Skip to main content

Mukashafah Al-Qulub by Al-Ghazali


Buku Mukashafah Al-Qulub ni ditulis oleh Imam Al-Ghazali dan sangat gojes untuk dibaca =D baru pinjam buku ni kat library MRSM Gemencheh yg indah lagi membahagiakan ini. banyak bab2 yang menarik yang sangat baik untuk dijadikan panduan hidup @ pengubatan penyakit hati dan jiwa. Patutla Imam Al-Ghazali sgt zuhud pada dunia, rupa2nya kerana dia memiliki byk ilmu terutamanya ilmu kejiwaan (rohani). dia sanggup tinggalkan semua kemewahan dunia, pangkat besar yang dia ada, nama yg sangat masyhur, dan pergi ke tempat di mana org tidak mengenalinya supaya dgn itu, dia dapat mengeluarkan dianya dari sifat riak dan takabbur dan dari segala tipudaya dunia.


Al-Ghazali kata, “Sesungguhnya nafsu yang memerintahkan kejahatan itu lebih memusuhimu daripada Iblis. Iblis & syaitan hanya memperalatkan nafsu untuk menguasaimu. Maka janganlah tertipu. Watak nafsu adalah berasa aman, suka berlengah-lengah, bersuka-suka dan bermalas-malas. Setiap rayuannya adalah batil dan palsu belaka.Jika engkau lemah melawannya, lalu mengikuti keinginannya, tentulah dia melemparkanmu ke neraka. Nafsu tidak pernah menuju kepada kebaikan. I asumber bencana. Dialah markas iblis serta tempat segala keburukan yang hanya diketahui oleh Allah. Ingatlah yang nafsu adalah berhala. sesiapa yang menuruti nafsu bererti menyembah berhala”. dusshh! pedih sungguh ayat ini. saye xnak sembah berhala!

Nabi Sulaiman pernah berkata: “Sesungguhnya mengekang nafsu itu lebih sulit daripada membuka sebuah kota sendirian”.

Ali bin Abi Talib juga berkata: “Aku dan nafsuku bagaikan pengembala dgn kambingnya. Jika aku menahannya dari 1 sisi, dia melompat dari sisi yang lain. Brgsiapa yang dapat menjinakkan nafsunya, dia akan dibungkus dengan kafan rahmat dan dikubur dalam bumi karomah. Tapi brgsiapa membunuh hatinya, terbungkuslah dia dalam kafan laknat serta terkubur dalam bumi azab!”.

Zahya bin Muaz r.a. berkata: “Perangilah nafsumu dgn taat dan riadhah (latihan rohani). Riadhah adalah dengan
  1.   mengurangi tidur – akan mengurangi kehendak
  2.   mengurangi makan – sedikit makan dapat melembutkan hati, memberikan cahaya dan menundukkan syahwat
  3.   mengurangi bercakap – sedikit bercakap akan terselamat daripada bencana
  4.   dan menahan kepedihan daripada makhluk. – dapat menghantar kita sampai ke puncak (kebaikan)

cahaya hikmah adalah lapar. kenyang dapat menjauhkan seseorang daripada Allah. Rasulullah telah bersabda

“Terangkanlah hatimu dengan lapar. Perangilah nafsumu dengan lapar dan haus. Serta sentiasalah mengetuk pintu syurga dengan lapar. Sesungguhnya pahala demikian itu bagaikan pahala pahlawan membela agama Allah. Dan sesungguhnya tidak ada amal yang lebih disukai Allah daripada lapar dan haus. Tidak akan masuk ke kerajaan langit seseorang yang memenuhi perutnya dan kehilangan lazatnya beribadah”.
Luqmanul Hakim juga pernah berpesan kpd anaknya :Janganlah engkau banyak tidur dan makan kerana brgsiapa memperbanyak keduanya, pada hari kiamat dia miskin amal soleh.

Rasulullah juga pernah bersabda “janganlah engkau membunuh hatimu dgn banyak makan dan tidur. sesungguhnya hati akan mati bagaikan tanaman jika tergenang air”.

“sesungguhnya syaitan itu menjalar dalam tubuh manusia bagaikan aliran darah. Maka bendunglah aliran itu dengan lapar!” bahaya yang paling besar bg manusia ialah syahwat perut. Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga kerana perut dan pada dasarnya, perutlah sumber segala syahwat.  dan brgsiapa menyirami tubuhnya dengan syahwat, bererti dia telah menanam pohon penyesalan dalam hatinya.

Sebab itulah Rasulullah bersabda, “Jihad yang paling utama adalah memerangi nafsu”.

memanglah untuk memerangi nafsu tu adalah jihad yg terbesar sebab bukan senang nak mengalahkannya, selalunya manusia sering menuruti kata nafsu. terutamanya nafsu perut.

Kite pagi2 lagi dah fikir pasal makan. nak breakfast ape? tengahari makan lagi. petang nak makan ape pulak ye? malam pun kena makan, kalau x, tidur tak aman perut bunyi2. at least makan biskut ke..roti ke..buah ke.. hmmm… teruk  betul perut ni. rasanya, kalau tak puasa, perut ni susah nak berlapar. baru rasa lapar sikit2, dah terus rs nak makan. Astaghfirullah.  (kesian perut dipersalahkan. padahal nafsu yg salah kan??kalau perut boleh bercakap, mmg dia dah complaint dh kat kita, apesallaaaa engko ni asik makan je? cuba2la bertahan sikit.. ) kdg2 org kata, xpe, “makan selagi boleh makan”. mmglah boleh makan, tapi kalau dilihat dari perspektif akhirat, salah pepatah tu. sorang kawan saya kt Glasgow, org pgil dia Che’ An. dia kata, sebenarnya perut dah xnak dah makan, tapi mulut tu asik kena sumbat je”. nak salahkan tangan ke sebab sumbat ke dalam mulut? diri sendirila yg salah sebab ikut kata nafsu yang asik NAKKKK je. bahaya betulla nafsu ni kan.
"Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.Apakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah menjadi bangkai,tentulah kamu sekelian benci memakannya."
next, nafsu bercakap. mulut ni kalau xcakap xboleh. nama pun mulutkan. apa guna ada mulut kalau tak cakap, an an? kalau cakap benda baik xpe, mmg sgt2la digalakkan. tapi kalau sembang kosong?? selalunya akan termasuk bab manusia lain, tu dah jadi mengumpat. haaa bila dah masuk bab mengumpat ni, lagilaaa nafsu suka. kalau cakap pasal keburukan org lain tu, wahhh marvelous! bestnya! memang DIA JAHAT! memang, memang, sokong sokong! die je la yg tak baik. kite je la yang baik kan.kan. untung org yg diumpat tu. boleh dapat pahala free. mesti dia bye bye kat kita masa dia nak masuk syurga.

pastu nafsu tidur. tidur ni memang best. bak kata P.Ramlee ‘seperti dunia ana yang punya’ disebabkan keBESTan tidur ni. kalau solat subuh tu xde, mmg sampai ke petangla kot kite tidur. sebab tu lah Allah suruh kita bangun tahajjud, bangun solat subuh, supaya kita lawan nafsu kita tu. apa faedah tidur lama2 kan? lagi penat adala.  Bak kata Saidina Abu Bakar As-Siddiq “org itu tidur melulu bagaikan bangkai terbuang..” sebab apa? salah 1 sebabnya ialah kerana banyak makan. maka lemahlah tubuhnya dan beratlah matanya.. dan tidurlah dia bagai bangkai yg terbuang. Nauzubillah!

so, jom kita sama2 baca buku Imam Al-Ghazali yg best ni untuk kebaikan bersama dunia akhirat. dan jom sama2 kurangkan makan, cubalah berlapar sikit. xpayahlah mulut tu asik nak mengunyahje. jgnlah diikutkan sgt nafsu makan tu.. (tgh praktis lapar ni.. padan muka nafsu xdpt makan ikutsukahati harini. kahkahkahkahkahkah) dan kurangkanlah bercakap, (banyakkan baca buku, kan lebih baik) kurangkan tidur…..(rs nya mcm dh kurang, tp mungkin kena kurangkan lagi!)

nasihat yg pertama-tamanya untuk diri INI sendiri!  Rabbi yassir wa laa tu’assir Ya Kariim!

Comments

  1. mulut dan nafsu mmg xdpt dipisahkan..byknye antara kita hanya terdorong oleh nafsu bak raksasa Gordon dlm setiap hal keduniaan, bila sampai bab ibadah xpulak nafsu tu membuak2..terus je lesu dlm ibadah...Mengumpat ni penyakit..macamana nk ubati penyakit tu kenelah operet hati dulu n basuh dgn air zam2..Mustahil..so hantarlah hati ke bengkel2 repair hati kat masjid2 atau tempat2 yg ada malaikat yang membentangkan sypnye.."majlis ilmu dan amal'..Insyallah bulatan gembire sazah akan mengubat penyakit hati..1 lagi perlunye kita menjauhi majlis lagha..atau sembang kedai kopi yg xbermanfaat...

    ReplyDelete
  2. Thank you for sharing this. Sedang mengkhatamkan buku ini juga. Buku ni banyak mengingatkan tentang akhirat dan cara - cara menyucikan jiwa cara Islam. Semoga Allah merahmati roh Imam Al - Ghazali dan memberikan ganjaran atas ilmu yg telah dikongsi. Aameen

    ReplyDelete
  3. ustz: harap2la bulatan gembira dpt mbantu sedikit walaupun xbyk
    k.mun: best kan buku ni, masyaAllah. semoga Allah memberikan syurga buat Imam Al-Ghazali =D

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..
    Boleh saya tahu kat mana nak dapatkan buku ni?
    terima kasih..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='( 

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...