love for the Prophet, MasyaAllah... May Allah grant you the highest rank of Jannah, insyaAllah.. Amiiin Ya Rabb. May Allah give us a good husband who can follow the sunnah of love of the Prophet =). Pray for the BEST!
http://muslimmatters.org/2011/10/28/yahya-ibrahim-the-sunnah-of-love/ - edited by AynaRazaly.
http://muslimmatters.org/2011/10/28/yahya-ibrahim-the-sunnah-of-love/ - edited by AynaRazaly.
Comments
Post a Comment