Skip to main content

Maahad Ahmadi =D

Lamaaaa tak update blog. sebab utama, xde apa sgt utk dkongsi.. Kalau ade pun better simpan didalam hati. hehehe........... sebenarnya minggu ni ada beberapa perkara penting yg perlu dibuat..Tapi tak dapat buat...kerana itu hanya perancangan saya. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik =D dalam kemalasan untuk ke program yang dianjur oleh Sofa Education Group (SEG), kaki ni rasa ringan untuk pergi. Tiba2 dah sampai ke tempat program. Aik. :p Maka bertemulah kami para staff SEG dengan penceramah yang sgt best, Ustaz Zulkarnain. orangnya sgt santai dan menghiburkan. rasa2nya dia baya ayah saya... rasa2nyalah.. 

Ustaz Zul ni atau nama glamour dia dulu.. Zack.. adalah dri Maahad Ahmadi Gemencheh. dia telah mbuatkan sy rasa Bahasa Arab itu mudah! Alhamdulillah =D tapi perlukan latihan yg banyakkk... Dulu masa mengajar di MRSM Gemencheh, selalu lalu lalang je depan Maahad Ahmadi ni. pernah sekalije masuk perkarangan Maahad Ahmad ni sebab kereta yg kami naiki ter'accident'. Tiba2 cermin dpn kereta retak seretak2nya betul2 dpn Maahad itu.. mgkin sbb dah lama dia duduk kt tgh2 panas di MRSM tu. Masa tu on the way ke sebuah sekolah utk menjalankan tugas sebagai hakim tilawah Al-Quran bersama para ustaz MRSM Gemencheh. Nasibaik ada seorang ustaz membantu kami. Dia juga dulu pelajar Maahad Ahmadi. Alhamdulillah Allah menyampaikan dia kepada kami dan bantuan itu sebenarnya dtg dari Dia =D

Kali ke-2 masuk perkarangan Maahad Ahmadi ni masa nak belajar buat jadual utk sekolah. mula2 pergi As-Sofa Rembau. Alhamdulillah mereka dpt membantu sedikit. tapi disebabkan jadual sekolah kami agak complicated.. ada kelas gabung dan sebagainya.. saya perlu bertanya kpd guru pakar jadual dari Maahad Ahmadi. Jadi.. pergilah sy ke sana berseorangan dan bertemulah dgn para guru yg masyaAllah.. mmg tak boleh lupa. 

Pengetua mereka sgt baik.. dia kata pada sy
"Belajarlah dgn cikgu Saiful tu. dia mmg hebat bab2 ni. kalau xtau, xfaham, tanya. dan jangan beri kami apa2 bayaran.. kami buat ikhlas kerana Allah. Kalau ada yg nak belajar, minta dia dtg ke sini". 

Subhanallah. 

Kemudian berjumpa pula dgn kerani sekolah.. guru-guru sekolah.. semuanya memberikan senyuman, sambutan dan layanan yang sgt baik. sementara tunggu cikgu Saiful habis kelas, sy ke kantin utk makan.. kelaparan dari pagi xmakan. dah makan..nak gi bayar.. pakcik kantin tu kata.. xpe.xyah bayar. dah ada sorang  ustaz bayarkan.MasyaAllah. sampai skrng sy xtau siapa gerangan yg membayar itu.. semoga Allah memurahkan rezekinya dan mempermudahkan segala urusannya...  (mungkin ustaz tu kesian tgk sy makan sorg2. hehe) 

Lepas makan, jumpalah dgn cikgu Saiful tersebut di bilik guru Maahad Ahmadi. sampai ke petang dia ajar buat jadual..sambil2 belajar tu.. ramailah yg bertanya ttg As-Sofa. disebabkan keramahan mereka, agak terganggu jugalah konsentrasi pembelajaran saya. hehe.. tapi alhamdulillah.. berkat kesabaran cikgu tersebut mengajar, sy retilah jugak buat jadual yg complicated tu. 

Maahad Ahmadi Gemencheh


So kesimpulan ceritanya.. sy berjumpa ramai org2 baik dari Maahad Ahmadi Gemencheh. dan harapan besar sy, semoga team As-Sofa juga dapat menjadi seperti atau lebih baik dari mereka 1 hari nanti insyaAllah.... =D

Manusia suka pada kebaikan. sy adalah manusia dan lumrahnya suka pada kebaikan. maka kebaikan itu sy ceritakan sebagai pengajaran buat diri dan ianya juga sebagai tanda kesyukuran kpd Tuhan atas nikmat kebaikan itu. 




Comments

Popular posts from this blog

Balas kejahatan dengan KEBAIKAN

 Bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang tidak menyukai saya? Tanya seseorang kepada Abi Quraish didalam dialognya bersama Kak Nana Shihab.  Jawapan Abi Quraish subhanllah.. dia berkata..itu adalah pertanyaan yang bagus.  Setiap keburukan yang diberikan orang kepada anda, balaslah ia dengan kebaikan. Itulah yang diajar oleh agama kita yg mulia ini, jangan balas kejahatan dengan kejahatan. Ia seperti menuang minyak kepada api yang sedang marak. Jika ternampak api sedang marak, siramilah ia dengan air insyAllah ia akan padam.  Pasti keadaan ini pernah terjadi kepada kita semua. Kita pernah menjadi api dan pernah juga menjadi air. Pengalaman hidup mengajar untuk terus menjadi air dan hapuskan api di dalam diri kita. Buang dendam, kebencian, buruk sangka, hasad dengki dan segala yg mengotorkan jiwa. Hiduplah dengan hati yg tenang dan jika ada yg tidak suka, ia perkara biasa.... tetaplah kita menjadi air yg akan memadamkan api. Kita sebagai manusia biasa tidak pernah...

~

R indu nak mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.. sbb boleh bersembang mcm2 yg berkaitan dgn subjek =D sambil mendengar cerita2 para pelajar.. kite menyelam sambil minum air...mengajar sambil belajar insyaAllah. tadi mengajar Jawi, smbil2 mereka membuat latihan, sy bercerita ttg kekasih Allah, dan juga kekasih kita, Nabi Muhammad s.a.w... ada seorang student kata "saya xpernah jumpa org sebaik Rasulullah!". MasyaAllah. mmg kita xkan jumpa seseorang yg begitu..kecuali baginda. Harapnya dapat berjumpadgn baginda  di syurga Allah! Amiiiiin... keperibadian yg paling baik hanya ada padanya..sbb tu lah baginda menjadi kekasih Allah..subhanallah.. "Allah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w utk membawa risalah2Nya. Allah juga membuka jalan kpdNya bagi sesiapa yg kembali kpdNya dgn penuh taat dan patuh". Syarah Al-Hikam. Untungnya mereka disini, dapat belajar dgn para ulama' terutamanya ttg bagaimana utk menyuburkan kasih sayang terhadap Allah dan Rasulnya. T...

Sekolah yg sentiasa bertahta di hati...

Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur @ SMAKL Sekolah ni menyimpan beribu kenangan aku dan kawan2.. kat sini la aku menimba ilmu, dapat kawan, cikgu2 yang baek.. hmm.. pendek kata mmg syokk la dok cni..!! rasa mcm nak balik ke zaman sekolah je.. kalau la ade pintu masa doraemon kan best.. sobsobsss.... Dewan Seri Bestari.. tempat aku amik exam dan tempat aku buat pelbagai aktiviti... hmmm..byk kenangan kt dewan ni.. tapi xleh la kan cite kt cni... kang kontroversi plak.. haha.. kat depan dewan tmpt kitorg berkawad.. rindu kawad!! rindu nk wat formasi yg macam2.. aku dulu KRS~ Kadet Remaja Sekolah.. best woo00oo KRS ni.. ni kitorg gi lawan kawad kaki kt Segambut Jaya.. xtau la sapa yg tlg amikkan gmba ni.. tp dia xde amik gmba kitorg ms tgh buat formasi..ade yg ni je!!! waaaa xbest!! nway, thanks jugak la kan kpd yg tlg amik gmba ni.. ade jugakla kenangan.. ni la die bdk2 'putera' sekolah aku dulu... xtaula aku jumpa kt mn gmba2 ni.. poyo je muka sorang2... diorang n...