Skip to main content

My new Pakistani friend~



MasyaAllah Allah pertemukan aku dgn seorang lagi kawan yg baik, Nasrin. Dia ada 4 org anak. Aku suka tgk anak2 dia, 2 org twins- Safa dan Marwa, anak sulung dia, Muzdalifah dan anak lelaki dia Arqam. 
cantik sangat Safa & Marwa ni MasyaAllah..

Husband dia ni kawan aku kt college. buat PhD. dia sgt suka budak2..setiap hari mesti mintak kat kawan aku Elly utk tgk Bushra.. =)

Nasrin, Bushra (Elly's Baby) and Arqam

suka sgt tengok diorg..cantik dan baik =)


Subhanallah diorang sangat baik..kadang2 aku balik terawih ngan dia. dlm kereta, aku dpt tgk betapa rapatnya relationship Nasrin, husband dia dan anak2..Subhanallah.. aku selalu tny die apa tips kebahagiaan die? hehe.. menyebok x? =) dia kata, dia ngn husband die mcm bestfriend..hubungan diorg lebih kepada kawan, MasyaAllah. semua benda diorg share sama2.. xde apa2 rahsia..dan dia kata husband dia sgt loving..sama macam dia.. dan dia kata hidup dia bukanla xde masalah..masalah tu ade especially bab duit.. susah sgt..dia kena kerja kat sini jaga anak org, jadi cleaner..tapi jd cleaner kt cni biasela.. aku pun cleaner jugak. hehe. sebab xleh keje lebih 20 jam per week, so cleaner je la yg suit utk time mcm tu. 

dia cerita jugak, sister dia kaya, banyak duit, rumah besar, kereta besar, byk barang kemas.. tapi bagi die, die taknak semua tu. dia kata "I don't want all those things.. I just want happiness. Happiness that comes from my spouse and children..''setiap hari kalau aku jumpe die, dia muka die sentiasa ceria. Aku suka sgt tgk family diorang. Anak2 dia sgt rajin.. diorg kecik lg.. safa & marwa umur 9 tahun. tapi diorg xboleh tgk rumah bersepah. diorg dtg rumah Elly, masuk je terus kemas rumah. Nasrin kata diorang mmg cmtu.. dia mmg ajar anak dia, rumah kena sentiasa bersih. dan sebelum tidur, kena pastikan rumah bersih. kalau x, jgn tidur. dia xgarang langsung. cuma firm. dia kata ''Sometimes I feel really tired, but my children always help me doing housework without I'm asking them. I pray to God may Allah give them his guidance and help bcoz they always make me happy" Tabarakallahu ahsanul khaaliqiin...

banyak aku belajar dari dia, dan dari org sekeliling aku kt cni, Alhamdulillah.. semua baik2 dan insyaAllah boleh dijadikan bekalan utk masa hadapan =) semoga aku dapat jadi mcm tu.. aku nak rasa apa yg dia rasa.. RASA BAHAGIA. bahagia kerana berjaya mendapatkan penyejuk mata dan hati..

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. slam,
    Lovely memories with Malaysian friends.
    thank you for your comments and pictures here on this blog. I cant understand Malay but it sound nice like you people, always smily and polite. May Allah keep you smily!
    Nasreen Aziz
    my facebook page
    http://www.facebook.com/arqam.alhadeed

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='( 

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...