Skip to main content

Isu: Sexuality Merdeka. Bible. Marilah kita sama2 fikirkan wahai Ulul Albab sekalian!

Terlalu banyak perkara yg kita sebagai Muslim perlu fikirkan sedalam-dalamnya dan buat perubahan kerana disebabkan kesempitan pemikiran kita ni lah Islam dipandang oleh non-Muslim sebagai agama yg zalim, kejam, tidak berperi kemanusiaan dan kolot. sekarang ni ramai sdg memperkatakan ttg isu ‘Sexuality Merdeka’ dimana golongan Lesbian, Gay, Bisexual, Transexual, Intersexual and Queer (LGBTIQ) ni mahu menuntut hak asasi kemanusiaan mereka dari segi undang2 dan mereka juga mahu kita sama2 dengar dan fahami mereka. Kita perlu faham yang memang ada segelintir kecil golongan manusia yang diciptakan Allah yang mempunyai permasalahan kecelaruan identiti gender kerana faktor biologikal, penderaan-penderaan fizikal, seksual, psikologi, emosi dan mental atau faktor-faktor persekitaran yang lain. Jadi kita perlulah lihat pada tujuan sebenar mereka, jika mereka mahu memperkatakan sesuatu, maka rasanya tidaklah salah untuk kita mendengar. Tetapi jika program yg mereka adakan adalah utk mempromosikan gay dan transeksual, maka itu sememangnyalah patut ditentang habis-habisan..




Isu homosexuality ni dah berlaku sejak zaman nabi Lut lagi dan ia bukanlah 1 isu baru dan taboo bagi para pengkaji dan pemikir.“Daripada aspek hukum sehingga bagaimana masyarakat sewajarnya menyantuni isu ini telah dibahaskan dengan begitu panjang lebar oleh para sarjana. Sayangnya, sikap masyarakat Islam yang tidak berupaya mencedok dan menghadam perbahasan tersebut dengan berhati-hati telah menjejaskan imej yang ingin kita potretkan kepada Islam. Islam bukanlah agama hukuman sebagaimana yang difahami oleh kebanyakkan Muslim. Bahkan ia adalah agama yang penuh dengan kasih sayang dan mempromosikan keamanan sesuai dengan maknanya – sejahtera. Trend beragama di Malaysia sangat membimbangkan, kita terlalu rigid dan menyempitkan agama di dalam perkarangan masjid dan surau sahaja.” (Quoted from Afiq M.Noor- http://www.freemalaysiatoday.com/2011/11/04/islam-dan-homoseksualiti/)


Allah juga berkata di dalam Al-Quran: Maka menerusi belas kasihan Tuhanlah kamu [Wahai Rasul] berlemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri darimu. Maka maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan bagi mereka; dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan awam…..”  [3:159]

Setuju dengan kenyataan Ustaz Harizal dimana "kelompok LGBT itu memperjuangkan tuntutan mereka pada apa yang mereka lihat sebagai sebahagian daripada hak asasi manusia, kebebasan membuat pilihan dan desakan agar masyarakat menghormatinya. Kita pula melihat tuntutan mereka itu hanya sekadar memenuhi kehendak penis dan vagina. perjuangan mereka kelihatan seperti punya asas pemikiran dan undang-undang. Manakala bantahan kita yang mencarut, memaki hamun dan mengutuk, kelihatan dungu dan tidak berasas". (quoted)

Kita puak2 ‘meLAYU’ ni suka menghakimi org, pndg serong kt org, as if we are better. kita tak belajar untuk dengar, lihat dan faham dgn hati dan aqal yg waras, sebaliknya kita berfikir ikut emosi dan tanpa menyelidiki mengapa terjadinya hal2 seperti itu? seorg bapa sanggup membunuh anaknya yg ‘gay’ tanpa cuba utk bertanya dan mengambil tahu mengapa dia memilih jalan itu? bukankah lebih baik utk kita selesaikan sesuatu permasalahan itu bersama, berfikir dan berusaha mencari jalan keluar kerana anak tersebut pun mungkin tidak tahu bagaimana utk keluar dari permasalahan tersebut kerana tidak ada siapa yg mahu meminjamkan telinga mereka dan meluangkan sedikit masa utk mereka, maka pergilah mereka mencari rakan2 yg boleh memahami dan makin terjebaklah mereka dalam gejala yg tidak dihalalkan agama tersebut.. maka siapakah yg bersalah? adakah mereka saja yg salah dan kita sentiasa betul?

Aku bukanlah menyokong homosexuality kerana Islam pun tidak pernah bersetuju dengan isu ini tetapi Islam adalah agama yang sangat menghormati hak peribadi individu sehingga Allah menegaskan di dalam Surah Al – Hujarat ayat 12:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang..”

Dalam hal intip mengintip ni pun, kita perlu bertanya kepada jabatan2 agama yg suka membuat pengintipan terutamanya dlm kes khalwat dan zina. Adakah Islam membenarkan pengintipan? Setahu aku tidak pernah lagi aku terbaca atau terrbelajar tentang kebenaran pengintipan. Adakah para ustaz, ustazah dan cendekiawan di jabatan2 agama tidak tahu ttg kesalahan mengintip dan mencari aib orang, kemudian menyebarkannya ke dada-dada akhbar? bukankah SEMUA yg mereka lakukan adalah dosa? tidakkah mereka tahu? Bukan tugas pemerintah Islam untuk mengintip dan mencari-cari kesalahan dan maksiat individu yang dilakukan secara tertutup dan tersembunyi.  Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dawud bahawa Muawwiyah mendengar Rasulullah (S.A.W) bersabda:

“Sesungguhnya engkau, jika mencari-cari keaiban orang ramai, nescaya engkau merosakkan mereka atau hampir merosakkan mereka”



Aku juga setuju dgn kata2 tajam saudara Afiq "Ketirisan dalam pentadbiran kerajaan merupakan satu dosa, penganiayaan terhadap buruh juga adalah satu dosa,membolot harta kekayaan negara untuk kroni dan keluarga juga adalah satudosa. Bahkan ianya lebih besar dan wajar untuk kita ambil peduli kerana ia melibatkan harta rakyat dan negara. Ia bukan maksiat peribadi". Pihak polis sibuk mengharamkan perhimpunan golongan (LGBTIQ) ini,akan tetapi tidak pula sibuk melihat diri sendiri mahupun golongan2 yang suka mengambil rasuah, memakan harta org lain tanpa belas kasihan.. mereka perlu adil kerana dosa tetap dosa. mana boleh kita mengambil sebahagian dan menolak sebahagian yg lain. tidak ada casta dlm Islam maka, setiap yg bersalah tidak kiralah org biasa atau pemerintah, atau pihak berkuasa, hatta sultan dan raja sekalipun perlu dihukum jika mereka melakukan perkara yg dilarang agama.mengapa mereka tidak pula sibuk mengharamkan segala kegiatan yang tidak baik yg berlaku dlm organisasi mereka sendiri dan dlm kerajaan? adakah semua perkara yg tidak bermoral dan bertentangan dgn agama yg dilakukan oleh mereka adalah ringan berbanding homosexuality? 


Dulu masa kat sekolah, ramai bagi nasihat kat aku supaya jgn baca Bible nanti sesat. dan sekarang aku dpt rasakan yg bila baca Bible, lg kuat keyakinan aku pd Islam sbb Bible tu byk cerita karut.. tak munasabah langsung dan tak logik pun pada fikiran waras kita.. oleh yang demikian, wahai rakan2 yang telah dikurniakan hati dan aqal yang baik oleh Allah, tanpa cacat cela, boleh berfikir dan membuat pilihan, jgnla risau kalau nak baca Bible, atau kitab2 agama lain.. takkan sesat punya, insyaAllah..aku memang tertunggu2 terjemah Bible ke Bahasa Melayu, so senang sikit nak baca dan faham.. tapi tu pun ramai yang tak setuju. mengapa ya? adakah anda pernah membaca Bible atau terbaca? dan pernahkah anda merasa keimanan anda tergugat bila menyentuh hatta memandang Bible sekalipun? alangkah ruginya kita jika berfikiran sempit sebegini.

Begitu juga dengan kes nk buat church, tokong besar2 kt Malaysia.. ramai juga yang mengamuk xtentu pasal.. risau sgt pd pembinaan rumah ibadat org lain.. bukan ke Islam tu agama yg adil? kenapa kita boleh buat masjid besar2 kt Malaysia, tp org yg beragama lain xboleh buat tmpt ibadat diorang besar2? kita ni mcm insecure sgt..kenapa? tokong2 tu boleh buat kita sesat ke? lemahnya iman penduduk Islam malaysia kalau mcm tu. Adakah iman kita selemah itu? adakah????

Allahu a'lam..Allah knows best. Ramai juga yg x bersetuju dgn pendapat aku kerana setiap org ada pendapat dan worldview yg berbeza. hanya Allah sj yg tahu siapakah yg benar dlm segala perkara yg diatas. Jika aku tersalah, semoga Allah memberikan petunjukNya dan mengampunkan segala dosa2 yg sememangnya sgt biasa dilakukan oleh manusia yg hina dan kerdil seperti aku. masih banyak yg perlu dipelajari dan difahami... semoga aqal yang Allah berikan ini digunakan utk berfikir perkara2 yg baik2 sahaja dan semoga dijauhkan dari berfikir perkara2 yang tidak mendatangkan manfaat didunia dan diakhirat... Oh Allah berikanlah kepada kami ilmu yang berguna dan ilmu yang benar!



Comments

  1. huhu~ biasa la tu..kite jd cmni sbb frame of reference kite. our paradigm mmg cmtu..kite ssh nk ubah our reference box since we dont c another boxes.. sbb tu cm agk jrg kite jmpe commoner dpt think out of the box. ak pn teringin nk baca bible tu..nak sgt tau ap yg dorg tulis..tggu je la bible dlm bhasa mlayu..hehe~ ak rs org kite takot sbb dorang tkot tpesong kot..tgk je la, islam kite cmne. cam sekadar atas nama je.. wallahu'alam.

    ReplyDelete
  2. kite ni org melayu byk sgt dpt informasi yg salah. pastu kite tak diajar utk berfikir..asyik2 kena ikut ckp org tua..Islam tu dh mcm agama nenek moyang, kena ikut org. org ckp ape, kite terima je tanpa fikir. klw ade smone yg buat lain sikit dr kebiasaan, semua akn ckp die sesat.pdhal kite sndiri yg sesat lg menyesatkan..... x ke pelik, klw kite fikirla kan im..dlu ms kt smakl kakak2 kata kt aku..jgn PEGANG Bible nnt sesat. mcm mn dgn hanya pegang, boleh sesat? sgtla TAK LOGIK.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Generasi baru Ulul Albab insyaAllah!

sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka, generasi Ulul Albab MRSM Gemencheh Program Ulul Albab di MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) Gemencheh ialah satu program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz al-Quran. Program pembudayaan Al Quran di MRSM Gemencheh ini bukan saja untuk para pelajar, tapi juga ia melibatkan para staff dan guru. Buat para staff, setiap hari akan dimulai dengan Pengajian Al-Quran,tafsir,Tajwid dan tazkirah. Bermula jam 8.00 hingga 8.30.  gambar copy paste je di  http://www.mrsmgemencheh.com MasyaAllah sy sgt kagum dengan Tuan Pengetua dan Timbalan-timbalan beliau serta guru-guru yang sangat dedikasi & komited di sini. Mereka sangat productive dan bersemangat waja! dalam menjadikan MRSM Gemencheh ini sebagai sebuah insitusi pengajian yang bukan setakat mengajar, tetapi 'mendidik' akhlak dan jiwa kami. Saya kagum dengan moto baru maktab ini, "MENDID...

sambungan... kenangan di Majlis Perkahwinan kami 1 Februari 2014

Lepas proses akad nikah solosai pada jam 12 tghari, kami berdua pulang sebentar ke rumah utk bertukar pakaian pulaaaa... mmg agak kelam kabut sikit.. time tu lah sebenarnye yg 'peak hour'. ramai betul yg dtg masa kami balik rumah tu... dan disebabkan itu, ramai jugalah tetamu yg kami tidak berkesempatan untuk berjumpaaa  =( maaf seribu kali maaf kpd para tetamu.. jam 1.30 tghari kami tiba semula di masjid Usamah bin Zaid tersebut utk majlis seterusnya..  ni lah rupa dewan untuk majlis kami di dewan Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, KL... Alhamdulillah sgt mengikut tema =D saye sukeee! ketibaan pengantin... tanpa bunga manggar dan tanpa pengapit! kompang juga tiadaaaa...hehe.  cuma disambut dgn student yg begitu teruja melihat ustaz dan ustazah mereka berkawennn.. hohoho Maka sesi senyum dan bersalam-salaman pun bermulaaaaa =) ni pengapit on the spot. adik2 iparku yg hensem dan santek.... hihihi kegumbiraan yg jelas terpancar.. semuga g...

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...