Skip to main content

Jangan ikut nafsu dan setan dalam meguruskan harta amanah Allah~

ni lah tempat shopping kami zaman muda2 dulu di DUNDEE Darul Ukhwah, Scotland. 


"eh cantiknyee baju ni...Nak beli boleh tak?" soalan yang selalu saye tanya pada sesiapa yang ada bersama kalau pergi membeli belah.
"Kan Ain dah ada banyak baju?" kata K.Su. 
"Memanglah.. Tapi baju ni cantik.. pastu murah pulak.. time tengah diskaun ni la nak beli...bolehla K.Su.." <sambil kenyit2 mata>    ^.^
"Belilah kalau Ain rasa boleh bagi jawapan yang valid pada Allah nanti bila Allah tanya kenapa beli baju tu padahal dah ada banyak baju...". lebih kurang mcm ni lah jawapan K.Su. (of course la K.Su xberapa nak cakap Melayu kan..)
"hmm... oklah tak jadilah beli. Thanks K.Su.." 

Ni lah antara perbualan dengan K.Su yang sangat2 memberi kesan pada hati.  sbb tu saye sukee kwn ngn K.Su..dan selaluuuu igt k.Su walau di mana saya berada, sebab dia selalu igtkan sy pd Tuhan =') Sekarang kalau nak beli apa2, mesti teringat ayat K.Su yg di atas. "kalau Allah tanya kenapa beli baju tu, nak jawab apa?" boleh ke kata sebab baju tu cantik? atau baju tu murah@ tgh sale, sebab tu saye beli.. hmm.. valid ke jawapan tu?

Masa sembang2 ngan Husna, sorang lagi kawan kat Aberdeen, dia tanya, mesti ke beli kalau sale? mesti ke? mesti ke? time sale la setan byk kt shopping mall tu nak suruh kita membazir. 

kesimpulan yang saye dapat, kita beli sesuatu brg tu bukan sebab sale, bukan sebab cantik, bukan sebab menarik, tapi sebab PERLU. Beli hanya bila perlu. bila beli sbb murah@kalau x sale mmg xde harapan nak beli, dan sebenarnya tak berapa perlu, kita akan menjadikan brg yang kita beli tu hanya sebagai koleksi di rumah. 

semua yang Allah bagi kan amanah. Amanah untuk kita betul2 jaga. kalau ada duit lebih, drpd gunakan duit tu utk beli brg2 yang xberapa nak perlu, seperti baju, kasut, beg, modified kereta, atau membeli brg2 perhiasan rumah yg berlebih2an, kan lebih baik kita sedeqahkan duit tu kat org yg lebih memerlukan? kan Rasulullah suruh kita byk kan bersedeqah, wlaupun hanya dgn sebiji tamar? kerana sedeqah ni dapat selamatkan diri kita dari api neraka yg mengerikan. 

saye mmg suka beli baju. pantang tgk baju cantik. dulu suka beli winter coat.
asal cantik je beli, pastu pakai sekali je, pastu tak pakai dah sbb winter 4 bulan je.lepas tu dah musim bunga (spring).mesti syaitan bergembira kerana dah berjaya membawa saya ke lembah pembaziran. Astaghfirullah! 

Sangat takut dgn sabda Rasulullah s.a.w ni .. Imam Ahmad dan An-Nasa'i meriwayatkan drpd Jabir bin Abdillah: "Suatu hari Rasulullah s.a.w memakan sebiji kurma dan meminum air sejuk bersama-sama Abu Bakar dan Umar. Baginda lalu bersabda mafhumnya: 'Demi Allah, kita akan ditanya tentang nikmat ini pada hari kiamat kelak". 

Jika sebiji kurma pun akan dipertanggungjawabkan, bagaimana dengan segala benda yang lain yg kita ada? dan kemudian kita bazirkan? dan kemudian kita jdikan koleksi di rumah? dan kemudian kita tak memikirkan ttg org lain? bagaimana dgn makanan yg selalu terbuang?bagaimana dgn baju yg byk2 dalam almari sdgkan ramai di luar sn yg xde baju? bagaimana dgn ratusan, ribuan, jutaan ringgit yg tersimpan dalam akaun kita? dan kita hanya menyimpan utk diri sndiri tnpa memikirkan ttg org lain? mesti kalau tiba2 mati, kita rasa sgt menyesal sbb x share duit yg ada dlm bank tu dgn org lain terutamanya yg memerlukan. 


sedih tgk gamba ni........... ='( adakah kita memikirkan ttg mereka di jalanan? yg xde rumah? yg xde makan? yg xde pakaian? adakah?

p/s: kalau nk beli apa2 pun, tanya diri sendri dulu, "Adakah barang yg sy beli ni perlu atau sekadar utk kepuasan diri sendiri @ ikut nafsu? dan adakah brg yg sy beli ni mendatangkan kebaikan buat sy DUNIA DAN AKHIRAT? Kalau dunia je... xbermanfaat pd akhirat, xperlula kot nk beli. 

Semoga Allah sentiasa memberikan kita petunjukNya dan menjauhkan kita dari segala perkara yg boleh menjatuhkan kita ke lubang neraka Jahannam!

Comments

  1. Teriam kaseh ingatkan...selama ni mmg byk beli brg tuk narsu je, nk bergaya, nk nmpk best di sis org len padahal xmeri mnfaat pd org lain, x mendekatkan diri pada tuhan...terbaek..!!!

    ReplyDelete
  2. MaashAllah Aain, such a good reminder to myself!!! Jazakillahu khairan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Generasi baru Ulul Albab insyaAllah!

sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka, generasi Ulul Albab MRSM Gemencheh Program Ulul Albab di MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) Gemencheh ialah satu program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz al-Quran. Program pembudayaan Al Quran di MRSM Gemencheh ini bukan saja untuk para pelajar, tapi juga ia melibatkan para staff dan guru. Buat para staff, setiap hari akan dimulai dengan Pengajian Al-Quran,tafsir,Tajwid dan tazkirah. Bermula jam 8.00 hingga 8.30.  gambar copy paste je di  http://www.mrsmgemencheh.com MasyaAllah sy sgt kagum dengan Tuan Pengetua dan Timbalan-timbalan beliau serta guru-guru yang sangat dedikasi & komited di sini. Mereka sangat productive dan bersemangat waja! dalam menjadikan MRSM Gemencheh ini sebagai sebuah insitusi pengajian yang bukan setakat mengajar, tetapi 'mendidik' akhlak dan jiwa kami. Saya kagum dengan moto baru maktab ini, "MENDID...

sambungan... kenangan di Majlis Perkahwinan kami 1 Februari 2014

Lepas proses akad nikah solosai pada jam 12 tghari, kami berdua pulang sebentar ke rumah utk bertukar pakaian pulaaaa... mmg agak kelam kabut sikit.. time tu lah sebenarnye yg 'peak hour'. ramai betul yg dtg masa kami balik rumah tu... dan disebabkan itu, ramai jugalah tetamu yg kami tidak berkesempatan untuk berjumpaaa  =( maaf seribu kali maaf kpd para tetamu.. jam 1.30 tghari kami tiba semula di masjid Usamah bin Zaid tersebut utk majlis seterusnya..  ni lah rupa dewan untuk majlis kami di dewan Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, KL... Alhamdulillah sgt mengikut tema =D saye sukeee! ketibaan pengantin... tanpa bunga manggar dan tanpa pengapit! kompang juga tiadaaaa...hehe.  cuma disambut dgn student yg begitu teruja melihat ustaz dan ustazah mereka berkawennn.. hohoho Maka sesi senyum dan bersalam-salaman pun bermulaaaaa =) ni pengapit on the spot. adik2 iparku yg hensem dan santek.... hihihi kegumbiraan yg jelas terpancar.. semuga g...

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...