Skip to main content

Alhamdulillah, Jihad saya dan mereka =D



Alhamdulillah, rasa bahagia melihat 'JIHAD' mereka di sekolah ni. Walaupun sekarang musim peperiksaan, hafazan tetap diteruskan seperti biasa. Pagi sebelum subuh dan lepas maghrib sampai Isya', mereka ada 'Tahdir' di surau untuk hafazan. Semalam sbelum dan selepas Isya' ramai yang berbaris panjang untuk tasmi' hafazan mereka untuk habiskan 1 juzuk sebelum bermulanya bulan baru, Mac 2012. Ada seorang pelajar yang masyaAllah, sgt bersungguh-sungguh untuk menghafaz, tapi agak lambat @ kurang cemerlang dan tak dapat nak cukupkan minimum 11 mukasurat hafazan dalam sebulan. Subject academic utk exam esok pun xhabis baca lagi... nasihat aku, gi la study dulu Geografi tu bg habis, kalau rasa smbung hafazan dan tasmi' dgn ustazah, mlm ni dtg rumah. Jgn yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Hafazan xboleh, nak jwb exam esok pun xboleh. apa2 pun kena 'balance'. (nasihat utk diri sndiri jugak yang selalu lupaa tentang WASATHIY) 

Say it out loud "I'm living a balanced life!"
Itulah 'kepelbagaian' manusia. Ada yang cepat, ada yang lambat, ada yang lebih, ada yang kurang. kita tidak serupa. bukan semua org senang nak menghafal walaupun 1 ayat. yang cepat tu, Alhamdulillah. yang lambat tu, mungkin kena bg initiative lain pada mereka. untuk bg initiative atau apa2 suggestion, kena tau apa masalah diorang dulu. so, kenalah bertanya.  Alhamdulillah, byk belajar di Khalifah Model School ttg 'perbezaan' pelajar dan creativity dalam menyelesaikan permasalahan. Oh rindunya semua org di Khalifah! ='( sobsobss.... haritu janji ngan Principal Khalifah nak ajar nasyid Hadith part time kat sana, tapi xberkesempatan. I'm so sorrrryyyyyyyyyyy..



Alhamdulillah lagi sekali, sebab dapat join usrah bersama mereka di sini yang dibuat santai2 setiap hari lepas asar. diorang pun seronok sbb ada sorang ustazah yang suka menyempit di celah2 mereka di mana sahaja mereka berada. hehe. kat UK selalu ada usrah, blk Malaysia rasa kosong. mengapakah Ain mengapakah? byk soalan diorg tny, terutamanya psl hati. bagaimana nak menghilangkan sifat riak, ujub, takabbur... bagus budak2 ni. takut nak memberi jawapan sbb yang nak menjawab ni pun, byk masalah dgn hati. sorang student form 1 ni menangis teresak2 dari mula usrah, sampai habis bila kami membincangkan soal ni. takut Allah tak terima amalan dia. MasyaAllah mesti hati dia bersih. senang menangis sbb takutkan Allah. dlm hati aku, mesti mak dia pensyarah/ cikgu (religious-related). nape ek rasa cmtu?? bila tny, mmg betul mak ngn ayah dia pensyarah. mesti selalu ada sesi perkongsian dan perbincangan agama kat rumah. BESTnyaaa... (plan nak message mak dia, mengucapkan tahniah kerana telah melahirkan asset terbaik untuk saham akhirat, dan boleh mintak tips bergunaaa, InsyaAllah. :P )
saya suka usrah @ bulatan gembira di sini!!! 

Alhamdulillah lagi, esok dijemput sbagai ustazah jemputan (wlaupun sbenanya xberapa nk layak) utk menjawab soalan2 'tanyalah ustazah' dari para pelajar. Lepas tu ada program Ulul Albab kat Serting dgn pelajar sampai Sabtu. Alhamdulillah!

1 soalan dah dapat dari student, soalan yg berbunyi "Ustazah, bolehkah saya ber'sms' dengan lelaki yang bukan mahram kerana dia banyak menasihati saya melalui 'sms' itu??

Soalan yang sgt menarik utk diperbincangkan. soalan lazim para remaja. byk benda yg boleh diperkatakan tapi xboleh amik masa yg lama sbb pkul 2 ada prgram.

Semoga Allah melancarkan setiap sebutan, menjauhkan dari memperkatakan ttg perkara yang salah terutamanya yg melibatkan Al-Quran dan Hadith dan semoga Dia mempermudahkan segala urusan.


Comments

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='( 

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...