Skip to main content

Jom jadi "murabbi hoyeaahh" bak kata Inche' Gabbana



Ramai orang yang pernah diajar oleh seorang cikgu. Dan jumlah cikgu di luar sana juga cukup ramai bilangannya.Tidak ramai yang pernah merasa dididik oleh seorang guru. Kerana jumlah pendidik sebenar di luar sana tidaklah seramai cikgu.

Tetapi, lebih sedikit orang yang pernah merasai sentuhan murabbi hoyeeaaahhhh, yang tanpa mengenal erti penat dan lelah menyentuh hati-hati di luar sana. Sayugia jumlah murabbi, jika hendak dibandingkan dengan guru dan cikgu, jauh lebih sedikit bilangannya.

Eh, apa beza cikgu, guru dan murabbi hoyeeaaahhhh..?

Cikgu mengajar.

Guru mendidik. 

Sedangkan seorang murabbi hoyeeaaahhhh itu menyentuh hati-hati yang dahagakan kasih-sayang dan bimbingan.

Itu sahaja?

Seorang cikgu mengajar di sekolah.

Seorang pendidik barangkali seringkali menghabiskan masa di luar sekolah untuk terus mendidik.

Walhal seorang murabbi hoyeeaaahhhh itu sentiasa menyentuh dan membentuk individu-individu di luar sana tidak kira tempat dan masa. Ada juga sekolah; namanya madrasah tarbiyah. Senyum.

Lagi?

Seorang cikgu mengajar dalam tempoh waktu yang ditetapkan; masuk jam 7.30 pagi dan pulang jam 2 petang.

Seorang guru jarang sekali pulang tepat pada waktunya; banyak masanya dihabiskan untuk murid-murid dan para pelajar yang memerlukan perhatiannya yang lebih.

Seorang murabbi hoyeeaaahhhh? Eh, ada tempoh waktu ke? Bukan bekerja setiap masa dan ketika..? Ahah.  <InsyaAllah I'm struggling!!!>

Uuuhhmmm. 

Seorang cikgu mengajar kerana itu kerjayanya; dia tiada pilihan. (Dulu masa jadi budak sekolah tak nak belajar pandai-pandai!)

Seorang guru mendidik kerana ikhlas mahu membantu anak bangsa berjaya; selalunya bekerja lebih daripada apa yang telah ditetapkan dalam portfolionya. (Kadang-kadang ada di kalangan mereka yang punya ijazah dari universiti yang terkemuka!)

Sedangkan seorang murabbi hoyeeaaahhhh itu mentarbiyah kerana benar-benar mahu melihat manusia di sekelilingnya kembali kepadaNya, sebagai seorang hamba yang taat dan patuh. (Siapa-siapa pon boleh jadi murabbi hoyeeaaahhhh - tukang sapu sampah, pemandu keretapi laju Tanah Melayu hatta seorang peniaga di pasar malam sekalipon - asalkan punya keikhlasan, kefahaman, kesungguhan dan semangat untuk berkorban! Walawww!)

Ok. Ada lagi..?

Seorang cikgu mengajar untuk memastikan setiap bulan dia akan mendapat gajinya.

Seorang guru mendidik kerana kesungguhannya yang berkobar-kobar mahu melihat anak muridnya menjadi manusia yang berguna. Soal gaji boleh tolak tepi.

Walhal seorang murabbi hoyeeaaahhhh, dia mentarbiyah untuk tiada yang lain melainkan mendambakan keredhaan dan memburu chentaNya yang abadi. Gaji? Makhluk apakah itu...?  <hm...ni susah sket>

Anda mahu lagi..? 

Seorang cikgu jarang sekali ada pusat tuisyen.

Seorang guru selalunya sama ada bekerja di pusat tuisyen atau memiliki pusat tuisyen sendiri.

Seorang murabbi hoyeeaaahhhh juga ada pusat tuisyennya; dipanggil sebagai bulatan gembira dan konferens riang! Wahai!   <saye sukee bulatan gembira sgt2!>

Belum cukup..?

Seorang cikgu apabila melihat kita dalam kesedihan, di dalam hatinya berkata, "Ada aku kisah..??" 

Seorang guru pula, apabila melihat kita dalam kemurungan, akan bersimpati dengan kita dan akan berusaha sedaya-upaya untuk memujuk kita.

Manakala seorang murabbi hoyeeaaahhhh, apabila melihat kita kegusaran dan dalam kesedihan, akan turut gusar dan bersedih sama dan bersungguh-sungguh akan cuba menggembirakan kita. Kesedihan anda adalah kesedihan buat dirinya juga!

Nak lagi..? 

Seorang cikgu akan cepat naik angin dan menyampah apabila terpaksa melayan karenah anak murid yang banyak cengkadak.

Seorang guru marah, marah juga bila mana berhadapan dengan anak-anak murid yang banyak songeh. Tapi selalunya marah dengan penuh kasih-sayang.

Seorang murabbi hoyeeaaahhhh? Selalunya dia bagi penampar terus pada mana-mana anak buahnya yang naik tocang ni. Tapi penampar pada hatilah, bukan pada pipi! Wahahaha... 

Dan lagi..?

Seorang cikgu itu seorang cikgu, belum tentu lagi dia seorang guru atau murabbi.

Seorang guru itu sudah pasti seorang cikgu, tapi belum tentu dia seorang murabbi.

Seorang murabbi hoyeeaaahhhh? Konfem-sekonfemnya dia adalah seorang guru dan cikgu. 

Akhirnya..

Seorang cikgu merintis jalan untuk gedung-gedung ilmu yang begitu luas di luar sana.

Seorang guru membuka jalan untuk peluang yang lebih besar di masa hadapan.

Sedangkan seorang murabbi hoyeeaaahhhh itu, dia membimbing tangan kita untuk sama-sama melangkah dan menelusuri jalan ke sorga. Kerana dia tidak akan sesekali membiarkan kita walau selangkah mendekati neraka!

Jadi... Yang mana satu anda mahukan..? Seorang cikgu, guru atau seorang murabbi yang hoyeeaaahhhh??

Dan yang mana satu kita kepada manusia di sekeliling kita? Seorang cikgu, guru atau murabbi hoyeeaahhhh...?

-gabbana-

Comments

  1. sahabat datang dan pergi..beginilah kehidupan..biarlah pertemuan dan perpisan kerana Allah swt...moga terus menjadi Murabbi yg HOYEHHH!..
    dun give up sazah..perjuangan perlu di teruskan..
    hadek2 kat MRSM ni maseh perlukan Penampar2 hati sazah...
    sy mmpu bg penampar betul je..penampar hati tu hadir dari hati yg Ikhlas..moga penampar lima jari ini boleh mnjadi penampar hati jua akhirnya nt..AZAM Tuan2..INSYALLAH..

    ReplyDelete
  2. Aaain you are my murabbi....

    ReplyDelete
  3. ustz Muslim: insyaAllah, sy sedang membina kekuatan. semoga Allah memberikan yg terbaik. kalau sy xde pn, ustaz BOLEH bg dorang penampar hati yg LEBIH BAIK. =)

    k.Sue: U are my Murabbi too...may Allah reunite us again K.Su in Jannah....I love you so so much. may Allah give you the BEST REWARD..

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah sentiasa berikan keKUATan pd sazah dlm perjuangan ini..Penampar HATI dr wanita SOLEHAH lebih mujarab berbanding penampar KECIL sy..Mcm2 pglmn spnjg 5 bulan di sini kan sazah?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='( 

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...