Skip to main content

I Love ISTAC - Garden of Knowledge and Virtue

Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas


MELANGKAH ke pintu gerbang Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuala Lumpur, mata terpukau melihat seni bina Maghribi dan Andalusia yang menghiasi landskap di lereng bukit Taman Duta.
Diiringi suasana nyaman, pohon-pohon kurma melatari segenap sudut dan desiran air pancur, keindahan seni bina kampus ini seolah-olah ‘kembali ke zaman kegemilangan tamadun Islam’ suatu waktu dulu.
MasyaAllah!! Kagum dengan kehebatan seorang makhluk dan PenciptaNya. Semua rekaan dan seni bina bangunan ISTAC ini adalah hasil imaginasi seorang Ilmuan dunia, Prof. Syed Naquib Al-Attas.
ISTAC - Beautiful 16th century Spanish architecture right in the middle of Kuala Lumpur. This place should be a hotel more than a post graduate university.

Tahukah anda tentang ISTAC? Anda perlu tahu!

Institut Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam (Istac) yang ditubuhkan pada 27 Februari 1987 diasaskan pengarah pertamanya iaitu Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas.
Istac sebelum ini kampusnya terletak di Jalan Damansara. Namun pada 4 Ogos 2008, ia telah berpindah di atas tanah seluas 4.6 hektar di Taman Duta, Kuala Lumpur. Institut ini menawarkan 10 program dalam lima bidang utama di peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran (Ph.D) mengenai Islam dan tamadun-tamadun lain yang turut merangkumi bidang falsafah, teologi, etnik dan isu kontemporari, sains Islam, dunia kontemporari Islam dan keagamaan.



Perpustakaan ISTAC

Perpustakaan ISTAC menghimpunkan pelbagai koleksi manuskrip, jurnal, monograf dan buku-buku yang menjadi rujukan sarjana Islam dari seluruh dunia. Perpustakaan Istac mempunyai koleksi bahan rujukan beberapa pakar dan ahli penyelidik dalam bidang kajian pemikiran, sejarah, agama, budaya dan tamadun yang kesemuanya berjumlah 40,000 jilid.

Keseluruhan buku yang tersimpan di perpustakaan Istac kini berjumlah 139,801 naskhah. Ia merangkumi 64,237 koleksi am dan rujukan, 26,084 koleksi bersiri, 46,811 koleksi nadir dan khas, 2,554 manuskrip dan 17,922 koleksi dalam bentuk mikrofilem. Perpustakaan ini mempunyai koleksi istimewa lebih 6,000 manuskrip lama.

Perpustakaan Istac juga memiliki jurnal dalam pelbagai bahasa seperti Arab, Parsi, Turki, Urdu dan Melayu serta bahasa-bahasa utama dunia termasuklah bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Rusia, Belanda, Yunani dan Latin.Dengan koleksi khas yang sarat dengan bahan-bahan bermutu dalam bidang agama, falsafah, metafizik, tamadun, sejarah, bahasa dan budayaSumber :IIUM/ISTAC

Seriously masuk je dalam ISTAC ni, terasa macam berada didunia lain... Malaysian people! you should go to ISTAC. tengok gmbar je x best.. kena masuk dalam dan anda akan faham apa yang saya rasa.

Dulu masa belajar kat UIA aku selalu pegi ISTAC sebab diorang selalu buat seminar dan talk. Semoga lepas ni dapat lagi join program2 ISTAC. 


Rausyanfikir.com : "Ketika mana saya bertanya kepada para pensyarah FPSU akan seni bina ISTAC, mereka menjawab ianya mempunyai roh (soul). Susah hendak digambarkan melainkan anda sendiri pernah bertandang ke ISTAC (yang lama). Perasaan yang ganjil menerjah kalbu tatkala menjejakkan kaki ke dalam dewan besar ISTAC. Seperti masuk ke dalam dunia dan zaman lain. Patutlah ISTAC mampu melahirkan ilmuan yang berwibawa, disamping faktor tenaga pengajar yang hebat, persekitaran yang melunakkan jiwa haiwan kepada jiwa hamba yang kudus memungkinkan dinamika pemikiran ketika bertafakkur. Lebih menakjubkan, ISTAC dibina from scratch oleh Prof. al-Attas- dari aspek dimensi fizikal, intelektual dan spiritual. Saya tak pernah jumpa ilmuan se-dinamik beliau lagi".

LOVE ISTAC, 
AynaRazaly

Comments

  1. kat mane ni aina?
    xpnh jumpe pn..huhu~ owh salah..xtahu pn..
    :)

    ReplyDelete
  2. i know, its sooo pretty. i wished it was my own palace or something..lol!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Generasi baru Ulul Albab insyaAllah!

sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka, generasi Ulul Albab MRSM Gemencheh Program Ulul Albab di MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) Gemencheh ialah satu program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz al-Quran. Program pembudayaan Al Quran di MRSM Gemencheh ini bukan saja untuk para pelajar, tapi juga ia melibatkan para staff dan guru. Buat para staff, setiap hari akan dimulai dengan Pengajian Al-Quran,tafsir,Tajwid dan tazkirah. Bermula jam 8.00 hingga 8.30.  gambar copy paste je di  http://www.mrsmgemencheh.com MasyaAllah sy sgt kagum dengan Tuan Pengetua dan Timbalan-timbalan beliau serta guru-guru yang sangat dedikasi & komited di sini. Mereka sangat productive dan bersemangat waja! dalam menjadikan MRSM Gemencheh ini sebagai sebuah insitusi pengajian yang bukan setakat mengajar, tetapi 'mendidik' akhlak dan jiwa kami. Saya kagum dengan moto baru maktab ini, "MENDID...

sambungan... kenangan di Majlis Perkahwinan kami 1 Februari 2014

Lepas proses akad nikah solosai pada jam 12 tghari, kami berdua pulang sebentar ke rumah utk bertukar pakaian pulaaaa... mmg agak kelam kabut sikit.. time tu lah sebenarnye yg 'peak hour'. ramai betul yg dtg masa kami balik rumah tu... dan disebabkan itu, ramai jugalah tetamu yg kami tidak berkesempatan untuk berjumpaaa  =( maaf seribu kali maaf kpd para tetamu.. jam 1.30 tghari kami tiba semula di masjid Usamah bin Zaid tersebut utk majlis seterusnya..  ni lah rupa dewan untuk majlis kami di dewan Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, KL... Alhamdulillah sgt mengikut tema =D saye sukeee! ketibaan pengantin... tanpa bunga manggar dan tanpa pengapit! kompang juga tiadaaaa...hehe.  cuma disambut dgn student yg begitu teruja melihat ustaz dan ustazah mereka berkawennn.. hohoho Maka sesi senyum dan bersalam-salaman pun bermulaaaaa =) ni pengapit on the spot. adik2 iparku yg hensem dan santek.... hihihi kegumbiraan yg jelas terpancar.. semuga g...

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...