Skip to main content

MEMILIH DAN DIPILIH =)





Sebelum bertukar status dari single kpd ‘double’ ni … atau dalam kata lain.. from single Aainaa to married Aainaa.. Heheh. Saya ingin menulis sesuatu utk diri sendiri sebagai peringatan di masa hadapan.

Sekarang ni rasa agak kecuakan untuk ber alam baru. Banyak perkara perlu dimuhasabah kerana segala2nya bergantung kpd diri sendiri. Jika mahu bahagia, tidak perlu melihat pada pasangan atau org lain.. hanya diri kitalah yang boleh membahagiakan diri sendiri.. Jadi pilihlah untuk bahagia..Pilih bahagia Aain. Pilih bahagia. =) Semoga Allah terus melimpahkan rasa bahagia dan ketenangan itu buat saya dan begitu juga dengan si dia dan kalian  =) Sungguh nikmat bahagia dan tenang itu tidak akan pernah dapat dibeli. Ia kurniaan dari Tuhan yang Maha Rahman..

Perkara yang perlu saya selalu ingat..  suami itu adalah teman hidup saya. Dialah teman dan bestfriend yg plg best utk berkongsi suka dan duka, tangis dan tawa. Jadi jangan selalu nk bkongsi dgn org lain pulakkk! Kalau ada masalah.. berbincanglah. (Ni mmg saya nasihat diri sendiri) Cakap dan jangan suka pendam2..nanti lain jadinya… Dan perlu diingat dia juga mempunyai idea, pemikiran, gaya, perasaan dan caranya yang tersendiri.  Jadi dengarlah dia dan fahamilah dia. Saya tidak boleh mengubahnya menjadi apa yang saya kehendaki begitu juga dengan dia dan saya tidak menjangkakan dia akan bersetuju dengan saya dalam semua perkara kerana dia adalah dia yang sgt berbeza dgn sy. Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu berbeza sebab tulah dikatakan perkahwinan itu saling melengkapkan.. jangan lari dari perbezaan tapi uruskanlah perbezaan itu dengan baik, insyaAllah.

MARRIAGE IS FRIENDSHIP. REMEMBER. 

Dalam menghadapi bahtera rumahtangga.. saya menjangkakan banyak kebaikan yang akan dianugerahkan olehNya… dan saya juga menjangkakan akan datangnya ujian yg banyak jug kerana rumahtangga yg akan dibina ini tujuannya adalah untuk menuju Nya dan syurgaNya. Syurga tu mahal kan? Takkan senang2 je nak dapat? Hmm… takutnyaaaaaaaaa ujian itu… Konflik rumahtangga tu pasti ada.. kdg2 saya akan buat dia gilaaaa dan kdg2 dia akan buat saya gilaaaaa!!! 
hehehehehehe. yes I'm crazy sometimes. But please don't hate me, darling. =)

Tapi org tua2 kata… konflik tu  akan merapatkan lagi perhubungan, insyaAllah… yang penting masing2 jgn ego.. kena sentiasa meminta maaf dan memaafkan….. (tulis kat sini mcm senang… padahaalllll….. fuhh fuhhh.. susah woo..!) 1 perkara yg amat penting.. jika ada masalah dlm perhubungan, kembalilah kepadaNya.. kerana mungkin hubungan dengan Tuhan itulah masalah yg sebenarnya yg perlu kita perbaiki terlebih dahulu...


Dan kena ingat… kalau marah, diam dulu. Biarkan ia redaaa. Sbb kalau bercakap atau berbincang dlm keadaan marah.. hmm.. menyesal tak sudah.. Saya berdoa kepada Allah tmpt pgantungan segala harapan,  semoga Allah melimpahkan kepada kami kesabaran, kekuatan iman, ketaqwaan dan keikhlasan dalam kehidupan bersama nanti…..

yup. so true.. perkahwinan ibarat sebuah rumah. kalau lampu rosak, takkan nak beli rumah baru, kan? repair jela lampu tu...hmmm betul3..

Lelaki lebih hebat dan besar tanggungjawabnya. Apabila menjadi suami, akan bertambahlah manusia yang perlu ‘dijaga’nya. Semoga Allah memberikan bakal suamiku yg terchenta dan kalian para suami kebaikan yang melimpah ruah dari dunia yang sementara ini hingga ke akhirat sana atas kesungguhan dalam melaksanakan tanggungjawab2 yang besarrrr itu. Sebaik-baik lelaki ialah yang paling baik terhadap isterinya. Begitu juga dengan isteri. Semoga kita semua dpt menjadi penyejuk mata dan hati para suami insyaAllah =)

Saya mengingatkan diri sendiri ttg 1 sifat bahaya yang ada pada saya dan juga semuaaaa iaitu cemburu. Cemburu ni org melayu kata tandanya sayang. Tapi jangan lupa.. cemburu boleh membawa kepada pergaduhan, pertelingkahan dan keretakan rumahtangga. Cemburu juga boleh menyebabkan hilangnya kepercayaan pasangan kepada kita atau kita kepada pasangan. Jadi…sy manasihati diri sendiri dan anda juga agar menjaga perhubungan dan ‘keramahan’ terutamanya dengan yg berlainan jantina itu.  
saya juga menasihati diri sendri utk berkata-kata dengan baik dan berhikmah. Tolongggg jangan emotional sgt ok, Aain!!! Well… perempuan. Sgt beremosi. Sebab yg kecik pun boleh bawa kpd airmata yang bercucuran… Adddoooiiii….. What to do??? Tapi skrng I’m trying  very hardddd to manage it. Kata-kata tu lebih tajam dari pedang kan? Salah 1 tanda kita sayang pd seseorang itu ialah kita menjaga hatinya. Kalau dia tak suka.. maka jangan cakap. Sebagai contoh, sesetengah lelaki suka bergurau dgn isteri soal “kahwin lagi satu atau lagi dua dan tiga” itu. Bagi saya, soal itu bukan gurauan, tidak kelakar langsung dan ia sgt menyakitkan. Sukakah anda jika isteri bercerita ttg kegemarannya pada seorang lelaki lain??? Sukakah???  Kalau suka.. teruskanlah percakapan seperti itu. Well… this is my emotion. You can see it already. Heheh.

Last but not least, perbanyakkan pujian, penghargaan dan ucapan terima kasih kepada si dia terchenta.. kerana suami @ isteri itu adalah antara anugerah terindah yang Allah kurniakan kepada kita.. Terima kasih Allah… semoga saya dapat melaksanakan apa yang  dikatakan dan semoga baitulmuslim yang bakal dibina nanti dilimpahi dengan sakinah, mawaddah dan rahmah…dan semoga ia kekal hingga ke syurgaNya yang TERTINGGI.. Amiiiiin Ya Allah. 


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

~ Tears ="( wonderful video to watch.

Laws of Love - Shaykh Omar Suleiman MasyAllah terharu sgt video ni ttg Ummu Darda'.  My friend from Edinburgh dedicate this video to me. She said this video remind her of me, MasyaAllah. Jazakallahu khairan jaza' Zulaikha. I really love you for the sake of Allah. May Allah reward you abundantly. Terima kasih pada semua atas segala ingatan yg baik2 saje terhadap saye yg hina dina ini. Apa2pun, segala yg baik semuanya dtg dari Allah. Alhamdulillah harini ada berita baik, saye dh dapat kerja! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Allah sentiasa baik dgn saye, sentiasa bagi ape yg saye nak walaupun saye selalu lupa kat Dia. Berbanyak2 keampunan aku panjatkan pd MU Ya Rabb.   ='( 

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...