Skip to main content

Do not care about what people say~


kalau buat macam ni, nanti orang akan cakap macam ni...

macam mana kalau orang kata camni dan camni...??
saya takut nak tegur, risau la orang kata apa2 ke......
bila buat benda yang berbeza, mesti orang akan cakap kat belakang...

hmm.. kite ni terlalu banyak beranggapan yang macam2. padahal orang tak cakap apa2 pun. belum buat pun lagi sesuatu perkara tu, tapi dah negative. dah fikir semua benda yang tak baik. 



Dr. Muhammad Abd. Rahman Al-'Arifi menulis dalam bukunya "Enjoy your life" tentang perkara yang di atas. Beliau berkata, saya sangat kagum dengan anak saya yang sering mengulangi ayat ini "Ignore, live and let live" @ Biarkan orang untuk berkata apa pun, kita hidup dan teruskan hidup.." MasyaAllah! Saya sering berfikir yang pada usia itu, beliau sebenarnya tidak dapat memahami apa yang dia maksudkan. Saya kemudian merenung ayat tersebut lebih-lebih lagi bila terfikirkan tentang pendapat, percakapan dan kritikan orang pada saya dan saya mendapati bahawa setiap orang berbeza dalam pertuturan dan kritikan mereka. 


Ada di kalangan manusia adalah orang yang ikhlas untuk menegur atau memberikan pendapat tetapi tidak begitu mahir dalam pertuturan dan kritikan, dan disebabkan itu, pendekatan mereka amat mendukacitakan. Ada pula di kalangan manusia yang suka berdengki, iaitu orang yang memang berhasrat dan berniat untuk mendukacitakan anda dan akhirnya memang membuatkan anda berdukacita. Ada pula manusia yang tidak tahu banyak, dan disebabkan itu, mereka sering tidak tahu apa yang mereka katakan. Ia akan menjadi lebih baik jika orang itu berdiam diri. Dan ada pula manusia yang bersifat sentiasa suka mengkritik, kerana mereka melihat hidup melalui satu set goggles @ cermin mata hitam yang gelap.



Sesetengah orang tidak berfikir dalam-dalam tentang pandangan mereka sebelum mencadangkan kepada orang lain. Sebagai contoh, seseorang datang kepada anda selepas anda telah berkahwin dan berkata: "Mengapa awak berkahwin dengan dia? mengapa tidak dengan dia ataupun dia??"Pada tahap ini, sudah tentunya anda akan merasa seperti mahu meletup dan berkata,"Bukankah saya sudah berkahwin! Boleh tak jangan cakap lagi perkara ini? Tiada siapa meminta anda untuk memberikan pandangan atau cadangan! "Atau seseorang datang kepada anda selepas anda telah menjual kereta anda dan berkata, "Kenapa tak bagitahu saya awak nak jual kereta? Klau beritahu saya awal, saya akan bayar lebih kepada awak!" Anda akan berkata sebagai tindak balas," Wahai sahabat, cukuplah! Saya telah pun menjual kereta saya. Awak membuatkan saya berasa serba salah dan menyesal atas tindakan saya!"

Kadang2 kita tidak sedar yang percakapan kita membuatkan orang lain berasa serba salah dan kemudian menyalahkan diri sendiri. perkara yang sering berlaku pada saya apabila selesai membuat sesuatu perkara, contohnya, baru balik dari kedai. kemudian ada seseorang yang datang dan berkata "Alaaa... kenapa tak ajak? sampai hati... saya pun ada nak beli barang.. kenapa tak bagitahu nak pergi?" (pastu of course la merajuk) saya rasa, tak semua perkara kita kena bgtahu semua orang. penatla kalau nak kena bgtahu dan kena ajak semua orang kalau nak pegi mana.... Addooiiii... memang penat kalau nak fikir apa orang kata. 

Maka kesimpulannya, “do as you please and do not care about what others have to say. Pleasing others is an unachievable objective.” (Muhammad Abd. Rahman)

Comments

Popular posts from this blog

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

Sekolah yg sentiasa bertahta di hati...

Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur @ SMAKL Sekolah ni menyimpan beribu kenangan aku dan kawan2.. kat sini la aku menimba ilmu, dapat kawan, cikgu2 yang baek.. hmm.. pendek kata mmg syokk la dok cni..!! rasa mcm nak balik ke zaman sekolah je.. kalau la ade pintu masa doraemon kan best.. sobsobsss.... Dewan Seri Bestari.. tempat aku amik exam dan tempat aku buat pelbagai aktiviti... hmmm..byk kenangan kt dewan ni.. tapi xleh la kan cite kt cni... kang kontroversi plak.. haha.. kat depan dewan tmpt kitorg berkawad.. rindu kawad!! rindu nk wat formasi yg macam2.. aku dulu KRS~ Kadet Remaja Sekolah.. best woo00oo KRS ni.. ni kitorg gi lawan kawad kaki kt Segambut Jaya.. xtau la sapa yg tlg amikkan gmba ni.. tp dia xde amik gmba kitorg ms tgh buat formasi..ade yg ni je!!! waaaa xbest!! nway, thanks jugak la kan kpd yg tlg amik gmba ni.. ade jugakla kenangan.. ni la die bdk2 'putera' sekolah aku dulu... xtaula aku jumpa kt mn gmba2 ni.. poyo je muka sorang2... diorang n...