Skip to main content

bAgaimana Akhlak kita sebagai seorang MUSLIM?


Disebut dalam sebuah athar :

النظر سهم مسموم من سهام إبليس
Ertinya : "Pandangan mata adalah panah beracun dari panahan Iblis" 
( Mirqatul Mafatih, 1/255; Ruhul Ma'ani, 22/7)



sedikit tidak faham dengan kebanyakan lelaki tidak kira lah yg berilmu agama atau tidak, org biasa, yg bergelar ustaz atau pakcik2 kaki lepak di warung2, remaja2 yg tidak tahu untuk menjaga pandangan mereka. selalu rasa tidak selesa untuk melintasi mereka di jalan2 atau dimana2 saja kerana sudah faham perangai mereka yang bukan saja suka memandang, malah mengganggu dgn ucapan dan tindakan mereka yang bodoh. ada di antara mereka yg sgt baik, MasyaAllah menyuruh kami2 ni para wanita menjaga aurat, pakai stoking, pakai tudung elok2, kalau boleh pakai hand sock, bla bla bla...TETAPI mereka sendiri tidak tahu menjaga mata dan hati mereka. asik sibuk cari kesalahan perempuan, diri sendiri sajalah yg betul agaknya.

setahu aku, lelaki tu pelindung bagi kaum perempuan. tapi xtahu kenapa kt Malaysia ni aku TAK dapat rasakan perlindungan dari mereka, sebaliknya rasa sgt tak selamat. sampai kalau nak jalan sorang pun rasa segan, tak berani disebabkan pandangan2 mereka yang sgt mengganggu ni. mana hilangnya rasa hormat mereka pada kaum wanita ni agaknya? kami ni bahan tontonan ke? kami ni bahan permainan, usikan dan senda gurau ke? nak kata pakai pakaian menjolok mata sampai menarik minat mereka, rasa2nya dah cukup tutup dah. mana perginya rasa malu mereka sebagai seorang lelaki Muslim? mana perginya akhlak mereka?

teringat dulu masa zaman muda2 kt sekolah, tny sorang kawan lelaki, kenapa lelaki ni xreti nak jaga mata padahal kami ni dah menjaga sehabis baik dah. kwn lelaki tu kata, “lagi korang tutup, lagi kitorang suka”. statement apakah ini?? habis tu, kalau dah suka, bolehlah tengok dan tonton sesuka hati ikut nafsu? aku tak penah rasa xselamat dgn lelaki2 ‘mat saleh’ kat UK dulu. diorang xpenah pandang kami ni macam objek. kalau bwk brg, diorang akan tanya, boleh saya tolong? kalau jalan sorang2 pun xrasa takut. masa nak balik Malaysia, kena gi Gatwick Airport, London. dari Scotland ke London amik masa dlm 8 jam. beg sgtlah berat dan mmg sgt xlarat nak angkat. tapi sepanjang perjalanan yg panjang bertukar-tukar train & tube, ada saja lelaki2 gentlemen yg tolong. kakak2 senior pun dah pesan supaya jgn risau. diorang kata, “kita bukan kt Malaysia. beg berat tu nnti mesti ada org tolong angkat punya.. betapa respect dan bertanggungjawabnya diorang pada perempuan. padahal diorang agama pun xde. kenapa kita yg ada agama, buat perangai lagi buruk dari org yg xde agama? kita belajar di sekolah2 dan university tentang manusia2 di barat yang sering menjadikan perempuan sebagai objek sex dan betapa rendahnya moral@akhlak mereka serta hinanya perempuan pada pandangan mereka. adakah itu benar??? barat atau kita yang sering melakukan semua perkara buruk diatas??

kalau aku utarakan permasalahan ni pd sesiapa pun, ramai yg akan kata “biasala tu lelaki..” BIASA?? memang biasa bg lelaki yg xtahu agama dan lelaki yg tahu tapi tak mengamalkan apa yg dia tahu. Kalau dah biasa, xpela ye? xpayah buat apa2? biar sampai nnt jadi LUARBIASA. tu bukan lelaki. tu buaya darat. aku faham, mmg perempuan ni ujian bg lelaki. kenapa Allah byk bg warning kt dlm Quran ttg betapa beratnya ujian perempuan ni pada lelaki? sebab utamanya ialah supaya lelaki lebih berhati2 dan menjaga apa yang sepatutnya mereka jaga terutamanya pandangan mereka.  

mungkin kebanyakan para lelaki ni tidak sedar yang mereka benar2 mbuatkan kami rasa sgt sedih, terkilan dan hina disebabkan perlakuan mereka. kita sibuk bercakap ttg hukum itu dan ini. tapi kita selalu lupa tentang perkara yg lebih penting iaitu AKHLAK. kan seronok kalau Rasulullah ada lagi...mesti dia akan buat something utk selesaikan masalah lelaki gatal dalam Malaysia ni  supaya kami kaum wanita ni berasa aman dan selamat dari pandangan liar mereka. sebab tu lah Islam menyuruh kita supaya  ‘mencegah dari berubat’ yg sgt penting dalam merawat pelbagai penyakit yg melanda umat Islam ini, Islam menganjurkan umatnya lelaki dan wanita supaya menundukkan pandangan.  Menundukkan pandangan bukan bererti menundukkan kepala sehingga berjalan terlanggar tiang!


video yg menarik ttg menjaga pandangan






ما من مسلم ينظر إلى محاسن امرأة ثم يغض بصره إلا أخلف الله له عبادة يجد حلاوتها
Ertinya : Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada kecantikan wanita kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali Allah s.w.t  akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya (Riwayat Ahmad & At-Tabrani , Ibn kathir, 3/283, Ibn Kathir & Al-Munziri : Dhoif dan Ibn Kathir berkata , boleh diguna dalam hal galakkan)

Comments

  1. Assalamualaikum.. Penerangan saudari sungguh terkesan.. terima kasih atas peringatan tersebut.

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam.. sama2. yang baik semuanya datang dari Allah =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='( 

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...