Skip to main content

I'm interested in Politics? OMG!!

baca Rausyanfikir pny blog. MasyaAllah dia tu sgt bagus. baca 1 post psl org2 dlm politik kt Malaysia.. and overall, it is interesting. maybe dia pandai menyusun kata2. aku x berminat sgt pun sbenanya psl politik2 ni. tpi mungkin aku minat jugak la nk tau ttg pemimpin2 kite kt Malaysia tu kan.. Wan Faisal ni tulis psl 3 pemimpin yg hebat kat Malaysia: Mahathir, Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz.


This is according to him.. and I totally agree! 
Dr. Mahathir adalah seorang Melayu yang mempunyai karisma dalam bidang pentadbiran,percaturan ekonomi dan pembangunan.Tidak sia-sia beliau digelar Bapa Pembangunan.Jika beliau adalah seorang diktator,ya...beliau adalah seorang diktator Melayu yang berjaya membawa orang-orang Melayu menyedut bau penghawa dingin di dalam KLCC dan LRT.Putrajaya,adalah nama ibukota kerajaannya yang baru sebagaimana kerajaan Mala-Khmer memindahkan ibukota mereka ke Angkor pada masa-masa yang lalu.

Tidak dinafikan segala sumbangan beliau dalam arena material dan kebendaan di Malaysia.Jika tidak asbab inisiatif beliau,Malaysia mungkin lebih lambat atau tiada langsung untuk mempunyai industri kereta sendiri.Orang Melayu yang disangka tidak mampu membuat apa-apa walaupun sebatang jarum telah mampu mengeluarkan kereta sendiri.Kesampingkan pesimis-pesimis yang berkata itu dan ini.Jepun yang dikagumi mereka itu sebenarnya bermula sebagai penciplak dan peniru paling licik dan profesional.Teknologi Jepun yang menjadikannya hebat kini bermula dari kaedah meniru ciptaan orang-orang Barat seterusnya membaikinya sedikit demi sedikit.

Malangnya,beliau seorang yang 'lack of manner' dalam bidang pembangunan insan dan agama.Beliau bukanlah orang yang boleh disebut-sebut telah mencipta sejarah dalam arena kemajuan agama secara hakikatnya di Malaysia.Di zaman beliau,semua media dikawal dengan sebaiknya.SEmua orang termasuk kawan dan lawan merasa gerun dengan karisma kediktatoran beliau.Kaum-kaum lain juga hanya berani berbisik di dalam kelambu mengenai isu Ketuanan Melayu dan DEB.Tidak seperti hari ini apabila Ketua Neo-Chauvinist Marxisme di Pulau Pinang mengumumkan DEB akan dihapuskan segera secara terbuka dan berani.Dalam kes lain,perbuatan mengangkat keris sahaja dikatakan mengancam kaum lain.Jika ini terjadi di era Dr. Mahathir,sudah tentu orang ini akan 'layak digelek ditengah jalan'.

tapi bagi saya, NOBODY'S PERFECT. mungkin dia tersilap langkah dan mungkin telah pun menyesali apa yg beliau telah lakukan.

Bagaimana dgn Dato' Seri Anwar Ibrahim? (DSAI). 
Beliau seorang yang penuh karisma sebagai pemimpin pelajar,peneraju kesatuan dan pertubuhan,amir gerakan yang punya visi dan misi yang mantap.Percakapannya memukau,gerak tubuhnya kena dengan situasi dan auranya begitu menyilaukan.Beliau pada mulanya berjuang di dalam ABIM,sebuah NGO berteraskan perjuangan islah agama namun segan untuk 'menikah' dengan PAS,sebuah gerakan Islam berteraskan politik.Ini kerana percaturan beliau yang selama ini dimpikan ialah;memasuki UMNO yang diketahui umum sebahagian besar gerakan islah agama sebagai organisasi sekular yang sakit,memulihkan dari dalam,menerajuinya dan mungkin...menggabungkannya dengan ABIM dan PAS.Sungguh indah percaturan manusia bernama Anwar Ibrahim ini,kalau benar seperti yang dimpikannya maka begitu suci niatnya untuk memulihkan penyakit UMNO yang membarah dan berdarah.Betapa manisnya umat Islam jika cita-citanya tercapai.


Namun,panas yang disangka hingga ke petang,rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kisahnya hingga kini sgt menyayat hati dan sgt2 menhinakan.. semoga Allah memberikannya bantuan. 

Kita boleh cuba buktikan analisa ini menggunakan logik ringkas berkenaan "mengapa DSAI seorang pemimpin yang hebat".
Logik 1: DSAI seorang pemimpin yang hebat. Mengapa beliau hebat?


Logik 2: DSAI hebat kerana petah berbicara, wibawa intelektual, empunya fikrah Islami etc. Mengapa beliau mempunyai semua itu?


Logik 3: DSAI mempunyai semua itu melalui pengalaman yang ditimbanya dari zaman muda hinggalah sekarang. Bagaimana beliau menimba pengalaman?


Logik 4: DSAI menimba semua itu melalui pendidikan formal (sekolah, universiti) dan tidak formal ( usrah, aktivisme). Siapa yang mendidik beliau sehingga jadi begitu?


Logik5: DSAI dididik oleh ramai ilmuan yang hebat seperti Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas,Pak Natsir, Imaduddin, Prof. Ismail al-Faruqi, Edward Said etc. disamping minat membaca beliau yang cukup tinggi sewaktu zaman mahasiswa sehinggalah kini. Apa yang menjadikan guru-guru dan DSAI hebat?


Logik 6: Guru-guru dan DSAI menjadi hebat dan "melebihi" orang lain adalah kerana ILMU yang dimiliki mereka.


Kesimpulan: Ilmu adalah Kuasa. Kuasa adalah Pengaruh. Pengaruh adalah kemenangan Politik
MasyaAllah di mana boleh kita cari pemimpin yang begitu merendah diri seperti ini? May Allah reward him better!!

Kita beralih pula dengan seorang lagi pemimpin Melayu. Beliau bergelar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.Beliau berjuang atas nama agama Islam.Beliau bukan sahaja dilihat sebagai seorang pemimpin politik,tetapi seorang pemimpin spiritual.Beliau mempunyai visi untuk menubuhkan negara Islam yang menegakkan hukum Allah di Malaysia.Tiada apa lagi yang dapat di ulas berkenaan manusia bernama Nik Aziz ini.Dia bukan seorang pemimpin negara. Dia hanya ustaz biasa yang bergelar Mursyidul Am Pas.itu sahaja.Noktah.

Ketiga-tiga manusia ini masih menerajui organisasi masing-masing kecuali yang pertama.Ketiga-tiga mereka bertanggungjawab dengan persoalan;mengapa tidak duduk berbincang dan bersatu sahaja?Ketiga-tiganya telah memotong kek perpaduan Melayu-Islam kepada tiga bahagian.Tiga bahagian ini cukup untuk menghuruharakan Melayu yang memiliki dilemanya sendiri dipanggil Dilema Melayu.

Doakan mereka yang menerajui tiga parti terbesar orang Melayu-Islam ini supaya diberi ilham dan hidayah oleh Allah Azza Wa Jalla supaya duduk berbincang menyelesaikan pertelingkahan yang ada. JIka Mahathir...ya tidak mustahil Najib sendiri secara tiba-tiba bertukar menjadi pembela agama yang teguh,insyaAllah sudah pasti The Hidden Hand akan mendapat stroke secara tiba-tiba.JIka Anwar Ibrahim tiba-tiba membubarkan partinya dan mengajak semua penyokongnya memasuki Pas dan dikuti pula tanpa banyak soal oleh para pengikutnya,maka terkejutlah Dajjal Komunis.Akan gagallah segala perancangan laksana roket yang meletup sebelum sempat berlepas ke angkasa. -Rausyanfikir. 

Tulisannya membuatkan sy terfikir ttg sesuatu. 

Semoga segala2 pulih dgn baik di Malaysia. Amiin Ya Rabb.  

Comments

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='( 

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...