Skip to main content

Penghargaan kepada manusia

Alhamdulillah, setakat ni dapat ingat semua nama students dalam kelas. Bila nama diorang disebut, nampak muka masing2 berseri-seri, "eh cikgu ingat nama aku!" 


Baca post terbaru Ustaz Hasrizal, kebetulan kena dengan isu penghargaan kepada manusia yang aku tengah fikir2... 
"...dalam membina keberkesanan dakwah dan persahabatan, kita tidak akan mampu melakukannya jika kaedah yang dipakai adalah berusaha menjadikan orang lain berminat dengan kita. Bukan soal betul atau salah, tetapi kita menyanggah Sunnatullah. Kita hakikatnya manusia lebih berminat dengan diri mereka sendiri, kita pula mahu mereka berminat dengan kita.
Orang-orang yang berpengaruh dan berjaya dalam hidup ini, biasanya adalah mereka yang selain mematuhi Syariatullah, mereka juga mematuhi Sunnatullah dalam komunikasi. Mereka berminat dengan manusia. Minat yang tidak boleh dibuat-buat, minat yang lahir daripada dalam diri.
Renungi sahaja kisah yang dipaparkan oleh Abbas al-Sisi di dalam bukunya al-Thariq ila al-Quloob(Jalan Menuju Hati) tentang Hassan al-Banna.
Seorang lelaki datang ke Maktab al-Ikhwan al-Muslimoon mahu mendaftar diri sebagai ahli.
Hasaan al-Banna mempelawa beliau duduk dan mencatat namanya, “Muhammad… apa nama keluarga tuan?”
Lelaki itu kaget.
“Bagaimana tuan tahu nama saya Muhammad?” tanya lelaki itu.
“Oh, pernah suatu hari, semasa menunggu keretapi, saya terdengar rakan kamu memanggil nama kamu Muhammad” jawab Hassan al-Banna.
Sungguh luar biasa, bagaimana dalam manusia yang begitu ramai di stesyen keretapi, Hassan al-Banna boleh mengecap pelbagai benda yang berlaku di sekitarnya, termasuk mendaftar nama Muhammad sebagai nama seorang lelaki, yang tidak disangka-sangka pada suatu hari kemudian, dia hadir menjadi ahli."
sentiasa mengagumi Hasan Al-Banna. semoga Allah memberi ganjaran yang terbaik buatnya di alam sana. 
Selain penghargaan melalui nama, kita juga (terutamanya pendidik) perlu untuk sentiasa mengambil tahu tentang latar belakang keluarga, masalah, kelebihan, kekurangan dan perkara-perkara lain yang selalunya tidak didengar oleh orang2 terdekat mereka. Setakat ni, ramai jugak students yang dtg kt aku ceritakan masalah mereka atas alasan... "mak ayah saya tak faham.." "saya xtau nak cerita kat siapa.. boleh ustazah tolong?" "saya malu nak cerita kat kawan2.." "saya percaya pada ustazah.."
sememangnya peranan seorang guru itu sangat BESAR. sedang mencuba utk menjadi 'kawan baik' mereka, supaya mereka ada seseorang utk meluahkan apa yang terpendam dalam hati. Alhamdulillah sedang bergerak ke arah yang lebih baik. semoga Allah sentiasa membantu =)

Comments

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='( 

CINTA. 2015.

Bagi seorg wanita yg bergelar isteri..  Suamilah segala-galanya.. Keluarga dan kawan2 tidak lg serapat dan sering berjumpa seperti zaman bujangan.  Suamilah teman setiap masa dikala susah dan senang..  Suamilah juga tempat bermanja dan tempat meluahkan segala rasa..  Semoga setiap waktu yg terluang bersama menjadi saham akhirat yg terbaik buat isteri Terima kasih buat suamiku yg sentiasa ada disisi.. Yg sentiasa bersabar dgn kerenahku yg ntah ape2.. Kdg2 ok..kdg2 tak..tibe2 suke..tibe2 sedih.. Perempuan mmg cenggituu.. Yg sentiasa menghiburkanku dgn lawak2 xleh blah tahap cipan.. dan menceriakan hidupku dgn joget2nya..haha Walaupun kdg2 dikau agak menyebalkan dan menyakitkan hati..  Dan selalu mcm manusia yg tak normal dan xde perasaan terhadapku..  Aku tetap ada perasaan thadapmu dan menyayangimu sepenuh jiwa dan ragaku.. Ampuniku ya Allah.