Skip to main content

Generasi baru Ulul Albab insyaAllah!

sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka, generasi Ulul Albab MRSM Gemencheh
Program Ulul Albab di MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) Gemencheh ialah satu program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz al-Quran.

Program pembudayaan Al Quran di MRSM Gemencheh ini bukan saja untuk para pelajar, tapi juga ia melibatkan para staff dan guru. Buat para staff, setiap hari akan dimulai dengan Pengajian Al-Quran,tafsir,Tajwid dan tazkirah. Bermula jam 8.00 hingga 8.30. 
gambar copy paste je di http://www.mrsmgemencheh.com

MasyaAllah sy sgt kagum dengan Tuan Pengetua dan Timbalan-timbalan beliau serta guru-guru yang sangat dedikasi & komited di sini. Mereka sangat productive dan bersemangat waja! dalam menjadikan MRSM Gemencheh ini sebagai sebuah insitusi pengajian yang bukan setakat mengajar, tetapi 'mendidik' akhlak dan jiwa kami. Saya kagum dengan moto baru maktab ini, "MENDIDIK HAMBA, MEMBANGUN KHALIFAH" hasil idea En. Abu Bakar, Timbalan Hal Ehwal Pelajar. Masa interview kerja haritu, diorang banyak tanya soalan tentang 'Khalifah'. sebab utamanya, saya pernah mengajar di Khalifah Model School. 
salah 1 buku yang sy pernah bagi pada Encik Abu  dan Alhamdulillah En. Abu kata Alhamdulillah sgt bermanfaat. dan dia bentangkan isi kandungan buku ni pada pengetua2 sekolah lain di salah 1 kursus yg dihadirinya =)
ni antara anak-anak murid saya merangkap adik-adik tersayang di bumi Gemencheh iniii.....
kerana kesungguhan mereka dalam hafazan, dan Alhamdulillah berjaya mencapai target yg telah di 'set' pada awal bulan, mereka sewajarnya di berikan ganjaran =D <dominos sahaje la ye adik2>
mereka yg di atas ini sangat mantap dalam hafazan masyaAllah =) penat nak bagi reward macam ni :p
Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w bersabda:Daripada Ibnu Umar r.a berkata:“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

Dan sebuah lagi Hadith dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
"Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini". Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.

Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat. 

JOM TAMBAHKAN ILMU! Sukeee ustaz Zahazan =)

Comments

  1. MashAllah Aain, this is a good post... May Allah make you among His righteous servants...

    ReplyDelete
  2. Thanks K.Su Thanks =) May Allah make US among His righteous servants. Amiiiiiinn... I miss your company Suims! cepat balik Malaysia!!!!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah , walaupun saya tidak mengikuti program ini , namun tempias program ni sangat kuat sehingga ramai dari kalangan pelajar mula menjinak-jinakkan diri dengan Al-Quran .
    # Rindu Mrsm Gemencheh

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah...ex-mrsm gemencheh ye? semoga terus istiqamah dlm menjinakkan diri dgn Al-Quran, dan semoga Al-Quran dpt memberi syafaat pd kita di SANA nnti, insyaAllah =)

    ReplyDelete
  5. semoga tempias Ulul Albab akan terus melimpahi hati2 yang dahagakan Ilmu dan terus mengamalkanya dalam kehidupan seharian...Semoga Ustaz/zah terus cekal membentuk pelajar2 mnjadi generasi Ulul Albab yg mengamalkan Al-Quran...tahniah menjadi sebahagian keluarga Ulul Albab..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...

Sekolah yg sentiasa bertahta di hati...

Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur @ SMAKL Sekolah ni menyimpan beribu kenangan aku dan kawan2.. kat sini la aku menimba ilmu, dapat kawan, cikgu2 yang baek.. hmm.. pendek kata mmg syokk la dok cni..!! rasa mcm nak balik ke zaman sekolah je.. kalau la ade pintu masa doraemon kan best.. sobsobsss.... Dewan Seri Bestari.. tempat aku amik exam dan tempat aku buat pelbagai aktiviti... hmmm..byk kenangan kt dewan ni.. tapi xleh la kan cite kt cni... kang kontroversi plak.. haha.. kat depan dewan tmpt kitorg berkawad.. rindu kawad!! rindu nk wat formasi yg macam2.. aku dulu KRS~ Kadet Remaja Sekolah.. best woo00oo KRS ni.. ni kitorg gi lawan kawad kaki kt Segambut Jaya.. xtau la sapa yg tlg amikkan gmba ni.. tp dia xde amik gmba kitorg ms tgh buat formasi..ade yg ni je!!! waaaa xbest!! nway, thanks jugak la kan kpd yg tlg amik gmba ni.. ade jugakla kenangan.. ni la die bdk2 'putera' sekolah aku dulu... xtaula aku jumpa kt mn gmba2 ni.. poyo je muka sorang2... diorang n...

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...