Terlalu banyak perkara yg kita sebagai Muslim perlu fikirkan sedalam-dalamnya dan buat perubahan kerana disebabkan kesempitan pemikiran kita ni lah Islam dipandang oleh non-Muslim sebagai agama yg zalim, kejam, tidak berperi kemanusiaan dan kolot. sekarang ni ramai sdg memperkatakan ttg isu ‘Sexuality Merdeka’ dimana golongan Lesbian, Gay, Bisexual, Transexual, Intersexual and Queer (LGBTIQ) ni mahu menuntut hak asasi kemanusiaan mereka dari segi undang2 dan mereka juga mahu kita sama2 dengar dan fahami mereka. Kita perlu faham yang memang ada segelintir kecil golongan manusia yang diciptakan Allah yang mempunyai permasalahan kecelaruan identiti gender kerana faktor biologikal, penderaan-penderaan fizikal, seksual, psikologi, emosi dan mental atau faktor-faktor persekitaran yang lain. Jadi kita perlulah lihat pada tujuan sebenar mereka, jika mereka mahu memperkatakan sesuatu, maka rasanya tidaklah salah untuk kita mendengar. Tetapi jika program yg mereka adakan adalah utk mempromo...