"Sesungguhnya peletak dasar pergerakan dakwah moden semisal Hasan Al-Banna telah memberi contoh bahawa SENTUHAN PERTAMA NILAI DIDIKAN seorang dai'e ialah org2 terdekatnya. Jika dia seorang ayah, maka isteri dan anaknyalah yg perlu merasakan sentuhan pertama didikannya. Demikian pula jika dia seorang ibu" (Dr. Hj. Wirianingsih).
Quotation yg diatas ini adalah kesimpulan dari keseluruhan pembacaan aku ttg pengasas Ikhwanul Muslimin, Imam Hasan Al-Banna. Buku ni menceritakan ttg akhlak dan keperibadian beliau semasa berada di rumah bersama keluarga @ isteri dan anak2.. Masa baca buku ni, aku terfikir dan tertanya2 mengapa ramai orang terutamanya golongan ibu bapa di Malaysia beranggapan bahawa pendidikan anak2 itu perlu diserahkan lebih kepada ibu? tugas ayah hannyalah mencari nafkah utk keluarga? adakah ia bermakna yg tanggungjawab ayah dlm proses pembentukan keperibadian anak2 dirumah tidak penting? adakah soal pendidikan anak2 hanya diletakkan di bahu ibu 100% atau 90% atau 80%??
yg membuatkan aku tertanya2, mengapa dalam Al-Quran, Allah selalu menceritakan perihal seorang bapa dan anaknya sebagai contoh, Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail dan Lukmanul Hakim dan anak2nya yg mana merekalah yg sering memberikan nasihat dan tunjuk ajar yg berguna buat anak2..begitu juga dgn hadith2 Rasulullah, byk menceritakan bagaimana Rasulullah mendidik anak2 dan bagaimana rapatnya Rasulullah dgn anak2 baginda walaupun masa baginda sgt padat dgn tugas2 dakwah. jadi bolehkah kita yg rasanya tidaklah se'busy' Rasulullah ni mengatakan yg kita x ada masa??
Bagi aku, tugas memdidik anak2 ini adalah 1 proses kebersamaan antara ibu dan ayah dan ia perlu seimbang kerana anak2 memerlukan perhatian dan kasih sayang dari kedua2 belah pihak bukan sahaja dari ibu. Aku tak lah menafikan peranan besar seorang ibu dlm mendidik anak2, ya mmg sgt benar ibu adalah di antara org yg sgt berpengaruh dlm proses pembesaran anak2 dan ibu yg baik ialah yg memastikan anak2nya berjaya mendapatkan ilmu yg terbaik yg mencakupi ilmu dunia dan akhirat dan ibu yg baik jugalah yg akan melahirkan anak2 yg punya character dan akhlak yg hebat yg mana segala contoh tauladan yg baik itu diambil dari role model terbaik, Rasulullah s.a.w. Tetapi, bagaimana dgn peranan ayah? cukupkah dgn hanya memberi segala keperluan material sahaja? Aku rasa ia adalah 1 tindakan yg salah dan sgt bertentangan dgn ajaran Islam.
Rasulullah juga pernah bersabda yg "Seorang lelaki adalah pemimpin kpd keluarganya dan dia bertggjawab atas yg dipimpinnya. dan seorang perempuan adalah pemimpin di dlm rumah suaminya dan anaknya dan ia b'tggjawab atas yg dipimpinnya..." (HR. Bukhari) Lelaki tugasnya sgt berat kerana dia perlu memimpin sebuah keluarga yg besar bukan sahaja keluarga yg baru dibina tetapi juga, keluarganya dan keluarga isteri. Maka utk meringankan beban para suami, isteri dan begitu juga anak, perlulah membantu sedaya yg termampu.

Kita boleh ambil contoh dari Hasan Al-Banna.. Adik Hasan AlBanna, Abdur Rahman Al-Banna pernah menulis ttg kehidupan mereka hasik didikan ayah mereka :
"Abangku, ketika engkau berumur 9 tahun dan aku berumur 7 tahun, kita belajar mengaji dan belajar menulis di sekolah. Ketika kita pulang dari sekolah, ayah menyambut kita dgn penuh kasih sayang. Ayah yg mengajar kita kitab sirah ttg riwayat hidup Rasulullah, ilmu fiqh dan nahu. Ayah menyediakan jadual pengajian kita dirumah. Engkau akan belajar ttg ilmu fiqh imam Abu Hanifah dan aku belajar ilmu fiqh Imam Malik... Ayah selalu mengadakan majlis2 diskusi ilmiah. Kita kerap mengikutinya dgn teliti kajian ilmiah antara beliau dan para ulama' yg lain. Pernah kita mendengar perbahasan mereka mengenai arasy Allah di langit di antaranya apakah 'Istiwa'? adakah ia bermaksud duduk atau tinggal? Apakah pendapat Imam Al-Ghazali dan bagaimana pula tafsiran Imam Malik bin Anas? Kita mendengar perbahasan mereka dgn serious dan semua yg kita fahami terekam dlm ingatan. Segala masalah yg sukar difahami, kita akan tanyakan pada ayah atau kita rujuk pada kitab2 tafsir dan sunnah..".
MasyaAllah.. tabarakallahu ahsanul Khaaliqiin.. hati rasa berbunga2 mbaca tulisan adik Imam Hasan Al-Banna ttg kehidupan bersama ayah mereka.. aku percaya dan yakin, seorang yg hebat sprti Al-Banna, pasti lahir dari keluarga yg hebat. Hebat disini bukan seperti hebat pd definasi sesetgh manusia yg suka mengaitkan kehebatan seseorg dgn harta kekayaan dan dunia. maksud hebat disini ialah yg mempunyai wawasan dlm hidup, berilmu, tahu ttg ilmu hadith dan Quran dan tahu juga ilmu dunia, berakhlak yg akhlak yg mulia dan boleh menilai dgn baik apa yg baik dan apa yg buruk.
Kondisi keluarga yg baik, penuh dgn kasih sayang, perhatian, tolak ansur sgt menjamin perkembangan jiwa anak secara baik, saling hormat mghormati dan menghargai. dan diantara faktor terpenting dlm pembesaran anak2 ialah dgn memberikan pendidikan yg terbaik dari ibu dan bapa itu sendiri, bukan dari orang luar, bukan guru, bukan maid, bukan kawan2. Ibu bapa itu sendiri yg sepatutnya memberikan contoh dan tunjuk ajar yg terbaik utk anak2, dan proses pencarian ilmu bg setiap pasangan perlu sntiasa diteruskan sehinggalah malaikat maut dtg menjemput.
Anak Hasan Al-Banna menulis ttg ibu dan ayahnya
" ..ayah membangun sekretariat Ikhwanul Muslimun dan ibu meminta ayah membawa sebahagian besar perabot rumah ke sana agar ia menjadi lebih hidup. Ayahpun mengangkut meja2, carpet dan byk lg perabot lain ke sekretariat dan ibu merasa sgt senang. di rumah kami sndiri tidak ada wang dan apa2 tetapi ibu tidak merasakan apa kekurangan selepas memberikan sbhgian besar perabot2 dirumah sepertinya dia tidak memberikan apa2pun utk dakwah ini. Kepercayaan ibu pd ayah sgt besar sekali. Para akhawat datang dan duduk bersama ayah utk membincangkan byk masalah dakwah secara terbuka tapi ibu tidak pernah merasa susah dan tidak pernah bertanya apa yg dilakukan oleh akhawat itu. 1 ketika rumah kami termasuk dlm peta rumah yg akan dihancurkan. dan ibu hanya meminta ayah membelikan 1 rumah kecil utk kami. Tapi ketika itu ayah mengatakan dgn keimanan yg mendalam, "Wahai Ummu Wafa, istana kita menanti kita di syurga". Perkataan itu meresap dlm hati ibuku dgn penuh cinta dan berlapang dada."
Ada beberapa perkara yg sgt2 menarik minatku dan membuat kan aku jatuh cinta pd keperibadian Imam besar ini terutamanya berkenaan hubungannya dgn keluarga,
- Makan bersama, yg menjadi priority -Al-Banna terus melebarkan sayap dakwahnya hingga ke 20 negara dan di Kairo sahaja, dia membentuk 2000 cawangan Al-Ikhwan tetapi beliau masih menyempatkan diri beliau utk makan bersama isteri dan anak2 dirumah.Beliau sgt mengerti apa yg dikatakan oleh Rasulullah, "sesungguhnya badanmu mempunyai hak, dan keluargamu juga punyai hak..."
- Tiada suara keras di rumah - Tsana(anak Al-Banna) menceritakan "Kami tidak pernah merasakan adanya beban kegiatan dakwah yg dirasakan ayah selama dia di rumah. kami tidak melihatnya seperti byk org yg kerap berteriak, menjerit atau bersuara keras akibat dari tekanan mental dan fizikal setelah penat bekerja. Bahkan yg plg pnting dlm kehidupan ayah ialah soal pengaturan keluarga. Jika anda baca bagaimana peri kehidupan ayah, engkau akan lihat bahawa semuanya berjalan sesuai dgn apa yg dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w.
- Berkenaan MASA (bangunkan aku 7 minit lagi) - wlaupun sibuk dgn tugasan dakwah, Al-Banna tetap mampu keluar berjalan bersama keluarga. Mereka akan pergi bercuti dan mghabiskan masa bersama2.. Wafa (anak al-Banna) menceritakan yg pd suatu hari ayahnya memintanya utk mengejutkannya dari tidur lg 7 minit dan slps itu wafa pergi utk membuatkan minuman. stelah siap (sudah 7 minit), dia melihat ayahnya telahpun terjaga dan bertanya kpdnya "Sedang membuat minuman ya Wafa?" Ayahnya sgt mampu mnguruskan masa dan dirinya dan selu disiplin terhadap dirinya sndiri. MASYAALLAH!!
- Jadual pendidikan anak2. - Al-Banna melakukan perencanaan yg baik utk anak2nya dlm sebuah map yg berisi seluruh masalah anak yg penting utk diperhatikan termasuklah masalah kesihatan. contohnya "Saif (Saiful Islam anak lelaki Al-Banna) perlu peningkatan dlm hal ini dan ini.. Wafa perlu dibantu dlm pelajaran ini dan ini..." Beliau akan menulis catatan 1 persatu ttg anak2nya.
- Ayah membawakan bekal ke sekolah - Saiful Islam berkata "sejak kecil aku belum pernah merasakan ayah kurang memberi perhatian atau kurang memikirkan masalah kami. Kami merasa takjub dgnnya kerana hingga saat ini kami belum mampu mencapai segala apa yg dibuat oleh ayah kpd kami". Raja' (anak al-Banna) berkata "Ayah biasa mbawakan makan pagi ke sekolah ketika usiaku 5 tahun walaupun aku bisa makan pagi disekolah. Ketika itu aku sering lupa mbawa roti ke sekolah dan ayah akan berusaha utk mbawakan makanan itu setiap hari meskipun aku tahu kesibukannya LUAR BIASA".
Oh terlalu byk yg boleh ditulis ttg Hasan Al-Banna...tapi setakat ini dululah serba sedikit ttg beliau..semoga segala yg baik boleh dijadikan ikutan.. masyaAllah aku benar2 ingin mencontohi sifat dan keperibadian beliau yg sgt mulia. semoga Allah menempatkan beliau dikalangan org2 yg soleh, insyaAllah.
"Aku ingin menyampaikan dakwah ini sampai kepada janin di perut ibunya" (Hassan Al-Banna) Subhanallah..
Dan sekarang, cucu Hasan Al-Banna dari anak perempuannya Wafa, menyambung legasi datuknya dan aku juga sgt2 berminat dgn cara berfikir Tariq Ramadhan, malangnya ramai yg mencetuskan kontroversi kerana idea2nya yg dianggap berbeza dgn idea2 golongan traditionalist masa kini. Aku suka pd 1 ayat Tariq Ramadhan:
Ignorance is a jail. MASTER YOUR EMOTIONS if not you gonna be trapped by
your own emotions..that's why we need to learn self-discipline because
without discipline, our EGO will be our JAIL on ourselves..
dan beliau berpesan kpd kita, "If you have questions in your mind, you MUST
know the answer." dan kita perlu sentiasa berkata pd diri kita "I have
questions and I KNOW the answer".
Islam bukan agama ikut-ikutan. bukan blind following. jika kita ragu2 ttg
sesuatu, maka buatlah sesuatu utk tahu. Allahu 'alam..
Comments
Post a Comment