Skip to main content

Life is a mystery and it's really challenge me


Makin lama makin aku dpt merasakan betapa pentingnya ilmu dlm kehidupan kita ni.. banyak perkara yang kita boleh belajar dan perlu belajar dari kehidupan.. Menuntut ilmu tu wajib bagi setiap Muslim, tak kira lelaki atau perempuan.. dan kesyukuran pada Allah dgn sebanyak2nya kerana menganugerahkan aku keluarga yang sangat2 supportive wlaupun terpaksa bersabar dgn kata2 cemuhan dan penghinaan dari saudara mara terdekat yg merasakan mengapa perlu menuntut ilmu agama di UK? kenapa x amik course lainje yang mudah untuk dapat kerja? kenapa mesti nak sambung master sedangkan umur muda lagi? dan aku dapat merasakan kebanyakan mereka memandang rendah pada ilmu agama.. asal pegi je rumah diorg, bagitau saja amik Islamic studies, soalan yg mesti keluar dari mulut mereka.. kenapa tak amik course lain yang sepadan dgn result SPM? nanti dah habis belajar nak kerja apa? balik2 soalan yg sama sampai aku rasa menyampah dan meluat dgn setiap perkataan yg keluar dari mulut diorang ni..yang paling aku tak boleh lupa sorang pakcik aku tanya 

"kenapa ambil kos ilmu wahyu? wahyu turun lagi ke skrng ni? (dgn nada yg sgt sinis. Astaghfirullah!!) Anak saya amik law.. nanti senang nak kerja.. course2 agama ni nnt peluang kerja tu susah!" Apa2 pun, Alhamdulillah lepas habis belajar kat UIA dulu, aku xsempat pun nak menganggur..lepas habis last exam terus kena pegi training dan start kerja.. dan yang plg aku rasa Allah tu maha Berkuasa, anak pakcik aku ni xdapat pun kerja dan dia cari aku untuk carikan kerja untuk dia. AllahuAkbar.. sebab tu la kita ni kena jaga mulut dan jangan suka nak merendah2kan orang lain.. keyakinan mereka dlm berkata2 dan merendahkan orang sgt2 aku 'kagumi' kerana mereka berlagak seperti Tuhan, begitu yakin yg aku akan susah untuk dapat kerja dan anak2 mereka yang mengambil jurusan2 dunia tu PASTI akan mendapat kesenangan utk mdapatkan kerjaya.. byk perkara yg mereka sangka tidak berlaku.. mereka lupa agaknya yg rezeki tu ditangan Tuhan dan Dia lah saja yang berkuasa atas segala sesuatu..

Begitulah sesetengah manusia sangat jahil dan tidak ada wisdom dlm percakapan mereka.. apa yang perlu aku buat, diam saja xperlu utk berbalah dgn org jahil sbb ia sgt mbuang masa, wlaupun dlm hati Tuhan sj yg tahu betapa sakitnya hati kerana penghinaan mereka thadap agama..sgt kesian dgn org yg mcm ni.. dan semoga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada mereka.. betullah kata Tariq Ramadhan,

"Ignorance is a jail. MASTER YOUR EMOTIONS if not you gonna be trapped by your emotions..that why we need to learn how to have self-discipline because without discipline, our EGO will be our JAIL on ourselves.." 

Aku malas utk berbalah dgn org yg cakap tidak m'gunakan akal yg waras. mereka bercakap mggunakan emosi utk menghina org, dan mengangkat diri sendiri kerana EGO yg begitu menebal dlm diri mereka.. Nauzubillahi min zaalik...jauhkanlah kami dari kejahilan dan keangkuhan t'hdp diri sendiri ya Rabb..

Alhamdulillah segala urusan aku, dipermudahkan.. walaupun xdela dapat gaji yg besar, kerja pun tak dipandang manusia tapi aku bersyukur kerana byk ilmu yg aku dapat dari kerjaku sebagai guru dan insyaAllah, aku yakin yang Allah akan memberikan ganjaran yg xdapat dilihat oleh pandangan mata manusia pada sesiapa yg belajar dan kemudian mengajarkan ilmu yg dia ada pd org lain terutamanya ilmu agama.. 

Aku betul2 tak faham dgn manusia yg merasakan yg kita perlu cari kerja yg hebat, perlu beli kereta yg besar, pakai baju yg berjenama supaya kita dipandang tinggi oleh manusia.. bukan ke pandangan Allah tu lebih penting? Pada aku, ade aku kesah ko ade kereta besar? ade aku kesah ko rumah besar? ade aku kesah ko kerja besar, gaji besar? ade aku kesah ko ade Tan Sri, Dato' Datin, YB??? SORRY I don't care..even if you have nothing, I don't care as long as you have good akhlak, you do what you suppose to do as a Muslim, and you don't have arrogant (riak) in yourself..that is enough for me to look at you as a special person even though many people see you as nothing .. it's really OK for me. I prefer to be friend with someone who has a good akhlak than someone who has religion, but has no akhlak. 


Aku teringat pd seorang junior di UIA dulu..xrapat pun dgn dia, cuma pernah sekelas dan sembang beberapa kali, aku rasa sgt rendah diri bila tgk dia..  mgkin kerana hubungan dia yg rapat dgn Allah,  kalau tgk dari rupa, dia sgt biasa..kurus tinggi dan berkulit gelap.. tp masyaAllah sempurna.. baju yg dia pakai pun biasa2 sj.. dia x kaya..hidup sederhana.. tapi subhanallah xtau kenapa, mungkin kerana sifatnya yg zuhud dgn dunia, setiap kali nmpk dia, aku rasa nak menangis dan mmg akan menangis..tapi aku xtau kenapa.. sejak kenal dia ni lah, aku betul2 terasa ni lah sepatutnya kwn yg aku cari.. bilamana aku tgk dia, dia mengingatkan aku pd Allah.. Allahu Akbar, insyaAllah aku akan jadi saksi utk dia nnt di akhirat kerana dia selalu igtkan aku pd Allah dgn tingkah lakunya yg baik.. Syurga sajalah yg layak bg seseorang seperti dia.. aku cuba utk rapat dgn dia, dia selalu ada kt masjid UIA dan aku akan pEgi ke msjid utk kwn ngn dia, tapi dia lebih selesa utk b'seorangan mgkin lebih mudah utk dekat pd Allah..

hmm mcm2 hidup ni.. byk yg boleh dijadikan pengajaran dan tauladan..bila aku tgk blk benda2 yg aku tulis dulu, comment2 aku kt fb, aku dpt lihat betapa jahilnya aku..terlalu kebudak2an..dan kdg2 xtahu nk membezakan baik dan buruk.. utk perubahan, kita mmg perlu kepada ilmu..semua yg berlaku mbuatkan aku benar2 terfikir betapa besarnya kekuasaan Allah.. 


Comments

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='( 

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...