Skip to main content

What a life =)

Mood gembira harini sebab ramai kawan2 seperjuangan dahulu telah pun berjaya melepasi viva yang sangat tough! dan telah berjaya menamatkan pengajian mereka! Alhamdulillah.. lebih gembira bila ramai yang akan balik Malaysia terutamanya teman gelak tawa dan suka duka ~ Elly. dan yg lagi best dan gembira, K.Su pun akan balik malaysia gak! lagi 9 hari!! bestnye bestnye.....counting daysss..... 

K.Aeni & A. Taufiq (tok penghulu kami) balik sebulan lepas saye balik. tak sempat lagi nak berjumpaaa... rindu kt 4 org hero mereka.. kami panggil k.aeni 'wanita besi"! PhD lagi.. family, anak2 lagi.. fuhh fuhh.. <terasa kelelahannyaaa>
A. Zahir pun dah selamat balik malaysia. K.Ina sgt baik dan  sy byk belajar ttg kesabaran dari diaaa..
Mahadi  barruuuuuuu je melepasi viva semalam dan telah berjaya menjadi Dr. Physics muda. Elly cepat balikk! 
K.Del juga sedang menunggu giliran ber'viva'. K.Khamsah dah selamat berkhidmat di Malaysia tapi harini dia di Dundee untuk berconvocation. K.Fiza sentiasa menjadi peneman setia Pak Ngah Ad sayeee... =)
2 sahabat dari Brunei yg banyak membantu dari fakulti Islamic Education =)
sebab dorg lah sy rasa teringin sgt nak bekerja di Brunei! tapi apakan daya...
lepas ni tingallah k.syiqin bersama rakan2 seperjuangan baru.. didoakan semoga selamat bertabah! A woman is like a tea bag: you cannot tell how strong she is until you put her in hot water. -anon
giliran larian viva abg zul pun tidak lamaa lagiiiii............. ni chef terkemuka dundee ni. boleh masak guna kaki =)
Lepas ni turn Pak Ngah Ad pulak sambung larian viva menyambung perjuangan rakan2 yg lain. All the best!

walaupun busy dengan tugasan PhD masing2, mereka sentiasa menceriakan suasana. banyak ni belajar masak dari mereka. dan belajar buat air sedap dri A. Amey. =)


Banyak yg saya belajar dari mereka terutamanya tentang kerjasama dalam menghadapi sesuatu masalah. rungutan dan keluhan tentang permasalahan yang kita sedang hadapi kepada manusia lain kadang kala akan menyebabkan mereka jemu, menyampah dan meluat dengan kita. bayangkan orang yg setiap hari kata kat kita "Oh banyaknya kerja..! Penatnya.." “Panasnya! bilalaaa Malaysia ni nak sejuk”.  menyampah tak rasa2nya?? saya menyampahla jugak sebab asik mengeluh dan berkata perkara yang sama.


1 kisah tentang Al-Ma'afi bin Sulayman yg sedang berjalan dengan sahabatnya, dan kemudian sahabatnya berpaling kepadanya dengan muka yang masam mencuka dan berkata, “sejuk sungguh harini!" 

Al-Ma'afi berkata, "Adakah anda sedang memanaskan badan sekarang?' (maksudnya, jika sejuk, apakah tindakan sahabatnya itu?)

sahabatnya menjawab: "Tidak". 

Al-Ma'afi berkata, "Jadi apa gunanya anda mengadu sedangkan anda sendiri tidak ada usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut?  (cukupkah dengan hanya bercakap dan merungut?)

--> hehe. ni mmg terkena batang hidung sendiri sebab sy sgt TAK SUKA sejuk.


Kesimpulannya, kita semua perlu sedar bahawa memang hidup ni akan diwarnai dengan masalah2 yg menyerabutkan kepala. salah satu cara untuk menangani masalah ini ialah dengan “TAKE IT EASY... AND ENJOY YOUR LIFE”. Jangan benarkan masalah tu memberi kesan ke atas tingkah laku kita terutamanya terhadap keluarga dan orang2 terdekat kita. mereka sangatlah tidak berhak mendapat apa-apa hukuman pada perkara yang tidak mereka lakukan. Jangan biarkan orang lain mengaitkan kesedihan dengan kita setiap kali mereka melihat kita. Kan Allah kata...

“Dan masa kejayaan dan kehancuran itu Kami pergilirkan di antara manusia agar mereka mendapat pelajaran…….. Dan agar Allah membersihkan org2 yang beriman dari dosa mereka dan membinasakan orang2 kafir”. (Ali Imran : 141)

Dari mereka juga sy belajar ttg ketidaksempurnaan manusia. Setiap manusia itu berbeza dan banyak kekurangan, jika kita asyik melihat kepada yang ‘perfect’ dan yang sama ilmu, sifat dan kualiti dengan kita atau lebih dari kita, lebih banyak kekecewaan akan ditemui. Bak kata ustaz Zaharuddin “Hidup perlukan KERJASAMA dan SINERGI, sama ada dalam rumahtangga, syarikat, komuniti dan negara. Tips yang berjaya adalah mereka yang pintar merangka strategi untuk bekerjasama, toleransi serta memanfaatkan kekurangan & kelebihan masing-masing untuk menuju kebaikan bersama”. 

Hmmm..mmg best hidup ni kan sebab boleh belajar macam2 dari org sekeliling =)


<oh rindunyaaa mereka. rindu scot scot jugaa>
Ape2 pun didoakan utk semuaa... ALL THE BEST! =)

Comments

  1. jeles tgk org dah abis phd...MA pon xregister lg..huhuhu..ya Allah permudahkan urusanku dlm menimba lautan ilmuMu ya 'Alim...

    ReplyDelete
  2. jgn jeles tgk org ustz. jeles tgk ilmu dia. hehe. kdg2 ada PhD, ada MA pun xguna gak sbb ilmu xde sgt pun mcm sy ni haa. :'( sy doakan semoga dipermudahkan urusan ustz menimba ilmu yg bermanfaat insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Syukran support sy..mmg ilmu yg dipandang tinggi sazah...yg pntg nk applied ilmu dlm khidupan n manfaatkanya pd Islam..mmg mak salu soh ami MA n PHD ni...wlpn mak org kg yg xtw pn pebende ma n phd..tp salu pesan sjk dr dlm perut soh tingkatkan ilmu..wlpn susah jalanya...insyallah mak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='( 

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...