Skip to main content

Allah certainly has unique ways to show His LOVE ~MAS AFZAL.

Pagi ni tengok balik blog Allahyarham Mas Aszal yang telah kembali kepada PenciptaNya, Rabbul 'Alamiin tahun lepas.. http://masafzal.blogspot.com Sesunguhnya Allah benar-benar akan menguji setiap dari kita ni mengikut tahap kesanggupan yang mampu kita pikul. Subhanallah... Aku dapat lihat yg Mas Afzal sgt2 tahu dan faham yang segala yg berlaku dan terjadi terhadap dirinya adalah ujian, rahmat dan kasih sayang dari Tuhan.. 


Salah 1 ayat Mas Afzal yang sgt terkesan di hati......

"Thank you Allah, that you are putting me in such test, so that I can become a better servant of Yours. Bersangka baiklah dengan Allah." Tabarakallahu ahsanul khaliqiin.. May Allah grant you his Jannatul Firdaus dear brother..


Jom sama2 tgk video ni ~ "This was a farewell-like gathering for Allahyarham Mas Afzal the night before he left Sheffield for Malaysia back in January 2010. The main praying area of the masjid was full with people,  it wasn't just Malaysians who came, but also Arabs, Asians, Turkish, to name a few. All in the name of Muslim brotherhood." 

Bagaimana beliau yang mengidap cancer yang sgt kritikal masih lagi boleh tersenyum dan sentiasa bersyukur pada Allah dan aku ni kadang2 baru sejuk sikit, sakit badan sikit, dah mengeluh..Astaghfirullah.. maka, perlulah menambah kesyukuran pada Allah yang nikmatNya tidak dpt dihitung. Terima Kasih Ya Allah atas nikmat mata yang masih mampu melihat.. tangan yang masih mampu menulis, jari yang masih mampu menekan keyboard, kaki yang masih mampu berjalan dan duduk dengan sempurna, wajah yang tidak ada cacat cela, aqal dan hati yg masih boleh berfikir dgn baik... dan setinggi2 kesyukuran pada nikmat iman dan Islam yang masih kekal hingga ke hari ini. semoga tidak ditarik segala nikmat kesihatan dan kesempurnaan tubuh badan ini gara-gara ketidak syukuran yang kadang2 tidak disedari terucap dari mulut yang sgt mudah membuat dosa...... 


Afzal is laid to rest at the foot of his grandma's grave in Sungai Marong, Bentong. Pahang. -Mama Afzal.
Seseorang mukmin yang meninggal dunia seperti yang disebut dalam sebuah hadis seumpama seorang yang keluar ke alam yang lebih luas. Dunia ini bagi seseorang beriman adalah seumpama penjara, maka kematian baginya adalah seperti seorang yang baru bebas daripada kesempitan penjara dunia. Seorang sahabat Rasulullah bernama Abu Darda' pernah ditanya, apakah yang kamu sukai diberikan kepada orang yang paling kamu sayangi. Beliau menjawab, aku suka orang yang aku sayangi diimpa kematian. Kerana kematian bagi seseorang beriman adalah kerehatan kepada susah payah di dunia dan pintu masuk untuk menikmati ganjaran baik dari Allah swt di alam baqa'.


Performing Maghrib prayers --> Allahyarham masih tetap menunaikan kewajipannya sbgai seorg Muslim. bagaimana boleh ramai Muslim di luar sana yg sihat tubuh badan, dan menikmati segala nikmat Tuhan, tapi ingkar dlm mematuhi perintahNya?


The eyes tear
The heart is in pain
But (with my tongue)
I will only say that which is pleasing to Allah ~Mama Afzal




Semua kita akan mati. cuma cara kematian itu saja yang berbeza.. ada orang yang mati kerana sakit, ada yang disebabkan kemalangan & bencana alam..dan ada juga yang mati tiba2 tanpa sebab.. tak kesah lah cara apa pun kematian itu menjemput, yang paling penting semoga kita pergi mengadap Ilahi dalam keadaan kita telah pun bersedia.. hutang telah habis dibayar, segala urusan dgn manusia telah diselesaikan, kemaafan dari Tuhan dan manusia telah berjaya didapatkan..dan semoga dimatikan dalam syahid, dalam redha Ilahi, dan dalam keadaan iman kita berada di puncak yang tertinggi, InsyaAllah...

“Strength does not come from physical capacity. It comes from an indomitable will.” -Thanks a lot Mas Afzal for the reminder. 

Comments

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='( 

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...