Skip to main content

Manusia hebat


Bagaimana Saidina Ali boleh menjadi begitu hebat sehingga digelar sebagai ‘gedung ilmu’? Ini kerana beliau ditarbiyyah secara langsung oleh Baginda Rasulullah s.a.w semenjak umurnya masih kecil. Bestnyee! Sejarah menunjukkan  kepada kita betapa faktor pendidikan cukup penting dalam menghadirkan seorang manusia hebat dan ia disekalikan dengan faktor lingkungan persekitaran dimana manusia itu membesar. 

Begitulah juga kisah seorang budak kecil yang bernama Abdullah dengan Saidina Umar yang pada suatu hari Saidina Umar melalui sekumpulan kanak2 sedang bermain dan tiba2 mereka semuanya lari bertempiaran kerana takutkan pada ketegasan Saidina Umar Al-Khattab kecuali seorang kanak2 kecil.

Saidina Umar kemudiannya bertanya “wahai anak, mengapa kamu tidak lari sebagaimana kawan2 kamu?” maka jawab si anak kecil itu “Mengapa perlu aku lari sedangkan aku tidak membuat apa-apa kesalahan”. tertarik dengan keberanian dan ketangkasan berfikir anak itu, Saidina Umar bertanya dengan penuh keterujaan “Siapakah ibu dan bapa kamu?” Jawabnya “ibuku Asma’ binti Abu Bakar dan bapaku Zubair al-Awwam”.  Umar kemudiannya berkata, “Patutlah kamu seorang yang hebat, kerana kamu mempunyai ibu dan bapa yang hebat”.

Saiful Islam seorang peguam yg berjaya

Saya tertarik dengan kisah Saiful Islam (yg juga hebat) dan bapanya (yg lagiii hebat), asy-syahid Imam Hasan Al-Banna. masyaAllah sememangnya Allah memberikan kepada Imam Hasan Al-Banna 1 kekuatan yang tidak mampu untuk kita menandinginya. Allah memudahkannya melakukan kerja yg byk dlm waktu yg sedikit. Saiful Islam menceritakan tentang bagaimana beliau dibesarkan oleh ayah yg masanya sgt padat dgn perjuangan agama tetapi tidak pernah mengabaikan urusan keluarga.

Al-Banna menyediakan 1 fail khas bg setiap anak2nya dan beliau menyimpan semua tarikh2 penting dan maklumat2 perubatan didlm fail tersebut. Beliau juga menyimpan semua sijil2 pelajaran anak2nya beserta catitan2 seperti “Saif perlu menekankan subjek ini… Wafa’ pula memerlukan pertolongan dalam subjek ini….”. Begitulah yg biasanya beliau akan lakukan bg setiap anak2nya. Al-Banna seorang yg sgt lemah lembut  dan sgt menjaga perasaan anak2nya. Saiful Islam berkata “beliau mempunyai satu kemampuan yg membuatkan kami taat kpdnya tanpa disuruh. Kami merasa amat segan utk melanggar arahannya dan ia kerana hormat, bukan kerana takut. Saya teringat yg beliau pernah menyebut masuk panggung wayang itu bukanlah akhlak seorang Muslim. Oleh kerana itu saya tidak pernah memasukinya walaupun sekali hinggalah ke hari ini disebabkan oleh kuatnya kesan dan tarikan drpd kata2 beliau.”



Beliau juga menghadiahkan perpustakaan khusus buat anak2nya dan akan memberikan perbelanjaan bulanan kpd anak2nya utk membeli kitab2. Beliau juga memberikan wang kepada anak2nya pd setiap hari Jumaat utk dibahagi2kan kpd fakir miskin di masjid. Saif memceritakan, “dgn wang yg ayah berikan setiap bulan, saya telah membeli beberapa buah buku yg terdiri drpd kisah2 polis oleh Arsin Lubin, Sharlock Holmes dan lain2 lagi. Ketika mana ayah saya pulang lewat pada suatu malam dia mendapati sy sedang tekun membaca kisah2 tersebut, dia membiarkan dan tidak melarang sehingga saya selesai membaca dia berkata ‘ayah akan memberikan kpd kamu bahan bacaan yg lebih baik”. Kemudian beliau membelikan utk sy beberapa buah buku sejarah dan pahlawan2 Islam seperti Umar Abdul Aziz dan lain2. Pd ketika itu sy sedar yg beliau sgt memerhatikan pembacaan saya walaupun sibuk dgn urusan dakwah”.

Saye sgt terkesan pada kata2 Al-Banna kepada Saif ttg kemahran dlm sesuatu kerja. Beliau berkata “Setiap kamu mestilah MAHIR melakukan sesuatu kerja”. dan beliau sendiri mahir dalam memperbaiki jam. <perkara apakah yg sy mahirr??> “Bilamana ayah menghantar saya ke pusat percetakan Ikhwan pd musim panas utk belajar sesuatu, beliau menyebut kpd saya 1 hadith Nabi s.a.w. “Sesungguhnya Allah menyayangi orang beriman yg bekerja. tempoh masa yg singkat di situ member faedah yg banyak kepada kehidupan kerjaya saya selepas itu” dan beliau juga berkata “Apabila terdapat seorang lelaki yg beriman, maka terdapat bersamanya faktor2 kejayaan”

Al-Banna juga sgt mengambil berat mengenai urusan rumahtangga. Beliau menulis sendiri semua keperluan rumahnya setiap bulan dan menyerahkannya kpd seorang kwnnya yg mempunyai kedai runcit sendiri utk memenuhi keperluan rumah. Beliau sgt mengambil berat ttg hal semua org termasuk pembantu rumah. Saif berkata "Ayah menyuruh kakak saya mengajar pembantu rumah tersebut menulis dan membaca serta bersolat pada waktu petang". Subhanallah. Tabaarakallahu ahsanul Khaaliqiin......

Jadi secara kesimpulannya, utk melahirkan manusia2 yg hebat, KITA perlu menjadi org yg hebat jugeeee... jika dilihat kpd teori, utk menjadi hebat itu sepertinya mudaaaah sgt.. praktikalnya? bukan mudah utk jadi hebat dan lagi tidak mudah utk melahirkan manusia hebat. semuanya perlukan kepada ilmu, kegigihan, kesabaran dan konsistensi (istiqamah) utk menuju ke arah kehebatan bersama itu.....


Kata Hassan Al-Banna: "Setiap kali aku berdiri di khalayak ramai, aku berdoa kpd Allah dgn bersungguh2 supaya Allah mendekatkan pada hari kami berdoa itu daripada medan kata-kata kepada medan perbuatan, dan medan perancangan ke medan perlaksanaan. Kita telah menghabiskan banyak masa terhadap pemidato2 dan sekarang menuntun kita bersungguh2 dengan kerja2 yg serious yg membuahkan hasil".


p/s: Dulu dah pernah tulis ttg Hassan Al-Banna dgn lebih detail lepas baca buku 'Cinta di rumah Hassan Al-Banna". Kagumkah anda dgn beliau? maka boleh meneruskan pembacaan di sini:  http://aynarazaly.blogspot.com/2011/10/jatuh-cinta-pada-akhlak-dan.html

seriously, sgt bermanfaat!

Comments

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='( 

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...