Skip to main content

Penangan madrasah Tarbiyyah




Apa ‘tarbiyyah’ tu ye? Tarbiyyah ni bak kata Angel pakai Gucci, adalah satu perkara yg ajaib. Bagi saya juga, ia memang sgt2 ajaib kerana ia pengubat bagi segala penyakit ‘hati’. Dan yang menjadikannya lagi bertambah ajaib ialah selalunya kita yang terkena penangan tarbiyyah ini, tak sedar pun yang kita sedang di ‘tarbiyyah’.

Saya melihat kepada orang2 di sekeliling dan juga melihat kepada diri sendiri. Banyak kemunculan sikap2 dan perangai2, adab2 dan akhlak2 BARU tercipta hasil dari madrasah tarbiyyah. mari kita tengok ‘tarbiyyah kehidupan’ dari kaca mata positive:

Orang yg dahulunya kelihatan sgt tidak cool & macho ditambah lagi dengan comot tapi comel =), telah pun menjadi kacak dan jelita…
Orang yg dahulunya sering dilihat lemah lagi longlai, selalu mendapat kutukan dan ‘bulian’ rakan2, kini sudah berani utk ke hadapan dan menjadi seorang yg dipandang tinggi oleh masyarakat…
Orang yg dahululanya pantang ditegur, kini sudah boleh menerima teguran…..
Orang yg dahulunya sombong dan suka memandang hina terhadap orang lain, kini telah pun boleh merasa dirinya yang lebih hina….
Orang yg dahulunya cepat naik anginnya dan sgt panasss barannya, kini sudah boleh untuk bertolak ansur dan bersabarrr…..
Orang yg dahulunya berpakaian seperti tidak cukup kain, kini dah boleh mencukupkan kainnyaa…

Oleh yg demikian, agak2nya mengapa ye? Pendapat saya, semuanya kerana tarbiyyah… dan tarbiyyah itu selalunya tidak maniss. kadang2 ia pahit, kadang2 ia masam, masin dan kadang2 tawar..





Kemalangan jalan raya dan kesesakan jalan raya boleh menjadi tarbiyyah utk diri…
Kematian manusia yg berlaku di hadapan, belakang, kiri dan kanan kita juga adalah tarbiyyah…
Gangguan hidup oleh makhluk2 bernama manusia dan bukan manusia juga tarbiyyah..
Kerja yang banyak bertimbun2, tak tahu mana 1 nak buat dulu juga tarbiyyah..
Berdepan dengan pelbagai ragam manusia dan ragam diri sendiri pun tarbiyyah…
Keresahan dan kegundahan jiwa, kegembiraan dan ketenangan, dan semua perasaan yg Allah kurniakan kepada kita juga adalah tarbiyyah..
Saya yang sedang menaip ni pun sebenarnya sedang ditarbiyyah. (baru sedarrr..) ^.^

Pendek kata, setiap masa kita sentiasa berada di dalam madrasah tarbiyyah. tapi mungkin kita tidak sedar akan keberadaan kita di dalam madrasah tarbiyyah ini. Ramai yang berubah kerana sesuatu yang ‘telah’ dan ‘sedang’ berlaku dalam hidup. Ramai yg berubah menjadi seorang yang lebih bersabar kerana mereka banyak menjalani hidup dengan orang yang kurang kesabaran dan oleh yg demikian, mereka mengambil pengajaran. ramai juga manusia di luar sana yang mengalami kecelakaan dan kemalangan di jalan2 raya telah berubah menjadi manusia yang lebih baik kerana ‘tarbiyyah pahit’ itu mengingatkan mereka kepada Tuhan dan kematian serta menasihatkan mereka tentang kesabaran dan kehidupan yang hanya sementara.

Mungkin perubahan yg dialami tidak disedari oleh tuan punya badan. Tapi orang2 di sekeliling PASTI menyedarinya..Seorang kwn serumah sy (zmn muda2 dulu)yg dahulunya seorang yg ‘sgt suka cari pasal’ dan mmg tidak ada kawan telah berubah mejadi seorang yg sangat2 baik dan ramai kawan. Saya menyedari perubahannya dari sehari ke sehari kerana saya sentiasa bersamanya. Nak diceritakan, boleh dikatakan harini dia adalah org lain, dan esok dia menjadi seorang yg lain pula sehinggakan saya jadi confius dgn sikapnya yg sgt unpredictable dan sgt macam2. Tapi kini, saya rasa saya sangat mengenalinya..dia adalah antara org2 yg menjadi sumber inspirasi sy dan sy sangaaattttt mencintainyaaa… apabila dia berubah, sy juga turut terkena tempiasnyaaa… dia selalu bertanya sy 1 soalan cepucemas ‘macamana awak boleh bertahan dengan saya??’ Kenape ye agak2nya? kerana dia banyak ilmu, pengalaman, dia suka berkongsi dan keinginan untuk berubah begitu menebal dlm dirinya. Dahulunya dia bukan Muslim walaupun dia lahir dari perut ibu yg Muslim dan ayah juga Muslim. Dia telah terjebak dalam pelbagai tipu daya dunia sehingga menyebabkannya lari dari agama dan Tuhan. Saya tidak pernah ada kawan yang special seperti ‘dia’. Dan saya bahagia bersahabat dgnnya kerana dia selalu ingin memperbaiki dirinya dan saya juga. Dia seorang yg sgt suka membangkang dan sukar menerima teguran. tapi 1 sikapnya yang sgt sy suka, dia suka meminta dan memberi MAAF. Jika dia ternampak sy terguris hati dgn perkataannya, maka dia akan segera meminta maaf dan dia selalu kata “bukan senang utk sy mintak maaf dgn awak sebab sy selalu rasa diri sy besar, sy sentiasa betul dan org lain semua salah. tapi utk sy buang semua sikap buruk sy, saya kena lawan ego dan nafsu saya. jadi saya minta maaf”. seriously, saya TAK PERNAH ada kawan yg sgt berterus terang seperti ‘DIA’.

Dalam berkawan kadang kala, saya tak faham dengan orang lain yg banyak berbeza dgn saya.. tapi utk tidak memandang negative pada org lain, lebih baik lihat yg tidak baik pd diri sendiri. dan akibatnya, saya selalu tidak faham dgn diri sendiri. (boleh tak macam tu??) saya rs setiap hari sy adalah org yg lain. dan setiap hari sy sedang meng’adjust’ diri saya dgn org lain. mungkin org lain pun rs kenapalaa dia ni macam ni? saya susah utk percaya pd org. dan utk bersembang panjang dgn seseorang yg baru sy kenal adalah 1 kesukaran buat saya. saya perlukan masa utk kenal dia, kemudian bila dah ada ‘trust’ baru proses sembang menyembang akan berlaku. dan utk mengelakkan org yg baru sy kenal tidak berkecil hati, kena beritahu awal2 kenapa saya kurang bercakap dan harapnya mereka memahami.


Saya sukakan proses pentarbiyyahan ‘setiap saat’ ini. Dan bila tersedar yg diri sedang ditarbiyyah, saya sangat dapat rasakan yang hidup ni memanglah permainan dan senda gurau dan ia cuma tempat untuk ujian yang pelbagai. saya rasa 'saya' seperti ‘Mario’ dalam game Mario tu lah. alaa game yang kite main zaman kanak2 dulu.. yg comel2 kaler merah tu.=)  kalau xde org yang jalan kan Mario, maka dia pun tidak berjalan. kalau xde orang yg tolong dia matikan musuh2 dan tempuh segala halangan2 dalam game tu, maka dia pun xdapat utk berbuat apa2.. macam hidup ni jugaklah.. kalau Allah tidak menggerakkan kita utk sesuatu, maka kita pun tidak akan bergerak. semuanya berlaku atas kehendak Allah.

Makanya, semoga Allah sentiasa mendorong kita ke arah kebaikan dan semoga madrasah tarbiyyah yg akan terus bersama kita sepanjang hayat ini dapat menjadikan kita seorang yg lebih baik, dan lebih mendekatkan diri kita padaNYA…….Dan semoga Allah menetapkan hati, jiwa dan perasaan kita ini di atas jalanNya...kerana banyak manusia yang tergelincir jatuh ke gaung jahiliyyah dan ke lembah kehinaan akibat daripada cabaran hebat lagi menguji jiwa akibat dari proses pentarbiyyahan ini..


Pentarbiyyahan menarik di MRSM Gemenchehh =)
program ala2 Imam Muda. masyaAllah semoga mereka sentiasa dibawah limpah rahmat dan kasih syg Allah

Comments

Popular posts from this blog

Generasi baru Ulul Albab insyaAllah!

sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka, generasi Ulul Albab MRSM Gemencheh Program Ulul Albab di MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) Gemencheh ialah satu program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz al-Quran. Program pembudayaan Al Quran di MRSM Gemencheh ini bukan saja untuk para pelajar, tapi juga ia melibatkan para staff dan guru. Buat para staff, setiap hari akan dimulai dengan Pengajian Al-Quran,tafsir,Tajwid dan tazkirah. Bermula jam 8.00 hingga 8.30.  gambar copy paste je di  http://www.mrsmgemencheh.com MasyaAllah sy sgt kagum dengan Tuan Pengetua dan Timbalan-timbalan beliau serta guru-guru yang sangat dedikasi & komited di sini. Mereka sangat productive dan bersemangat waja! dalam menjadikan MRSM Gemencheh ini sebagai sebuah insitusi pengajian yang bukan setakat mengajar, tetapi 'mendidik' akhlak dan jiwa kami. Saya kagum dengan moto baru maktab ini, "MENDID...

sambungan... kenangan di Majlis Perkahwinan kami 1 Februari 2014

Lepas proses akad nikah solosai pada jam 12 tghari, kami berdua pulang sebentar ke rumah utk bertukar pakaian pulaaaa... mmg agak kelam kabut sikit.. time tu lah sebenarnye yg 'peak hour'. ramai betul yg dtg masa kami balik rumah tu... dan disebabkan itu, ramai jugalah tetamu yg kami tidak berkesempatan untuk berjumpaaa  =( maaf seribu kali maaf kpd para tetamu.. jam 1.30 tghari kami tiba semula di masjid Usamah bin Zaid tersebut utk majlis seterusnya..  ni lah rupa dewan untuk majlis kami di dewan Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, KL... Alhamdulillah sgt mengikut tema =D saye sukeee! ketibaan pengantin... tanpa bunga manggar dan tanpa pengapit! kompang juga tiadaaaa...hehe.  cuma disambut dgn student yg begitu teruja melihat ustaz dan ustazah mereka berkawennn.. hohoho Maka sesi senyum dan bersalam-salaman pun bermulaaaaa =) ni pengapit on the spot. adik2 iparku yg hensem dan santek.... hihihi kegumbiraan yg jelas terpancar.. semuga g...

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...