Skip to main content

Sape SETH TAN? setan ke?


Aku yg kat Scotland ni tertanya2 sapeeeela Seth Tan yg orang dok sebut2 kat facebook tu? Orang jahat ke? Kenapa Setan? dah xde nama lain? So, semangat ingin tahu itu muncul tiba2 dan aku pun google la. Ohhh.. baru tau ada cerita baru kat Malaysia dan Seth Tan ni telah menjadi kegilaan ramai gadis2, ibu2, makcik2 dan nenek2 yang suka menonton TV di Malaysia. 

Aku x brape suka sgt pun tgk drama Melayu ni sbb menyampah. Ade je adegan benci membenci, dengki mendengki, xde ke cerita yg lebih membahagiakan sikit? Sama la macam cite Nora Elena ni. Tetibe adela watak Yvonne yg jahat dan pendengki tuh. (wlaupun sbenanya kesian gkla kt die sbb dia mmg suka sgt kt Seth kan) Pastu dengan tak logik nya kawan2 rapat dia si Malik ngan sapetah nama prempuan tu, x faham2 yg Yvonne ni ade hati kat Seth. Sungguhla x logik. xkanla korang x nmpk memek muka dia yg penuh dgn dendam dan sakit hati tu? Nama pun drama kan.. klau x macam tu, xjadila drama. Dulu aku ade sorg kawan ni keje die mngomen je. ade je yg salah dekat drama tu.' eh, ko jela yg jadi pengarah drama tu boleh?' kata aku. sekarang aku plak dah jadi cam dia. Alamak, sorry ja.... =) lain kali x buat lagi. lepas ni kite 2 boleh jadi  pengkritik drama2 melayu. 

Ok sambung.Yg lagi aku pelik... ramai yang kata.. 'xde dah laki melayu mcm tu..' 'ala drama je tu, reality xde dah' Oh Yeke? aku rasa adeje.. yang lagi baik dari Seth tu pun ade. Package siap ada agama lagi. xdela teruk sgt pun laki2 melayu ni sbenanya. eh..xleh underestimate. skrng ni dah ramai yg dapat kesedaran utk mjadi muslim yg lebih baik. so jgn risau wahai rakan2 ku sekalian, adeje laki yg leebih baik dan lebih gentle dari Seth tu. cuma yg penting kita kena jadi baik dulula kan.. tu janji Allah 'lelaki yg baik utk perempuan yg baik'. tapi biasalah, setiap org x perfect. masing2 ade kekurangan. Klau nak bahagia, kite perlu focus pd yg positive dan yg negative tu kite cubalah ubah. InsyaAllah keluarga yg bakal dibina akan lebih bahagia dari Seth tan dan Nora Elena. No worries!

Last but not least, aku rasa perlu jugk aku ucapkan terima kasih kt pengarah drama Nora Elena ni sbb dia telah cuba utk tunjukkan sifat2 baik seorang lelaki dan perempuan dan mungkin dgn adanya drama yg mcm ni, ramailah manusia2 diluar sana dan disini juga yg boleh mencontohi sifat2 yg baik tersebut. Mungkin budaya melayu yg tak brape nak romantik dan mesra dgn isteri selepas kawin perlu diperbetulkan. Sebelum kawin, mcm2 bagi, klau boleh semua nak bagi. tido x lena, mandi x basah, makan x kenyang.. lepas kawen.. kau buatlah kerja kau, aku buat kerja aku.ceh, hampehh!! xleh2.. sangat2 x betul.. 

Sedikit peringatan buat diri,

Firman Allah yang bermaksud: “Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik". [Surah al-Nur, ayat 26]
 Maksud “baik” dalam ayat di atas merujukan kepada sifat secara keseluruhan yang menonjol pada diri seseorang seperti kejujuran, kesopanan, kerajinan, banyak melakukan amal salih dan sebagainya. Namun sebagai manusia, di celah-celah kebaikan yang banyak menonjol akan tetap ada kekurangan. Maka kekurangan dan kelemahan ini tidak membatalkan kebaikan mereka yang banyak, sebaliknya menjadi cabaran untuk memperbaiki dirinya.
Merujuk kepada kehidupan sebagai pasangan suami-isteri, maka hendaklah setiap individu memilih bakal pasangannya yang baik. Akan tetapi di sebalik kebaikan itu tentu wujud satu dua kekurangan dan ini bukanlah sesuatu yang berbeza lagi menyelisihi ayat 26 surah al-Nur di atas. Sebaliknya ia menjadi cabaran kepada setiap pasangan untuk saling memohon maaf, memaafkan dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan itu secara bersama.
(Taken from HafizFirdaus)

So, bagaimana anda mendefinasikan baik? Adakah rajin itu baik, melakukan banyak amal soleh itu baik? Solat itu baik? Apakah maksud baik itu? 

Bagi saya, baik tu adalah 
  • budi pekerti yg mulia/ akhlak yg terpuji yg apabila kita bersama dgn sesiapa shj, org akan senang dgn kita. 
  • 'Means kite x suka buat hal, cari gaduh, cari pasal dgn org, dendam, hasad dengki, maki hamun, marah xtentu pasal, dan bersangka buruk terhadap org lain. (pelik knapa manusia ni suka dengki kt org, xboleh tgk org lain senang) Oh dan plg sy benci ialah bomoh membomohkan org ni. Nauzubillahi min zaalik. semoga Allah jauh kita dr perkara2 syirik ni. sbb tu setan ngn hantu byk kat malaysia~ sbb org malaysia suka layan diorg.  
  • bg sy, seseorang yg baik tu bukan shj mpunyai hubungan yg baik dgn   Tuhan, tapi dia juga mpunyai hubungan yg baik dgn sesama manusia dan juga makhluk yg lain.  
  • dan org yg baik xkan suka utk judge sape baik, sape tak. Tu bagi sy, urusan Tuhan. Siape kita utk kata org lain x baik? sape kita utk kata die susah utk msk syurga? sapa kita utk kata org tu x baik masa hidup dia, nnt mati masuk neraka? adakah kita tau segala2nya? bg sy, org yg baik ialah org yg memandang pd dirinya sndiri dahulu dan berusaha utk memperbaiki dan cuba utk membantu org lain ke arah lebih baik. 
Jadi bagaimana anda mendefinasikan baik? Adakah seperti Seth Tan atau Nora Elena?   

Comments

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='( 

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...