Skip to main content

Yeay Perjuangan Diteruskan!




Alhamdulillah masih diberikan nafas baru oleh Allah.. tubuh badan yang sihat, kehidupan yang membahagiakan dan yg paling penting, kesempatan utk memohon ampun padaNya atas dosa2 yang dilakukan. (jgn tmbh dosa dahlaa..)

Hidup ni memang best kalau ada banyak aktiviti yang kena buat kan kan? Aktiviti yang sudah semestinya disertai dengan minat, semangat dan niat yang baik, kerana Allah yang Maha Hidup dan tidak tidur & mati seperti kita. Cuti sekolah last 2 weeks..hmm tak berapa nak bermanfaat. Bermanfaat sedikit sahaje iaitu di majlis kahwin sebab jumpa sanak saudara, mak dan pak menakan yang dah lama tak jumpa. Tereratlah jugak silaturrahim..Alhamdulillah.

Alhamdulillah, semangat baru muncul tiba2 (Allah lah kan yg bagi siape lagi) untuk meneruskan perjuangan bersama rakan2 guru dan adik2 tercinta.. wahhh rindunya bulatan gembiraaaa… =) perjuangan ini ingin diteruskan pertama-tamanya dengan memperbanyakkan zikir kepada Allah, supaya lebih byk kekuatan dan ketabahan yg diberikan. Syeikh Abu Al-Hasan Al-Syazili kata, “Hakikat zikir itu ialah memutuskan ingatan kepada yang lain selain Dia”. Semoga kita sama2 dapat meletakkan Allah di tempat yg TERTINGGI dalam hati2 kita, insyaAllah.. Amiiin Ya Rabb.

Yang keduanya, perjuangan diteruskan dgn belajar untuk tidak bergantung kpd manusia. Apa sahaja yang kita harapkan daripada makhluk tidak akan mudah kecuali dgn pertolongan Allah.. MasyaAllah.. and Thank You Allah ^.^  Disebabkan besties saye yang 3 org tu dah takde, maka esok bermula episode Lone Ranger di bilik guru MRSM Gemencheh. (ala..mcm tak biasaaa..) didoakan semoga urusan mereka dipermudahkan di mana sahaja mereka berada. gonna miss you guys but just a bit. not too much. hehe. kalau rindu tahap melampau nanti boleh gilaa lah. Jom jadikan Allah sebagai tempat bergantung, sahabat terbaik dan peneman setia dalam apa jua keadaan..kan tu lebih baik?

Yang ketiganya, mulakan perjuangan sem baru dengan usaha yg sehabis baik, dan serahkan urusan keseluruhannya kepada Allah. rasanya dah lama xpraktis tawakkal yg betul2 tawakkal. kesian kesian... disebabkan xpraktis tawakkal yg betul2 tawakkal tu, maka dah lama jugaklah xdpt rasa keajaiban dan kemanisan tawakkal tu.. mgkin lama Allah bagi senang kot. hebat betul ujian senang ni..betulla kata Ibn Taymiyyah: 
"A Calamity that makes you turn to Allah is better than a blessing which makes you forget the Remembrance of Allah"

whatever it is, selepas usaha dan bertawakkal, kite perlu redha dgn apa yang dah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi. bak kata tok “semuanya urusan Allah..Dia dah buat semuanya yang terbaik..apa yang jadi ada hikmahnya..” memang kite ni selalu mahukan semua yang jadi dalam hidup, mesti yg terbaik. tapi kite lupa yang segala urusan itu ditangan Allah.  mgkin sesuatu urusan tu kite je yg rasa baik bg kite, tapi sebenarnya tak pun. Kite tidak memiliki apa2 hatta diri kite sendiri. ayat yang saye sgt suka… “ALLAH KNOWS BEST!”  

May Allah (swt) make us among those whose eyes thirst to see Him, whose hearts long to meet Him and whose only purpose is to please Him. bestnya kalau mati dapat jumpa Allah..................................


If to meet Allah is your dream, hold tight to your deen! Way to go, Aain! Way to go!

Comments

  1. Jgn putus asa sahabat....perjuangan menegakkan agama Allah bukan dek kerana rakan2 yg berdiri dibelakang....tetapi berjuang kerana BENAR nya perjuangn Rasulullah SAW ...bersabarlah kerana rahmat n hidayah Allah sedang mengintai di atas sana...

    ReplyDelete
  2. Amiin semoga rahmat dan hidayah Allah sentiasa bersama kita sampai bila2. sangat betul berjuang kerana Allah dan Rasul. tapi rakan2 juga penting sbgai penguat semangat perjuangan kan =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='( 

Generasi baru Ulul Albab insyaAllah!

sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka, generasi Ulul Albab MRSM Gemencheh Program Ulul Albab di MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) Gemencheh ialah satu program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz al-Quran. Program pembudayaan Al Quran di MRSM Gemencheh ini bukan saja untuk para pelajar, tapi juga ia melibatkan para staff dan guru. Buat para staff, setiap hari akan dimulai dengan Pengajian Al-Quran,tafsir,Tajwid dan tazkirah. Bermula jam 8.00 hingga 8.30.  gambar copy paste je di  http://www.mrsmgemencheh.com MasyaAllah sy sgt kagum dengan Tuan Pengetua dan Timbalan-timbalan beliau serta guru-guru yang sangat dedikasi & komited di sini. Mereka sangat productive dan bersemangat waja! dalam menjadikan MRSM Gemencheh ini sebagai sebuah insitusi pengajian yang bukan setakat mengajar, tetapi 'mendidik' akhlak dan jiwa kami. Saya kagum dengan moto baru maktab ini, "MENDID...