Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab. Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus. Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam. Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah lari dari membuat
Astaghfirullahal 'azim! Aku memohon ampunan dariMu Ya Allah yang Maha Agung! Salams. Harini saya berpeluang mendengar nasihat tentang Istighfar dari Abi Quraisy Shihab. Ia berkaitan dengan makna Istighfar. Istighfar itu bukan sekadar memohon ampun dan kemaafan tetapi juga bermaksud menutupi dan memperbaiki. Point2nya: 1) Kita memohon setiap hari agar Allah menutupi keaiban2 kita yg banyak. Setiap masa kita melakukan dosa secara sedar mahupun tidak. 2) Allah menutupi dosa2 kita terhadapnya dan terhadap makhluknya. Jika kita sentiasa beristighfar, Allah akan mengampuni dosa2 kita terhadapNya dan Allah sendiri akan membayar dosa yg kita lakukan terhadap sesama makhluk. Kerana itu, Istighfar itu harus sentiasa berada dibibir dan dihati pada setiap masa. 3) Allah juga menutupi isi perut kita, dalaman badan kita yg penuh kekotoran... jika terbuka.. semua dapat melihat betapa kotor isi dalamnya. 4)Kita juga meminta Allah memperbaiki keadaan kita supaya menjadi lebih baik. Kita terlal