Skip to main content

=( Muhasabah diri =)


Tibaa2 baru tersedar yg aku dah lama x puasa sunat..(rasanye lepas terbaca 1 blog ni..dia still puasa Isnin Khamis - dri sekolah smpai sekarang..bagusnya!) kite kena berlumbba2 utk membuat kebaikan! waa... kenape jadi mcm ni? teruknya rasa... dulu masa kt sekolah, smpai masuk U, pastu kerja, aku mesti puasa Isnin Khamis.. masa mula2 datang cni pn aku puasa gk Isnin Khamis.. tapi sekarang ni.. rasa dah dekat 2 bulan x puasa.. asik makan je! makan, makan dan makan.. macam mana perut nak rest?macam2 benefit yg kite bleh dapat dari berpuasa ni.. ni serba sedikit ttg kelebihan berpuasa.. 

 * firstly, berpuasa ni dapat merehatkan kite punya sistem penghadaman.. sistem2 dlm badan kite ni pun nk rest jugak.. asik kerjaja.. mana x sakit.. ~ Provide an opportunity to rest the digestive device,On days when not fasting, digestion tool in the body to work hard, therefore rightly digestion tool given a break.



* secondly, Puasa dpt membersihkan segala kekotoran dalam badan.. segala toksid yg ada.. sbb berpuasa dapat menghasilkan enzim yg boleh membersihkan sekaligus mengeluarkan kekotoran yg ada dlm badan.. dan juga, dapat meningkatkan cell darah putih kita yg mn ianya meningkatkan kita punya immune system~
Clean your body of toxins and impurities (detoxification). By fasting, means restricting calories in our body to produce enzymes that can clean antioxidant substances that are toxic and carcinogenic and expelled from the body.* Increase the number of white blood cells. White blood cell function to ward off disease so that with the addition of white blood cells can automatically boost the immune system. 

*Thirdly, Ia juga dapat menyeimbangkan-*betul ke ni eja?* asid dan alkali dlm badan ~ Balancing the acid and alkaline levels in the body,

* Fourthly, ia dapat memperbaiki fungsi hormon dan memperbaharui cell2 badan ~Improve the function of hormones, rejuvenate the body's cells

* Last but not least,  ia dapat memperbaiki organ kita utk berfungsi dengan lebih baik apatah lg jika kita membuka puasa dgn kurma, buah2an atau madu
~ Improve the function of organs
better if it begins to break their fast by eating a date, or with fruit and drinks are sweet like honey. This doctrine implies health because fruits and sweet drinks that are ready to use fuel that can be immediately absorbed by the body to restore energy after a day the body was not supplied by food and beverages. Glucose contained in fruits and sweet drinks are the main energy source for body cells. Effective glucose needed when the body requires energy input needed.

banyak lagi sbenanye kebaikan berpuasa ni...yg plg best, ia dapat mengurangkan potensi kita utk mjadi gemuk / OBES! 



TAHAJJUD!!!

Daripada Abi Hurairah Radiallahu anhu sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam " solat yg paling baik/ afdhal selepas solat fardhu ialah solat malam yakni tahajjud". (Muslim)

sejak subuh masuk awal ni, aku pyh sikit nk bangun tahajjud.. subuh masuk pukul 3.30... Isya' pkul 9.30.. aku akn tidur pukul 10 dan mmg xlarat sgt nk bangun pkul 3 pagi utk bertahajjud.. selalu aku akn bangun pkul 4.30 atau 5.. mcm mn nk bangun pkul 3? rasa x best plak x bangun solat malam ni.. bila bangun tahajjud ni, rasa dekatje dgn Allah.. smpai aku rs Allah sentiasa memakbulkan doa aku..aku slalu dpt ape yg aku nak.. even benda yg aku xmintak pn, Allah bagi.. aku penah ada 1 problem, org semua dh risau kt aku.. tp aku rasa biaseje..insyaAllah ade jalan keluar.. aku x mintak pun pd Allah supaya tolong aku..tp Subhanallah..Allah itu lebih mengetahui..  belum sempat aku minta, Dia dah bagi aku pertolongan.. Alhamdulillah.. semoga aku sentiasa menjd hambaMu yg bersyukur Ya Allah.. aku rasa TAWAKKAL tu sgt penting.. aku dengar ceramah Dr.Asri ttg tawakkal.. MasyaAllah mmg benar, tawakkal itu sgt ajaib!
Rahsia utk Allah memakbulkan doa kita adalah ~ kita kena pandai merayu padaNya.. dan pujilah Dia dgn nama2 Nya yg baik dan indah.. doalah dengan bersungguh2.. insyaAllah Allah pasti mendengar dan memperkenankan segala permohonan yg terbaik untuk kita.. 

Ya Allah..
Engkau Maha Mendengar, Maha Pengasih dan Maha Penyayang...Hanya Engkau saja yg Maha Mengetahui Segala Isi Hati... 
Dengarlah rintihan hamba-hambaMU ini..

Ya Allah..
Moga kami diberikan kesempatan untuk sentiasa meningkatkan keimanan kepada MU, Ya Allah..
Moga ada ruang buat kami untuk sentiasa mendampingi MU..Ya Allah..

Ya Allah..
Jadikanlah kami..hamba-hamba MU yang sentiasa beramal soleh..
Berilah kami kejayaan di dunia dan akhirat..
AMINN...


http://wwwnurhuda-cahayapetunjuk.blogspot.com ~Tahajjud adalah cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t. Satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan.

Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah.Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi.

Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan.
Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut. Matanya akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuhnya akan menjadi bertambah penat apabila mereka tidur lewat malam kerana asyik menonton tayangan gambar larut malam di kaca TV atau mereka melakukan kerja tambahan lain.

Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah di tengah malam.Iman yang kurang tebal akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya dengan lebih kemas lagi. Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk tidur. Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya.

Firman Allah s.w.t bermaksud:
“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’
(Surah Al-Israk: Ayat 79).

Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula. Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud.

Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya.
Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” 
(Hadis Riwayat: Abu Daud)

bukan senang untuk bangun bertahajjud. tapi kita boleh bangun jika kita betul2 nk bangun..nak seribu daya, tak nak seribu dalih...



Sedekah!!!

Aku dah lama jugk x bersedekah.. mgkin sbb hidup pn cukup makan je kt cni..tp tu xbermakna xpyh dan xboleh bersedekah..sepatutnya, lagi kite xde duit, lg kite kena bersedekah sbb Allah janji yg Dia akan gandakan dgn lebih byk lg rezeki jika kita bersedekah... 

"brgsiapa menginfakkan (meminjamkan) hartanya di jalan Allah dgn pinjaman yg baik, maka Allah akan melipatgandakan ganti (rezeki) kepadanya dengan lebih banyak. Allah menahan dan melapangkan rezeki dan kepadaNyalah kamu akan dikembalikan". (Al-Baqarah:245)

Perumpamaan org yg m'nfakkan hartanya dijalan Allah adalah seperti sebutir biji yg menumbuhkan 7 tangkai, pd setiap tangkai ada 100 biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yg Dia kehendaki. Allah Maja Luas pengetahuanNya, Maha Mengetahui" (Al-Baqarah: 261)

MasyaAllah.. Allah tu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. oleh itu, jgnla kita takut utk bersedekah, utk m'buat kebaikan.. kerana ganjarannya sungguh besar disisi Allah.. kdg2 org takut utk bersedekah sbb takut duit kurang, takut jd miskin, takut org yg mintk sedekah tu tipu... klw org mintk tu bgje.. klw dia tipu pun, kita dah jalankan tggjawab kita, dan Allah tahu yg kita bg dgn ikhlas sbb nk tlg dia, dia pny penipuan tu, serahkan sj pd Allah.. setiap apa yg kita buat pasti akan dibalas dan diperhitungkan seadil2nya.. 

Subhanallah... Astaghfirullah.. Ya Allah bantulah kami menjadi manusia yg lebih baik.. 

true love just for Allah,
AynaRazaly

Comments

Popular posts from this blog

Generasi baru Ulul Albab insyaAllah!

sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka, generasi Ulul Albab MRSM Gemencheh Program Ulul Albab di MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) Gemencheh ialah satu program pendidikan integrasi antara program pendidikan sedia ada (Sains Tulen) dengan program aliran agama termasuk Tahfiz al-Quran. Program pembudayaan Al Quran di MRSM Gemencheh ini bukan saja untuk para pelajar, tapi juga ia melibatkan para staff dan guru. Buat para staff, setiap hari akan dimulai dengan Pengajian Al-Quran,tafsir,Tajwid dan tazkirah. Bermula jam 8.00 hingga 8.30.  gambar copy paste je di  http://www.mrsmgemencheh.com MasyaAllah sy sgt kagum dengan Tuan Pengetua dan Timbalan-timbalan beliau serta guru-guru yang sangat dedikasi & komited di sini. Mereka sangat productive dan bersemangat waja! dalam menjadikan MRSM Gemencheh ini sebagai sebuah insitusi pengajian yang bukan setakat mengajar, tetapi 'mendidik' akhlak dan jiwa kami. Saya kagum dengan moto baru maktab ini, "MENDID...

sambungan... kenangan di Majlis Perkahwinan kami 1 Februari 2014

Lepas proses akad nikah solosai pada jam 12 tghari, kami berdua pulang sebentar ke rumah utk bertukar pakaian pulaaaa... mmg agak kelam kabut sikit.. time tu lah sebenarnye yg 'peak hour'. ramai betul yg dtg masa kami balik rumah tu... dan disebabkan itu, ramai jugalah tetamu yg kami tidak berkesempatan untuk berjumpaaa  =( maaf seribu kali maaf kpd para tetamu.. jam 1.30 tghari kami tiba semula di masjid Usamah bin Zaid tersebut utk majlis seterusnya..  ni lah rupa dewan untuk majlis kami di dewan Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, KL... Alhamdulillah sgt mengikut tema =D saye sukeee! ketibaan pengantin... tanpa bunga manggar dan tanpa pengapit! kompang juga tiadaaaa...hehe.  cuma disambut dgn student yg begitu teruja melihat ustaz dan ustazah mereka berkawennn.. hohoho Maka sesi senyum dan bersalam-salaman pun bermulaaaaa =) ni pengapit on the spot. adik2 iparku yg hensem dan santek.... hihihi kegumbiraan yg jelas terpancar.. semuga g...

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...