Skip to main content

HIKMAH KEBIJAKSAAN~


    Ada sesuatu yg berlaku di hari Konvensyen Fiqh berlangsung, sesuatu yg menyebabkan aku terfikir tentang hikmah. Bagaimana untuk memgetahui yang kita ni bertegas atau tgh marah. atau tegas dan marah tu dah bergabung maka, hilanglah hikmah tersebut. Sesuatu yang sgt2 menguji kesabaran aku, sebab aku ni mmg sgt susah nak menunggu. tgu nasik ayam dekat sejam dlm keadaan tidaklah lapar pun sbb dah penat menunggu. dah tny 3 kali, makcik, lama lg ke nasik ayam sy ni? 3 kali juga jwpn yg sama diberi "sekejap ye".  dlm kepala aku, “lagi sekali aku tny, dia bg jwpn yg sama, mmg la makcik ni”. tapi fikir, mcm mn nak ckp ngn dia dgn berhikmah sbb ada ramai org tgh beratur. kena jaga muka dia, dan muka sendiri. maka jam pun kemudiannya menunjukkan pkul 1.30. soalan yg sama ditnya, jwpn yg sama diberi, maka dgn bestnya mulut aku terkeluar “makcik, ada ke tak sebenarnya ni, kalau xde cakaplah xde, sy boleh cancel je. dah 45 minit sy tgu ni makcik”. dan tiba2 boleh nmpk kecuakkan di wajahnya. maka dgn terkulat-kulatnya makcik tersebut baru memberitahu kpd chef dibelakang, “nasik ayam special 1, nasi ayam crispy 2”.  Ya Allah baru nk bgtau makcik? sy tny dh 3 kali, kalau sy x sound mmg makcik x order pun la ye? mmgla makcik ni mnguji kesabaran sy ni makcik. mmgla makcik. terima kasihla makcik. (dalam hati)

     Teringat Rasulullah yg sgt byk cabaran, dikeji, dihina, dibaling batu, diletakkan najis, tapi masih boleh bersabar dan berdoa utk kebaikan mereka. Macamana nak bersabar mcm tu. 

Imam Al-Qurtubi kata “hikmah adalah pendekatan yg lembut serta jauh dari ungkapan kasar dan kesat”. Astaghfirullah. ada sedikit kekasaran pd nada suara saya. susah sikitlah rasanya utk berlembut dlm situasi yg mcm tu. Dr. Abu Fath al-Bayanuni kata “Al-Hikmah adalah ketepatan dlm ucapan dan tindakan”. Astaghfirullah. mungkin ucapan @ ayat tu kena improve sikit. mcm mn agaknya ye?. Dr. Ziyad Mahmud pula kata bahawa “hikmah itu meletakkan sesuatu pd tmptnya, dan memberikan sesuatu sesuai pd keperluannya serta jauh drpd sebarang kebodohan dlm setiap tindakan”. rasanya tindakan aku utk tegur makcik tu x lah bodoh. mmg kena tegur tapi mgkin cara ckp tu sedikit bodoh sbb xbuat ayat dan bercakap dgn baik. 


Ayat ni betul2 terkena pada batang hidung aku “Allah memberikan hikmah kebijaksanaan kepada sesiapa yg dikehendakiNya. Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil  pengajaran melainkan org2 yg menggunakan akal fikirannya”. (Al-Baqarah: 269)

   Maknanya, sy masih belum ada kebaikan yg byk. kerana belum berhikmah. Nasihat bersama terutamanya utk diri sendiri,
  • 1.      Sila IKHLAS dalam setiap ucapan dan amalan. (mungkin haritu niat utk tegur tu sebab marah, bukan sebab betul2 ikhlas utk memberitahu bahawa nasi ayam diperlukan sekarang!!)
  • 2.      berTEPATAN amalan dgn apa yg disampaikan. ni yg plg susah nk buat. easy said than done.
  • 3.    KELEMBUTAN dalam mengendalikan manusia @ mad’u. (nak berlemah lembut masa tgh geram mmg susah tapi Malaysia boleh!)
  • 4.   BERHATI-HATI dalam setiap ucapan dan tindakan. (tindakan yg tidak berhati-hati telah dilakukan kerana syaitan menguasai diri)
  • 5.      Sentiasa BERSABAR dan MEMAAFKAN serta BERTOLAK ANSUR. (saya boleh! sbb sy ummat Rasulullah yang sgt penyabar dan suka memaafkan!)
    So harini kena tmbahkan doa semoga Allah menganugerahkan kpd kita semua hikmah kebijaksaan supaya tidak melakukan perkara yang tidak menyebabkan penyesalan di kemudian hari.

Comments

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='( 

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...