"...Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (al-Hadiid: 20)
banyak kali aku baca ayat Al-Quran yg mengatakan yang dunia ni hanya kesenangan yg menipu, hanya perhiasan dan permainan yang memperdayakan..ia hanya sementara, hanya tempat persinggahan... tapi adakah aku benar2 faham maksud menipu dan memperdayakan tu?? DUNIA = TIPU. Tipu maksudnya tidak betul. semua yg aku ada skrng ni hanya penipuan semata2..xde harga..duit yg aku ada ni sebenarnya xde value..yg akan mjadikan dia valuable adalah bila aku spend dia di jalan Allah..sbb dgn spending lillahi ta'ala tu, aku akan dpt pahala utk bekalan hari akhirat yg tiada lagi tipu daya.. tu lah sebenar2 kehidupan. maka, buatlah pilihan. kita mahu kehidupan dunia yg menipu atau kehidupan akhirat yg sebenar2 kehidupan. marilah sama2 menabung amalan utk hari yg kita benar2 hidup!
Sebenarnya, kehidupan di dunia tidak sempurna dan tidak berharga jika kita bandingkan dgn kehidupan abadi di akhirat. Untuk menggambarkan hal ini, dalam bahasa Arab, dunia mempunyai konotasi “tempat yang sempit, gaduh dan kotor”. (sumber: http://hadisyara.blogspot.com) Manusia menganggap usia 60-70 tahun di dunia sangat panjang dan memuaskan. Akan tetapi, tiba-tiba kematian datang dan semua terkubur di liang lahad. Sebenarnya, ketika kematian mendekat, baru disadari betapa singkatnya waktu di dunia. Pada hari dibangkitkan, Allah akan bertanya kepada manusia.
“Allah bertanya, ‘Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?’ Mereka menjawab, ‘Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung.’ Allah berfirman, ‘Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui.’ Maka apakah kamu mengira bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (al-Mu’minuun: 112-115)
aku selalu rasa attach dgn dunia terutamanya dgn manusia. skrng aku dah mula takut+sedih utk balik Malaysia sbb aku bakal tinggalkan kawan2 baik aku kat bumi Scotland ni especially K.Sue..ni lah di antara ujian yg aku rasa agak berat utk aku pikul... ujian yg bermain dgn emosi. aku boleh terima ujian susah xde harta benda, ujian sakit, ujian gagal dalam hidup tapi aku susah utk terima ujian perpisahan dalam perhubungan dgn manusia.....maybe sebab tu lah Allah tak pernah lagi uji aku dengan ujian kematian org2 yg aku sayang. sebab aku masih belum mampu utk pikul ujian macam tu. dulu masa tok sakit aku xboleh tidur, xlalu nak makan, asik nangis dan memang aku kena jaga dia kat hospital sebab aku rasa tak sedap hati kalau dia takde depan mata.... aku dapat rasa yg aku senang utk rapat + attach dgn org especially perempuan. lelaki susah sikitla aku nak rasa camtu. bahaya. hehe. sampaikan bila ternampak atau terserempak dgn org yg aku kenal, walaupun tak rapat, aku rasa happy. rasa macam ada taman dalam hati.. hehe. ni lah ujian yg Allah bagi maybe Allah nak suruh aku belajar cara utk handle ujian mcm ni. tapi sampai sekarang aku masih x mampu nk handle. Tapi aku yakin akan ayat Allah:
لاَ يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Al-Baqarah:286)
Aku rasa Allah akan bg ujian kematian dan ketiadaan org yg aku syg 1 hari nanti dan jika bukan kematian org, mungkin kematian diri sendiri yg sebenarnya lebih menyedihkan dan menakutkan. maka, perlulah bersedia dan menyiapkan bekalan yg sewajarnya supaya tidak menyesal di kemudian hari. Astaghfirullah..macam mana agaknya masa tu..semoga Allah ambil nyawa kita ketika iman kita berada di tahap tertinggi, dan aku berdoa semoga dpt mati dlm syahid.. so, boleh masuk syurga =) sgtlah tak layak..tapi tolonglah sayee Ya Allah.. saye xnak masuk neraka walaupun 1 saat..tolonglah Ya Allah tolonglah.........sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, kasih sayang dan rahmatMu sangat luas..maka berilah kami rahmat dan kasih sayangMu disaat tiada siapa yg dpt memberinya kpd kami selainMu Ya Rabb.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.” (Al-Baqarah:201)
“Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).” (an-Naazi’aat: 37-39)
Nauzubillahi min zaalik.
Semoga Ya Allah, Engkau tanamkanlah rasa cintaku yang tertinggi hanya padaMu supaya aku tidak merasakan yang aku memiliki sesiapa hatta diriku sendiri dan semoga aku dapat menerima segala ujian KEHILANGAN DUNIA DAN ISINYA dengan tenang dan redha kerana aku telah pun tau yg semuanya hanyalah sementara, penipuan dan tipu daya yg sungguh memperdayakan......janganlah Engkau biarkan aku terperangkap dalam tipu daya dunia yang menipu ini...
Comments
Post a Comment