Skip to main content

Pray for 10 MUHARAM yeay!!!

InsyaAllah jika tiada perubahan tentang masalah "Placenta Previa" saya ni, doktor dah tetapkan tarikh 3 November 2014 untuk ceaser. kena potong2 lah pulakkkk!! takpe yang penting 'mini me' sihat sempurna dan selamat dilahirkan ;D Sehari sebelum Raya Haji haritu tok dan mak datang melawat. Tok kata 3 November tu bersamaan dgn 10 Muharam.. cek2 balik.. Aah la... 10 Muharam! Macam besttttt je. hihi. mula2 takut gak nak kena operate.. tapi bila tau tarikh ni mcm best.. dan byk peristiwa2 besar tjadi masa 10 Muharam ni.. rasa mcm xsabar pulak nk tunggu 10 Muharam ;) ohh rupanya mini me nak keluar 10 Muharam ye.....pandailah anak mama ni!


Berkenaan dengan 10 Muharam semua kita sedia maklum ttg kebesaran hari ini, mengapa Rasulullah s.a.w menamainya dgn 'Hari Asyura' dan menggalakkan kita untuk berpuasa. 

Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru 

berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada 
hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi 
tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, "Hari ini Allah 
memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka 
kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi saw:



"Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu."


Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain 
kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada 
keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini. 
Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan, "Barangsiapa yang berpuasa 
pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun." Maksud hadis 
ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan 
bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, 
Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.

Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari 
Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari." Jawab 
Rasulullah, "benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari 
Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan 
laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan 
menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub. Pada hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan terjadi pada hari Asyura."

Ni adalah dari pembacaan sy yg tak tahulah betul ke tak... cuma yang pentingnya.. jgnlah kita lupakan 1 lagi peristiwa besar yg terjadi pada 10 Muharam ini iaitu Peristiwa Karbala.. tentang syahidnya Imam Hussein, cucu kesayangan Nabi di tangan Yazid bin Muawiyah. Cuma sekarang dah tak ramai org memandang pada peristiwa ini. Mungkin takut di gelar syiah apabila bercakap tentang ahlul bait Nabi s.a.w. Dasyat betul fitnah akhir zaman ni ye.. saya pun baru disedarkan oleh inche' suami yg mulia.. TQ abangku cayang ;D




"10 Muharam Pencatit Sejarah Islam hanya mencatitkan peristiwa itu dan ini.

10 Muharam yg dilupai satu peristiwa hitam dlm kehidupan Ahlulbaitnya Nabi.
10 Muharam sangkanya itu cuma tarikh pembunuhan anak Ali cucunya Nabi.
10 Muharam tersirat pembunuhan Sayyedina Hussein "Anak Mukjizat Nabi".
10 Muharam terselamat Sayyedina Ali Zainal Abidin penyambung warisan Nabi.
10 Muharam tarikh pembaiahan AlMahdi Nasab AlHussein dari Sulbinya Nabi.
10 Muharam kewafatan AlHussein disitu AlMahdi dibangkitkan akan menerajui.."

-(QUOTED SOMEWHERE) ANONYMOUS

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAIYIDINA MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD.


Last but not least, semoga 'mini me' sihat, sempurna, diberikan Allah rupa paras yang cantik dan semoga dimuliakan Allah nanti dengan ketinggian Al-Quran, ketinggian Ilmu dan budi pekerti yang mulia. 
Ni doa mama untuk sayang ;D Amiin Ya RaBB



Comments

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='( 

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...